Posted on February 3, 2020
Bukan setiap masa selebriti ingin bersolek tebal. Mereka tahu bahawa kulit wajah juga perlu ruang untuk bernafas. Walaupun kita tahu di Hollywood itu punya banyak jurusolek kelas pertama seperti Hung Vanngo, Patrick Ta, Mario Dedivanovic, Gucci Westman dan ramai lagi yang pakar menyorok noda serta tahu mencipta seri pada wajah, ada kalanya mereka lebih senang untuk langsung tidak menyarung apa-apa dan tidak mempedulikan apa kata peminat di luar sana. Baru-baru ini di Anugerah Grammy, Alicia Keys membuktikan wajah bogel tanpa mekap juga bukanlah satu wajah karpet merah murahan. Walau tidak sedrastik Alicia Keys, ada beberapa lagi selebriti yang tampil berswafoto tanpa mekap.
Sejak 2016, Alicia sudah mengambil pendekatan ini. Segalanya bermula di set penggambaran album ‘Here’ miliknya apabila jurufoto Paola menyuruhnya untuk mengambil gambar tanpa sebarang mekap. Kata Alicia, dia mula rasa bahawa look itu membuatkan dirinya nampak lebih berkeyakinan.
the strongest, most empowered, most free, and most honestly beautiful that I have ever felt.
Ini antara swafoto/foto selebriti yang tampil bare face membuatkan kita semua juga akan menjadi lebih yakin dengan wajah bogel tanpa harus melayang solekan tebal-tebal semata-mata mahu tampil flawless dan berseri.
Leighton Meester
https://www.instagram.com/p/BeVmKaLHsyK/?utm_source=ig_embed
Lihat wajah flawless Meester, wanita cantik ini tahu bagaimana hendak menjaga kulitnya. Saya tidak tahu kenapa apabila tenung gambar ini, saya rasa seperti puas melihat kulit wajahnya. Apa agaknya rahsia kulit wajah glow nya itu!
Nathalie Emmanuel
https://www.instagram.com/p/BegdzJwDNRJ/?utm_source=ig_embed
Emmanuel juga tidak lokek untuk berkongsi foto dirinya tanpa solekan. Seperti dalam kapsyennya yang cukup yakin bersahaja, “This is my face“.
Jennifer Lopez
https://www.instagram.com/p/BU3ESr-lL6K/?utm_source=ig_embed
JLo juga berkongsi wajahnya tanpa solekan sebelum bersiap untuk acara karpet merah.
Adele
https://www.instagram.com/p/BJOYj9YDHJY/?utm_source=ig_embed
Masih ingat foto yang dimuat naik Adele beberapa tahun lalu? Kalau kamu tahu signatur solekan wanita ini sudah tentu pada solekan mata cat eye nya. Sekali-sekala tengok dia tanpa mekap, sungguh cantik.
Apa pandangan anda?