Posted on September 30, 2020
Henry Golding gay dalam filem terbaru lakonannya, Monsoon. Babak dia bercium dengan pelakon Parker Sawyers menjadi viral dua hari lalu.
Monsoon adalah filem drama British ditulis dan diarah pleh Hong Khaou dan diterbitkan oleh Tracy O’Riordan. Antara teraju filem ini termasuklah Henry Golding, Parker Sawyers, David Tran dan Molly Harris. Ia ditayangkan kali pertama di Karlovy Vary International Film Festival pada 29 Jun 2019. Tayangan seluruh dunianya adalah pada 13 November 2020.
Dalam filem ini Golding berlakon sebagai Kit, pulang ke Ho Chi Minh City buat kali pertama sejak usia 6 tahun pabila keluarganya meninggalkan Vietnam. Tentunya kota inibaru baginya dan dia melalui kembara mengenali diri serta bertemu sahabat baru, cinta dan kebahagiaan.
“Kit warganegara Vietnam tetapi membesar di UK dan tiada hubungan selain fizikal semata-mata dengan Vietnam. Jadi dia mendepani dua budaya dan itu juga sesuatu yang saya sendiri perlu lalui sebagai anak kacukan Malaysia dan British,” Golding memberitahu Digital Spy.
“Kembaranya pulang ke Vietnam atas nama mahu mencari tempat persemadian untuk kedua ibubapanya hanyalah samaran untuk dia mencari dirinya sendiri. Saya rasa dia pentingkan diri sendiri, dia hanya mahu mencari jati dirinya. Tarikan itu memang sama dengan yang saya lalui secara peribadi.”
Tentunya keputusan Golding mengambil watak gay untuk filem ini mendatangkan pelbagai persoalan dan spekulasi di kalangan peminat dan pengkritik.
Golding pernah bekerja sebagai pendandan rambut dan terbiasa dikelilingi lelaki-lelaki gay jadi dia sememangnya arif dan memahami serta menghormati budaya gay.
Golding turut menambah kepada Digital Spy,
But there’s only so much you can say to somebody and justify a straight man taking a gay role.
Sewaktu di Vietnam, Kit juga berkenalan dengan pelancong US, Lewis (Parker Sawyers) yang mana memberi impak kepada dirinya. Lewis berkunjung ke Vietnam kerana ingin membetulkan sejarah ayahnya yang menyertai perang US-Vietnam.
Okay Henry Golding I SEE YOU đź‘€ https://t.co/SC0LCK8Vy0
— Neil (@neilvildead) September 27, 2020
Henry Golding Gay – Babak Berciumnya Berjaya & Penuh Berahi
Sesiapa yang menonton babak cium Golding dan Sawyers yang dilepaskan di alam maya dua hari lalu pasti bersetuju mengatakan ia penuh berahi dan berjaya. Golding sebagai lelaki straight tidak nampak kekok langsung dalam melakonkan adegan ini. Saya kira ini juga adalah strategi pemasaran yang bijak kerana ini pastinya berjaya menarik perhatian kita untuk menonton.
Malah adegan bercium ini saya lihat sebagai lebih berahi dan panas berbanding babak bercium Golding dengan wanita dalam filem-filem terdahulunya. Tentunya banyak yang bersoal-soal tentang sejauh mana Golding straight? Apakah dia juga sebenarnya bi-seksual?
Atau apakah dia sebenarnya seorang pelakon yang bagus? Itu harus kita nantikan sampai kita tonton sendiri filem ini. Kerana jika berdasarkan dua filem terdahulunya, tentu banyak yang setuju skil berlakon Golding tidaklah sebagus dan sehangat babak bercium ini. Apa pun, dia berjaya membuat kita tak sabar untuk menonton lakonannya hanya melalui babak cium ini. Kudos Golding.
Monson akan mula ditayangkan di UK serta semua platform digital mulai
Adegan bercium Henry Golding (Kit) dan Parker Sawyers (Lewis) dalam filem Monsoon
Apa pandangan anda?