Posted on November 4, 2019
Sekejap sahaja rasa. Belum apa-apa lagi, kita sudah hampir ke penghujung tahun, nak dekat masuk bulan Disember dan sekelip waktu saja, the next thing you know, tahun 2020 menjelma! Dalam pada kita menyiapkan diri untuk lebih cemerlang dan proaktif pada tahun 2020, ayuh lihat ‘What’s In Store For Us’ bulan November ini : Cole Haan bergabung tenaga dengan Rodarte (yes, peeps, Rodarte!), Gucci Mane bukan sahaja menjadi wajah jenama Gucci, namun memperkenalkan Gucci Tennis 1977, 11 November ini adalah jualan murah FashionValet dan Nike muncul dengan himpunan Clash Icon.
Bersedia? What’s new this November?
RODARTE BERTEMU COLE HAAN… EXPECT THE UNEXPECTED!
Kolaborasi ini adalah antara yang ‘menghantui’ antisipasi kami. Mula diperkenalkan sebagai himpunan edisi terhad yang sudah tersedia di pasaran pada bulan September lepas, kini ia datang lagi dengan koleksi kapsul yang kedua untuk bulan November pula! Dua jenama asal Amerika, Rodarte dan Cole Haan, berganding bahu mengeluarkan himpunan yang sarat dengan estetika romantik dan penuh poetic.
But Grand Ambition, sniker Lace-Up, beg Circle serta beg Bucket daripada Cole Haan disimbah jati diri Rodarte – palet rona lembut, ultra-feminin dan bercanda dengan kenakalan gaya yang sinonim dengan Rodarte. Butiran corak hati perforated menjadi karakter utama himpunan kedua Cole Haan X Rodarte.
Seperti contoh, beg Bucket yang penuh dengan corak hati perforated dan disempurnakan oleh perincian dasi playful bagi menyaingi tema musim percutian. Manakala kasut sniker yang dihiasi corak hati perforated dilengkapi oleh elemen yang sangat signifikan buat Cole Haan yakni teknologi GRANDFOAM.
Menyitir kata Kate Mulleavy, pengasas Rodarte, “Etos Cole Haan dan Rodarte bercakap ‘bahasa’ yang sama. Kami suka mencipta sesuatu yang baharu dan di luar batasan.”
TARIKH BERNAMA : 11.11 FASHIONVALET SALE
Video yang tular minggu lepas hanyalah sekadar gimik. Video yang mempertontonkan aksi seorang perempuan yang lagaknya seperti seorang pelanggan FashionValet, mengamuk tak tentu fasal di butik FashionValet. Video tesebut menjadi butir percakapan orang, tidak pasti sama ada ia benar-benar terjadi atau hanyalah lakonan semata-mata.
Rupa-rupanya, ia hanyalah satu gimik – untuk menguar-uarkan jualan murah Fashionvalet yang berlangsung pada bulan November ini! 11.11 FashionValet Sale!
Jualan #SeriouslahFV menampilkan item-item seperti skarf, beg, kasut dan baju daripada jenama-jenama lokal – dUCk, LILIT, Mimpikita, Mel & Molly, Cakenis by Hanis Zalikha, Khoon Hooi, Alia B dan macam-macam lagi – dengan penurunan harga sebanyak 90 peratus. Di atas talian serta melalui aplikasi telefon, jualan murah ini telah pun bermula pada satu November lepas dan akan berterusan sepanjang sebelas hari, yakni sehingga sebelas November nanti.
Pada masa sama, FashionValet turut akan menghadiahkan iPhone 11 Max Pro khusus buat mereka yang berbelanja RM300 ke atas. Excited much?
GUCCI BONGKAR ARKIB, MENGELUAKAN TENNIS 1977!
Sewaktu Alessandro Michele mementaskan Gucci Cruise 2020, dia menyisip sekali perkenalan kita pada rangkaian aksesori terbarunya. Ucapkan helo kepada sniker Gucci Tennis 1977!
Alessandro mengkaji kasut yang menjadi warisan Gucci dengan memunculkan ia semula dalam nada yang moden dan diperbaharui. Daripada inspirasi falsafah Neoklasikal kepada menafaskan kembali sesuatu yang sudah lama menjadi citra rumah fesyen Gucci, Alessandro mereka kasut Gucci Tennis 1977 dengan menggabungkan pelbagai material kanvas dan tapak kasut getahnya dilengkapi coreng yang seperti tak keruan bentuknya. Mengapa tenis? Kerana pada masa itu, pemakai-pemakai kasut Gucci Tennis 1977 adalah pemain-pemain sukan tenis yang acapkali pergi merantau. Jetsetter, to be exact.
Yang baharu ini hadir dalam material kanvas, berona asas serta dihiasi motif cetak luar biasa. Stail kasut ini menggabungkan beberapa elemen yang diasosiasikan dengan warisan Gucci bersama label Gucci Tennis 1977 yang terdapat pada lapik dalam kasut juga bahagian lidah kasut.
NIKE ICON CLASH : ILHAM SUKAN BOLA KERANJANG
Seperkara tentang fesyen masa kini yang kami suka adalah diaspora diversifikasi serta kebebasan gaya yang menggalakkan individuality. Dan Nike antara jenama yang menghidupkan aspek-aspek tersebut, lantas membentuk gaya hidup yang mencerminkan masyarakat sekarang. Baru-baru ini, mengiringi musim dingin, Nike melancarkan himpunan Icon Clash – inspirasi sukan bola keranjang.
Taking basketball to another level. Menjadikan sukan bola keranjang juga gaya sporty lebih stailish dan ada pembaharuan. Menyatukan gaya glam feminin bersama siluet kesukanan, Nike Icon Clash dicipta bukan sahaja khusus untuk dipakai sewaktu bersenam, malah bisa dipakai sebagai pakaian harian. Ia tidak membataskan penggayaan! Kata kuncinya : versatile. Memvariasikan butiran-butiran utama sukan bola keranjang ke atas produk-produk versatile, mencetus kepelbagaian.
Apa pandangan anda?