Korea Selatan menjadi destinasi popular di Asia oleh kerana terkenal dengan K-Drama, K-Pop, K-Food yang unik dan juga kaya dengan budaya. Ia juga hub bagi penggemar kecantikan dan fesyen. Jika anda bercita-cita untuk melancong ke Korea Selatan, sudah tentu AirAsia X adalah pilihan terbaik untuk membawa anda ke negara Land of Morning Calm ini. Mengapa? Teruskan membaca..
DESTINASI DAN TARIKAN YANG WAJIB ANDA KUNJUNGI DI KOREA SELATAN
Terdapat beberapa destinasi dan tarikan yang tidak boleh anda lepaskan. Di sini kami mengesyorkan beberapa tempat yang wajib anda kunjungi semasa berada di Korea.
- Seoul – Ibu negara Korea, adalah gabungan kehidupan moden dan tradisional. Anda boleh mengunjungi Istana Gyeongbokgung yang megah. Berjalan di sekitar Bukchon Hanok Village sambil menyarung pakaian tradisional mereka Hanbok atau berbelanja di Myeongdong, Dongdaemun dan Hongdae. Baca lanjut pengalaman kami di Seoul. (put in hyperlink)
- Busan – Bandar pelabuhan terbesar kedua di Korea. Busan, menawarkan pelbagai lokasi menarik. Anda boleh bersantai di Haeundae Beach, menikmati pemandangan di atas Bukit Yongdusan yang menakjubkan dan menerokai pasar ikan Jagalchi yang terkenal. Baca lanjut pengalaman kami di Busan. (put in hyperlink)
- Jeju Island – Terkenal dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan dan pantai berpasir putih. Seongsan Ilchulbong, gunung berapi yang menawarkan pemandangan indah Pulau Jeju.
- Gyeongju – Destinasi bersejarah yang kaya dengan peninggalan budaya lama Korea. Lawati candi-candi yang berusia berabad lamanya seperti Bulguksa dan Seokguram. Bagi pencinta alam boleh ke Seoraksan National Park yang indah serta Gyeongju National Park
- Incheon – Bandar Incheon adalah gerbang utama untuk kebanyakan pelancong yang memasuki Korea Selatan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Anda boleh mengunjungi Pulai Muui, menikmati pemandangan indah di Pulau Ganghwa dan menjelajahi kawasan Bupyeong yang terkenal dengan kulinernya.
FESTIVAL DAN ACARA TERBAIK YANG PERLU ANDA IKUTI KETIKA DI KOREA
Terkenal dengan perayaan dan acara budaya yang meriah sepanjang tahun, Korea Selatan mempunyai beberapa festival yang perlu anda ikuti.
- Festival Bunga Sakura, Jinhae – Setiap musim spring, Jinhae menjadi tuan rumah festival ini. Anda dapat menikmati ribuan pohon Sakura yang mekar indah di sepanjang jalan dan taman-taman kota.
- Festival Lantern, Jinju – Diadakan setiap tahun pada bulan Oktober, anda akan dapat melihat ribuan lentera yang indah menerangi sungai dan jambatan. Festival ini menampilkan pertunjukan seni, dan parade tradisional.
- Festival Mud, Boryeong – Acara yang terkenal di seluruh dunia ini diadakan di Pantai Daecheon setiap musim panas. Bersedia untuk unleash your inner child dengan pelbagai acara bermain dalam lumpur, konsert K-pop dan aktiviti menyeronokkan yang lain.
- Festival Busan International Film – Jika anda pecinta filem, festival ini adalah acara yang harus anda saksikan. Ia merupakan festival terbesar di Asia dan menampilkan berbagai filem antarabangsa termasuk filem-filem Korea yang inovatif.
- Festival Lotus, Jeju – Festival ini menampilkan ladang-ladang teratai yang penuh dengan ribuan bunga Teratai yang mekar di danau-danau pada musim panas. Anda akan dapat pemandangan indah, pertunjukan budaya dan bpelbagai hidangan yang diperbuat dari teratai.
