Posted on August 25, 2023
SINAR MERDEKA MENERAWANG DI BINGKAI JENDELA 31 OGOS. MEMBUAI BENDERA, MENABURKAN RASA INDAH KENIKMATAN MALAYSIA YANG SUDAH LEBIH ENAM DASAWARSA KELUAR DARIPADA CENGKERAMAN SANG PENJAJAH. UNTUK MERAYAKAN MERDEKA MALAYSIA, KAMI DI STAIL.MY MENGHIMPUN LAPAN INDIVIDU YANG BERBEZA RUPA DAN LATAR BELAKANG. MENYENTUH SEDIKIT BICARA MEREKA TENTANG KONSEP ‘SE-MALAYSIA’, PERSELISIHAN FAHAM DAN HAL-HAL YANG MEMBANGKITKAN CINTA PADA MALAYSIA.
ANIQ DURAR, Pelakon & Pengamal Teater
Apakah nama julukan kamu masa kecil dahulu?
Sepanjang membesar dahulu, teman-teman rapat selalu memanggil saya ‘Aniq Baniq’… saya pun tidak tahu mengapa. No idea. Ada juga yang mempersendakan nama saya menjadi ‘Bawangku’ kerana nama sebenar saya adalah Awangku. Dan ibu saya dahulu selalu panggil nama saya daripada ‘Aniq’ kepada ‘Nikolai’.
Tanggapan salah orang lain fasal kamu.
Kebanyakan orang tidak pasti fasal latar belakang kaum saya. Jadi di sini, saya ingin beritahu bahawa saya adalah anak jati Sarawak dan bangsa saya adalah suku kaum Melanau. Ramai sebenarnya yang tidak tahu saya orang Melanau.
Apakah perkara yang membuatkan kamu teramat sayang pada negara kita, Malaysia?
Secara spesifik, apa yang saya teramat suka tentang negara kita adalah seni persembahan. Terutama sekali yang beraitan dengan budaya kaum-kaum di Malaysia. I just lovehow rich it is. Contohnya kita ada zapin, joget, mak yong, tarian Sumazau, magunatip, alu-alu, ngajat… so much richness in our culture.
Perkara yang kamu paling bangga tentang Malaysia?
Perkara yang paling saya bangga fasal Malaysia adalah diversifikasi atau kepelbagaian. Oh, dan saya juga bangga dengan makanan-makanan kita!
Seandainya diberi pilihan, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, kamu mahu menjadi negeri apa?
Obviously, Sarawak! And a little bit of Perak, because my mom is from Perak.
Teks & Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini
Pengarah Seni : Merrissa Emilda
Fotografer/Konsep : Azim Mahayudin
Video : Jordi Harris
Grooming : El Manda
Rambut : Amir Aiman
Pengurus Projek : Ija Rahman
Apa pandangan anda?