Posted on July 23, 2020
Kim Soo Hyun dan Seo Ye Ji dilihat gembira sungguh mengambil gambar bersama di set ‘It’s Okay Not To Be Okay’.
Siri yang sedang popular di Netflix ini memaparkan hubungan romantis antara Moon Kang Tae (Kim Soo Hyun), pembantu kesihatan di hospital sakit jiwa dan Go Moon Young (Seo Je Yi), penulis buku kanak-kanak yang memiliki antisocial personality disorder.
Babak ini memerlukan Seo Je Yi mengambil gambar Soo Hyun. Sebaik dia masuk ke dalam frame, Seo Ji Yi mengungkapkan, “Dia menyempurnakan gambar ini.”
Mereka mengambil gambar bersama dan seketika kemudian, Seo Ji Yi membuat Soo Hyun tergelak kerana mengatakan, “Saya nampak pelik dalam gambar yang terakhir tu!” Kata-katanya itu membuat Soo Hyun hilang fokus dan terus tergelak hingga lupa dengan dialognya sendiri.
Hubungan mereka nampak sungguh akrab dan mereka kelihatan sungguh seronok di set penggambaran. Apa-apa pun teruskan menonton ‘It’s Okay Not To Be Okay’ di Netflix kerana saya pastinya akan terus menonton demi Soo Hyun.
Tonton kemesraan mereka di bawah;
Apa pandangan anda?