PERLINDUGAN PERJALAN AIRASIA BERSAMA TUNE PROTECT
Sudah pasti apabila anda melancong anda mahu berasa selamat dan dilindungi. Jangan risau! AirAsia X juga menawarkan perkhidmatan perlindugan perjalanan bersama Tune Protect. Ia merupakan produk insuran yang disediakan oleh AirAsia X untuk memastikan perlindungan anda sebelum, sewaktu & selepas melancong. Bagus bukan?
Manfaat Tune Protect
- Perlindungan perubatan dan kesihatan – Tune protect menyediakan perlindungan perubatan dan kesihatan yang meliputi kos rawatan perubatan, perubatan kecemasan dan kos hospital termasuk perlindugan COVID-19. Ini adalah penting kerana kos perubatan di luar negara boleh menjadi sangat tinggi dan boleh memberi tekanan kewangan kepada anda jika anda menghadapi kecemasan semasa melancong.
- Perlindungan bagasi – Jika bagasi anda hilang, rosak atau tiba lewat semasa penerbangan, Tune Protect menawarkan ganti rugi bagi nilai bagasi anda termasuk ‘baby stroller’ dan peralatan sukan yang didaftar masuk. Ini memberi anda ketenangan fikiran dan memastikan bahawa anda tidak akan mengalami kesulitan.
- Pemindahan Perubatan Kecemasan dan Penghantaran Pulang – Tune Protect juga meliputi perlindungan untukk pengangkutan kecemasan dan rawatan perubatan dalam perjalanan untuk memindahkan anda (dalam keadaan kritikal perubatan) ke hospital terdekat dan jika perlu, untuk anda pulang ke rumah bagi meneruskan rawatan perubatan
- Penangguh penerbangan – Anda boleh dapatkan pampasan (On-Time Guarantee) sebanyak RM200 jika perjalanan anda ditangguh setiap 2 jam berturut- turut atas nasihat dari pihak penerbangan AirAsia yang dikeluarkan kurang dari 24 jam dari masa asal dicetak dalam jadual perjalanan.
Bagaimana untuk mendapatkan Perlindugan Perjalanan AirAsia Bersama Tune Protect?
Anda perlu membeli polisi insurans ini semasa membuat tempahan penerbangan dengan AirAsia X. Anda akan diberikan pilihan untuk menambah perlindungan Tune Protect kepada tempahan anda dengan bayaran yang munasabah. Pastikan anda membaca terma dan syarat polisi insuran dengan teliti sebelum membuat pembelian.
SANTAN: HIDANGAN MAKANAN DI DALAM PENERBANGAN AIRASIA X
Tentu ramai di antara anda yang sentiasa ternanti-nantikan waktu makan apabila melancong. Santan ialah jenama makanan dan minuman AirAsia X yang pasti dapat memuaskan hati mereka yang melancong ke luar negara. Menu Santan menawarkan pelbagai hidangan Asia seperti mee goreng mamak, kari kapitan, pilihan STAIL.MY iaitu nasi lemak dan banyak lagi. Sewaktu kami ke Korea bersama AirAsia X, kami dihidangkan dengan menu baru mereka iaitu wantan mee. Selain hidangan utama, Santan juga menawarkan hidangan sampingan seperti snek dan pencuci mulut yang lazat. Anda boleh menikmati kuih traditional seperti onde-onde, seri muka atau keropok lekor yang digoreng garing. Bagi peminat-peminat kumpulan K-pop Blackpink, anda boleh mencuba black & pink roll cake dari Santan. Jangan lupa segarkan badan dengan minuman air kelapa muda sebelum anda mendarat di Korea Selatan. Wow! Enak sungguh rasanya dapat makan di atas awan!
Layari www.airasia.com untuk maklumat lebih lanjut. Annyeonghaseyo Korea!
Apa pandangan anda?