Posted on January 27, 2020
Pagi Jumaat lalu, saya terjumpa satu post di laman Instagram @everyoutfitonsatc menunjukkan Charlotte dalam empat watak yang dibuat dalam empat kotak grid. Satu gambar yang diletak di Linkedin, satu di facebook, satu di Instagram dan satu lagi di Tinder. Saya mendapati bahawa meme ini sangat menarik dan kelakar. Ia menunjukkan karakter manusia yang mempamerkan watak berbeza-beza di empat aplikasi berbeza menurut fungsi masing-masing. Rupa-rupanya ini ialah meme Dolly Parton Challenge kerana pada malam hari yang sama semakin banyak orang memuat naik gambar mereka dalam konsep yang sama menggunakan #dollypartonchallenge.
https://www.instagram.com/p/B7rl9G5AyVq/
Lebih kurang sekitar hari Khamis, Dolly Parton yang mula memuatnaikkan gambar dalam empat kotak grid ini untuk menunjukkan bahawa wanita boleh membawa pelbagai watak dalam hidupnya. Caption untuk gambarnya ini berbunyi,
Get you a woman who can do it all š
Gambar Dolly Parton ini seterusnya menjadi viral apabila warganet mencipta #dollypartonchallenge untuk memimik gambar yang dimuat naikkannya ini. Ia menjadi meme viral pertama sebagai pembuka tirai 2020. Dan siapa sangka bahawa Dolly Parton pada usianya berjaya memulakan meme ini dan menjadikannya viral. Begitulah peliknya dunia internet dan media sosial. Tiada batasan usia mahupun gender di dalamnya. Malah tiada sebarang batasan langsung sebenarnya di dalam dunia internet.
Mengapa Meme Ini Menarik?
Meme ini menarik kerana jika kamu melihatnya secara mendalam, ia memperlihatkan karakter manusia sebenar pada hari ini. Di mana setiap daripada kita menunjukkan watak berbeza-beza dalam gambar profil mengikut fungsi aplikasi yang kita gunakan. LinkedIn biasanya akan mempamerkan sisi serius dan profesional kamu kerana ia aplikasi untuk kerjaya.
Facebook biasanya akan digunakan kita untuk menunjukkan sisi seronok dan mesra kita kerana ia aplikasi berlandaskan persahabatan dan ukuwah. Instagram pula sering akan mempamerkan sisi kreatif dan gambar profil untuk aplikasi ini selalunya akan mengangkat sisi intagrammable pengguna. Manakala untuk aplikasi Tinder pula sudah tentu akan mempamerkan sisi seksi atau seksual kamu kerana nature aplikasi itu ialah untuk mencari teman hook ups.
It takes Dolly Parton yang berusia 74 tahun untuk membuka mata kita kepada karakter manusia hari ini. Dan kerana itu juga ia senang menjadi viral. Bukan sahaja ia fun dan senang untuk ditiru tetapi juga ia kelakar dalam masa sama membuka mata kita terhadap karakter manusia hari ini. Ada juga yang menggunakan # ini untuk gambar-gambar anjing yang comel dan lawak. Fenomena dan # ini juga meningkatkan penggunaan aplikasi Photogrid. Win win.
Jom tengok beberapa lagi meme #dollypartonchallenge yang menarik di bawah:
https://www.instagram.com/p/B7uMyfBgshR/
https://www.instagram.com/p/B7uIxk9nmno/
https://www.instagram.com/p/B7tr3skocsL/
https://www.instagram.com/p/B7txz-Snke1/
https://www.instagram.com/p/B7rmlW4Ac1Y/
https://www.instagram.com/p/B7wHelTnWxW/
https://www.instagram.com/p/B7q4t0yphVL/
https://www.instagram.com/p/B7tAXu2gJQU/
Apa pandangan anda?