Di WapCar, setiap kereta yang kami pandu uji akan melalui ujian penggunaan minyak pada kadar liter/100 km. Setakat ini, kami menguji lebih 40 jenis kereta di pasaran. Setelah meneliti data yang kami kumpulkan, inilah 5 kereta jimat minyak pernah kami uji.
Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa kaedah pengujian kami bergantung pada pam stesen minyak. Ini bermakna ia bergantung pada tekanan dan vakum untuk setiap klik. Oleh itu beberapa perubahan suhu persekitaran atau penentukuran yang menyebabkan ketidaktepatan mungkin berlaku.
Walaupun begitu, kami telah cuba sebaik mungkin untuk meminimumkan pemboleh ubah dengan mengunjungi stesen minyak dan menggunakan pam yang sama ketika mengisi minyak. Selain itu, kami juga mengisi angin tayar mengikut spesifikasi pengeluar, tidak menutup penghawa dingin, dan memandu seperti seorang pemandu biasa, gaya Malaysia. Mari kita mulakan.
5. Perodua Axia 1.0 AV, 6.5 liter/100 km setelah diuji
Seperti yang dijangkakan daripada enjin sesaran kecil, penggunaan bahan bakar agak rendah. Setelah memandu sejauh 113.3 km dan mengisi minyak sebanyak 7.323 liter, kami memperoleh bacaan 6.5 liter/100 km.
Tripmeter menunjukkan rata-rata 6.2 liter/100 km – cukup dekat dengan angka oleh Perodua itu sendiri.
4. Volkswagen Passat 2.0 TSI, 6.5 liter/100 km setelah diuji
Ini mungkin kejutan terbesar di sini. Sebuah sedan segmen D yang jimat minyak seperti Perodua Axia? Biar betul!
Setelah memandu sejauh 78 km merangkumi 70% lebuh raya dan 30% pemanduan di bandar, jumlah minyak yang diperlukan untuk mengisi semula adalah 5.1 liter, memberikan bacaan 6.5 liter/100 km setelah dikira.
Menariknya, tripmeter memberi bacaan 7.5 liter/100 km.
3. Honda City 1.5 L V, 6.3 liter/100 km setelah diuji
Dua ujian penggunaan minyak dilakukan, di mana ujian pertama mengembalikan 7.2 liter/100 km dari perjalanan sejauh 102.3, mengisi semula minyak sebanyak 7.38 liter. Ujian kedua pula memberi bacaan 5.3 liter/100 km dari perjalanan sejauh 97.1 km dan mengisi minyak sebanyak 5.19 liter.
Tanpa mengabaikan kedua-dua hasil tersebut, purata penggunaan minyak adalah 6.3 liter/100 km setelah dikira.
2. Mazda 2 1.5 Hatchback, 6.2 liter/100 km setelah diuji
Setelah memandu sejauh 93.9 km merangkumi 40% bandar dan 60% lebuh raya, kami menggunakan 5.82 liter minyak yang memberikan bacaan 6.2 liter/100 km.
Tripmeter pula menunjukkan purata 7.2 liter/100 km.
1. Nissan Almera 1.0L Turbo, 5.8 liter/100 km setelah diuji
Sama seperti Honda City, kami telah melakukan ujian penggunaan minyak sebanyak dua kali untuk Nissan Almera.
Setelah beberapa ujian, kami memperoleh angka 5.8 liter/100 km.
Inilah dia, senarai kereta yang telah kami uji dengan penggunaan bahan bakar terendah setakat ini. Sebaik-baiknya, kami ingin melakukan ujian penggunaan bahan bakar berulang kali seperti Honda City dan Nissan Almera untuk hasil yang lebih konsisten dan boleh dipercayai. Tetapi sayangnya, masa dan sumber daya terhad.
Adakah kami memiliki kereta yang rata-rata menggunakan minyak lebih rendah daripada kereta di senarai kami ini? Tinggalkan komen di bawah.
Senarai kereta yang jimat minyak yang WapCar sudah cuba setakat ini:
- 2020 Nissan Almera 1.0 VLT – 5.8-litre/100 km
- 2020 Mazda 2 1.5L – 6.2-litre/100 km
- 2020 Honda City 1.5L V – 6.3-litre/100 km
- 2020 Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance – 6.5-litre/100 km
- 2019 Perodua Axia 1.0 AV – 6.5-litre/100 km
- 2020 Toyota Vios 1.5G – 6.5-litre/100 km
- 2019 Honda Jazz 1.5L V – 6.7-litre/100 km
- 2019 Honda CR-V 1.5 TC-P 2WD – 7.0-litre/100 km
- 2019 Toyota Yaris 1.5G – 7.0-litre/100 km
- 2019 Mazda 3 Sedan 2.0 High – 7.6-litre/100 km
Artikel ini ditulis oleh Zamil Syaheer untuk WapCar
Apa pandangan anda?