Posted on November 6, 2019
Sekarang, kami taasub dengan akaun Instagram @gomvintage. Akaun Instagram yang tak henti-henti memuat naik gambar-gambar gaya kasual bersut, bagai mengeluarkan pendapat untuk wear suits casually. Cara ia mengolah penggayaan – bukan sahaja bersut, malah padanan blazer atau jaket – sangat-sangat memberikan inspirasi! #STAILavvv!
Lalu ia membuahkan pertanyaan, “Bagaimana agaknya, seandainya, menggayakan sut atau blazer hari-hari? Jadikan ia seragam gaya?” Pasti mengujakan kerana sepasang sut sahaja bisa mempelbagaikan gaya – daripada gaya yang mengakali orang dengan membawa mesej ‘it means business’ kepada sesuatu yang menyirnakan keseriusan. Bayangkan, bila pakai ia dengan kemeja dress, kasut formal biasa… ia nampaklah serius. Bila kamu langgar peraturan, misalnya pakai ia bersama sniker atau kemeja T di dalam, ia mengubah dimensi gaya.
It is as simple as that. Sut atau blazer bukan lagi permainan orang masyhur. Ia bukan lagi untuk golongan ‘rimba’ kota lagi. Sesiapa pun, bila-bila masa, sut atau blazer boleh digayakan dalam bermacam-macam rupa atau stail. Ayuh, kami kongsi tip stail menggayakan sut juga blazer dan bagaimana memperlainkan ia setiap hari – inspirasi Instagram @gomvintage! Hanya dengan empat jenis jaket berbeza, no problem at all.
BIZWEAR : REDUX & REFRESHED
Sepasang sut hitam, jika silap aturannya, akan nampak silaplah penggayaannya. Jika pakai ia bersama seluar slek biasa dan kemeja putih, agak menjemukan. Ubah semuanya! Kemeja putih diganti dengan kemeja labuh lembut (seperti kemeja sutera atau sifon) yang bercorak jaluran menegak. Seluar pula adalah seluar cropped, ala-ala seluar balloon bentuknya. Menyudahkan keseluruhan gaya dengan rantai coker dan but paras buku lali. So ons!
PILIHAN PELET PANAS
We always have a thing for a DB jacket. Apatah lagi bila ronanya panas seperti merah menyala…damn! Kami fikir, bagaimana caranya untuk tone down palet panas seperti merah, namun masih mampu kelihatan hot dengan menggayakan blazer? Dengan memadankan blazer merah bersama jean wide leg! Dalamnya pula ceraian kait ketat ribbed berona merah seakan-akan merah manggis dan anting-anting rona jingga sebagai penyeri gaya.
SWIMSUIT & SUIT? NOT A PROBLEM!
Ya tak ya juga. Oleh kerana penggayaan sut renang adalah trend sekarang, apa kata gabungkan padanannya bersama blazer atau sut. Why not? Bayangkan sut renang bercorak sarat jaluran, pakai dengan blazer hijau lumut. How cool is that! Bagi meneruskan lagi imej kesukanan, sniker tebal dipakai bersama. Kemudian, pilih seluar kapas ala-ala seluar kargo – kerana jaketnya berona hijau lumut – untuk menafaskan biasan gaya sepertikan pengembara Safari.
GAYA ‘PECAH-PERINTAH’
Good girl gone bad. Cara menggayakan sut bercorak petak – untuk menampakkan kamu serius dalam bisnes – tetapi pada masa yang sama, kamu seolah-olah bersedia menakluk kuasa in a stailish way. Sut lengkap corak petak, bersama ceraian dalam yang lehernya ada butiran dasi. Ya, untuk nampak sisi ‘good girl’ itu. Untuk menyempurnakan tema tersebut, pilih kasut yang gayanya preppy dan sarung cekak kepala. Sudah bersedia?
Apa pandangan anda?