Posted on January 10, 2020
Secara jujurnya jika kamu perhatikan Saoirse Ronan setiap kali tampil di mana-mana majlis anugerah, dia tidak pernah tidak tampil bereksperimen menerusi solekan dan gaya rambutnya. Sememangnya wanita ini senantiasa membekalkan kita semua inspirasi menerusi setiap gayanya. Daripada gaya solekan bold, manis, gaya rambut sleek, solekan wajah mulus berseri, beri apa jua gaya, dia berani mencubanya. Bekerja pula bersama tim glam seperti jurusolek Kara Yoshimoto Bua, yang sering menjadi jurusolek pilihan Ronan, apa jua idea dapat diolah baik oleh Yoshimoto Bua. Well girls, Saoirse Ronan is officially our makeup muse. Lihat momen cantik terbaik Saoirse Ronan yang tidak dapat kami lupakan.
Pembayang mata rona pic kemudian dilayang maskara dengan sempurna. Ditambah pula solekan kening berdefinisi kemudian dinoktahkan dengan layangan gincu bibir merah cili pusam sebagai warna penarik pada keseluruhan wajah Ronan.
Layangan pembayang mata holografik rona ungu kemudian dipadankan dengan gincu bibir krim rona mauve pada bibir Ronan? #STAILLAVV. Begitu sempurna sekali. Siapa sangka kedua-dua rona dan tekstur ini mampu diganding dengan baik.
Gincu bibir rona bourdeaux menjadi fokus pada keseluruhan solekan Ronan. Dipadankan bersama solekan mata glos rona merah jambu lembut. Kamu faham kan maksud kami? Memang Ronan ini berani menggabungkan dua tekstur yang cukup kontra dalam satu kanvas wajah. Namun siapa sangka, she nailed it!
Bulan lalu, ketika di acara pelancaran filem Little Women, Ronan tampil dengan solekan luar biasa. Dia menyarung gaun dua tona daripada Galvan. Dan yang menarik, jurusolek Kara Yoshimoto Bua turut mencipta solekan daripada palet rona yang sama dan sepadan dengan gaun Ronan malam itu. Padanan solekan mata rona lilac kemilau bersama gincu bibir merah ini membuatkan Ronan tampak antara yang paling cantik di karpet merah ketika itu.
Apa pandangan anda?