Posted on June 1, 2020
Cover lagu Raya TV3 program yang memaparkan penyanyi NJWA dan Sarah Ismail mendendangkan lagu-lagu Raya malar segar. Ia juga sekaligus mengimbau kenangan lebaran yang selama ini kerap kali mengusik perasaan. Apalagi kita sekarang ini berada dalam PKPB di mana pergerakan dan aktiviti melawat sanak saudara dihadkan sama sekali.
Bagi saya program ini juga sangat tepat pada waktunya kerana sememangnya tahun ini kita tidak lagi disajikan dengan lagu-lagu Raya baru seperti tahun-tahun sudah. Kita juga tidak mahu kenangan Raya dan perasaan meraikan Raya itu hilang terus. Maka usaha menjayakan program #coverlaguraya ini amatlah diperlukan pada waktu ini.
Band yang bermain untuk program ini ialah Fly & The Gypsy Cats. Mereka membawa spin dan feel yang berbeza kepada setiap lagu yang dipersembahkan. Ada sedikit feel Postmodern Jukebox pada susunan lagu yang dimainkan. Lebih moden dan jazzy. Antara lagu yang dipersembahkan termasuklah Dendang Perantau, Suasana Hari Raya, Selamat Hari Raya (Fazidah Joned), Selamat Hari Raya (Saloma) dan lagu baru Huawei di Hati ciptaan Audi Mok dan Datuk Ahmad Izham Omar.
Apa pandangan anda?