Posted on May 2, 2021
Pada 11 Februari 2021, WHO Strategic Advisory Group of Experts on Immunization (SAGE) telah mengeluarkan interim menyarankan penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 (AZD1222).
Siapa yang patut divaksin dulu?
Keutamaan wajar diberikan kepada pekerja di hospital yang terdedah kepada virus COVID-19 dan warga emas, lebih-lebih lagi yang berusia 65 tahun ke atas.
Boleh rujuk kepada WHO Prioritization Roadmap dan WHO Values Framework sebagai panduan.
Siapa lagi yang boleh ambil vaksin AstraZeneca?
Ia disarankan buat individu yang berisiko tinggi mendapat COVID-19 termasuklah individu dengan masalah obesiti, penyakit kardiovaskular, pernafasan dan kencing manis.
Walaupun lebih banyak ujian perlu dilakukan sama ada mereka yang menghidap HIV atau lemah sistem imun selamat mengambilnya, mereka yang berada dalam kategori ini jatuh dalam kumpulan yang disarankan mengambil vaksin AstraZeneca tetapi selepas sesi kaunseling dengan doktor.
Mereka yang pernah diserang COVID-19 juga boleh ditawarkan vaksin ini. Tetapi mereka boleh diberi kelonggaran untuk bertangguh sehingga 6 bulan untuk memberi laluan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Vaksin ini juga boleh diberikan kepada ibu-ibu mengandung sekiranya mereka jatuh dalam kategori yang diutamakan. WHO tidak menyarankan mereka berhenti menyusu selepas divaksin.
Bagaimana dengan wanita mengandung?
Walaupun kehamilan membuatkan wanita mengandung lebih mudah diserang COVID-19, hanya sedikit data diperoleh tentang keselamatan vaksin dalam tempoh kehamilan.
Sekiranya risiko mendapat virus ini lebih tinggi buat mereka, disarankan mengambil vaksin ini.
Siapa yang tidak disarankan mengambil vaksin AstraZeneca?
Mereka yang ada sejarah alergi kepada mana-mana komponen vaksin ini tidak disarankan.
Individu berusia 18 tahun ke bawah juga tidak disarankan. Tunggu keputusan kajian lebih mendalam dahulu.
Dos yang disarankan?
Dos 0.5ml setiap satu dengan jarak 8-12 minggu.
Apakah ia selamat?
Dua versi vaksin ini dikilangkan AstraZeneca-SKBio (Republic of Korea) dan Serum Institute of India disenaraikan sebagai penggunaan kecemasan oleh WHO. Apabila ia melalui pertimbangan SAGE, bermakna ia telah melalui reviu oleh European Medicines Agency (EMA).
EMA telah menimbang tara data terhadap kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin ini dan menyarankan kelulusan garis panduan pemasaran untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas.
Sejauh mana vaksin AstraZeneca berkesan?
Keberkesanannya terbukti 63.09% menentang jangkitan SARS-CoV-2 simptomatik.
Jarak lebih lama antara dos meninggikan berkesan.
Apakah ia mengelakkan jangkitan dan penularan?
Belum ada data yang membuktikan persoalan ini.
Dalam pada itu kita masih lagi perlu ingat kepada SOP – penjarakan sosial, basuh tangan, tutup mulut jika batuk, elak kawasan sesak manusia dan pastikan berada dalam ruang luas jika berada di luar.
Setakat 19 April 2021, vaksin AstraZeneca terbukti selamat dan efektif melindungi manusia daripada jangkitan COVID-19. Kamu boleh baca tentang kesan sampingan yang jarang berlaku menurut WHO.
• Sangat biasa > 1/10
• Biasa > 1/100 and < 1/10
• Kadang-kadang >1/1000 and < 1/100
• Jarang> 1/10000 and <1/1000
• Sangat jarang < 1/10000
Apa pandangan anda?