Posted on October 8, 2020
Apa demam tiba-tiba ingin beli hadiah buat si dia? Kami percaya hadiah mewah boleh diberi pada bila-bila masa. Tidak perlu menunggu majlis atau hari-hari tertentu sahaja untuk kamu membuat kejutan pada si dia yang tersayang. Jadi apa tunggu lagi, jika kamu mahu memikat hati si dia, hadiahkanlah produk-produk kecantikan yang mewah dan terbaru melalui senarai di bawah yang yang disediakan Editor Kecantikan kami bulan ini.
Sulwhasoo
Siapa kata Sulwhasoo hanya sesuai untuk mereka yang mengutamakan antipenuaan? Tidak, Sulwhasoo memiliki pelbagai rangkaian produk yang sesuai untuk semua jenis kulit. Malah baru-baru ini, jenama kecantikan holistik dari Korea ini melancarkan pupur terbaru yang hadir dengan bentuk bungkusan yang cukup moden dan elegan. Empat pupur yang dilancarkan iaitu Clarifying Mask RM180/150ml, Overnight Vitalizing Mask RM220/120ml, Herbal Clay Purifying Mask RM190/120ml serta White Ginseng Refining Mask RM225/120ml.
Clarifying Mask – pupur peel-off untuk menyah sel kulit mati.
Overnight Vitalizing Mask – pupur yang disarung dan dibiarkan sepanjang malam untuk mengembalikan kesegaran serta keserian kulit wajah.
Herbal Clay Purifying Mask – pupur terbaru daripada Sulwhasoo yang sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. Tujuan pupur ini adalah untuk membersihkan permukaan wajah dan liang pori.
White Ginseng Refining Mask – pupur ala skrub yang kamu boleh gunakan sewaktu sedang lagi mandi.
Foreo
Foreo tampil dengan alat peranti kecantikan terbaru, Foreo LUNA fofo pada harga RM415. Tampil dalam empat rona iaitu fuschia, pearl pink, mint dan ungu, LUNA fofo ini berfungsi dalam mencuci wajah dengan lebih bersih menggunakan berus silikon dengan teknologi sensor kulit yang lebih maju. Memiliki daya sensor sebanyak 1000 unit dalam masa 1 saat yang mana ia cukup laju dalam membaca kadar lembapan kulit wajah. Melalui aplikasi FOREO For You yang boleh dimuat turun sewaktu kamu menggunakan alat peranti ini, ia pada masa yang sama akan berkongsi maklumat tentang kondisi kulit wajah kamu berdasarkan analisa melalaui FOREO fofo yang kamu gunakan itu.
Aesop
Memperkenalkan Sublime Replenishing Night Masque yang terbaru daripada rangkaian Aesop Skin Care+. Diperkaya dengan Vitamin B, C, E dan F serta hadir dalam tekstur ringan berbentuk krim gel. Pupur malam pertama yang dicipta Aesop ini dicipta dengan bahan kandungan seperti sodium carrageenan dan saccharide isomerate yang mana ia berfungsi mengekalkan kadar lembapan optima pada kulit wajah. Bukan itu sahaja, pupur ini mampu merawat penampilan kulit letih serta kusam akibat daripada tekanan kerja dan aktiviti seharian lalu mengembalikan kulit wajah yang lebih sihat dan cerah berseri. Sesuai untuk cuaca di Malaysia dan pupur ini juga amat sesuai buat kamu yang memiliki kulit normal dan kering.
SK-II
Ajar si dia untuk menjaga kulit dengan lebih baik. Hadiahkan si dia pelindung sinar daripada SK-II ini. SK-II Atmosphere Airy Light UV Cream SPF 50++ RM291, mampu melindung kulit wajah kamu daripada sinaran cahaya merbahaya seperti UV dan IR sepanjang hari. Diformulasikan dengan teknologi Atmosphere Therapy Complex O serta diperbuat daripada tekstur ringan ini langsung tidak meninggalkan rasa melekit atau tidak selesa pada wajah. Buat kamu atau si dia yang belum punya pelindung sinar, kami sarankan kamu untuk miliki satu!
Chanel
Perhatian buat jejaka di luar sana, sebungkus kotak hadiah istimewa daripada Chanel pasti akan menggembirakan hatinya serta membuatkan si dia bertambah sayang pada kamu. Hadiahkan si dia produk paling terbaru daripada Chanel ini iaitu Sublimage L’essence de Teint, RM528, yang mana ia bukan sekadar produk mekap, malah ia juga mengandungi manfaat penjagaan wajah yang terbaik dengan intipati signatur SUBLIMAGE daripada Chanel buat si dia. Bedak asas jenis serum ini mampu mengembalikan lembapan serta menaikkan lagi seri kulit wajah dengan perlindungan antioksida. Diperbuat dengan tekstur yang cukup halus dan ringan ini serta diformulasikan dengan kandungan yang mampu memberi efek bak pantulan sinar pada permukaan kulit wajah. Perfect!
Louis Vuitton
Météore, haruman buat sang jejaka yang terbaru daripada jenama mewah Louis Vuitton ini. Ini haruman edisi keenam dalam rangkaian haruman jejaka yang dihasilkan Master Perfumer rumah fesyen ini, Jacques Cavallier Belletrud. Haruman yang mengekpresikan tenaga yang diambil daripada elemen bumi dan langit dengan intipati nota sitrus dan adunan koktel ‘pedas’ seperti lada, guatemalan cardamom dan Indonesian nutmeg. Kemudian dinoktahkan dengan intipati Java vetiver. Seperti yang kita tahu, Jacques sememangnya bijak dalam menghasilkan adunan yang ‘berlawan-lawan’ namun hasilnya amat sempurna apabila dilayangkan pada setiap lapisan kulit para jejaka ini.
Apa pandangan anda?