Posted on October 18, 2024
Natura Bisse merupakan jenama kecantikan mewah berasal dari Barcelona – ia sudah berada di pasaran antarabangsa cukup lama namun baru sahaja melebarkan sayap mereka ke Malaysia pada tahun ini. Buat kamu yang tidak tahu, Natura Bisse merupakan jenama yang dipercaya ramai selebriti terkemuka termasuklah Kim Kardashian dan Beyonce.
Meskipun telah mula diasaskan sejak 70-an, Natura Bisse yang kini diuruskan oleh generasi kedua keluarga Fisas tidak pernah berhenti berevolusi dan terus konsisten dalam menambah baik setiap produk – bahkan terus mencari solusi untuk mencegah masalah kulit seperti bintik hitam, kusam, tanda penuaan dan sebagainya.
Mereka tampil dengan pelbagai kajian dengan segala macam keupayaan teknologi untuk memenuhi keperluan kulit manusia yang unik. Paling penting, mereka mengutamakan penggunaan bahan semula jadi terbaik demi memaksimumkan keupayaan produk sebagai kunci utama penyelesaian masalah kulit dengan selamat.
Bukan itu sahaja, mereka juga percaya bahawa sentuhan manusia memainkan peranan penting. Oleh itu, mereka turut menawarkan kemudahan spa buat kamu memanjakan diri. Berdiri dalam kelasnya tersendiri, Natura Bisse pernah diiktiraf sebagai ‘Jenama Spa Terbaik Dunia’ selama 4 tahun berturut-turut bermula 2018.
Produk utama pilihan kami daripada rangkaian Diamond Luminous
Dengan formulasi bioteknologi terkini – serum berkepekatan tinggi ini mampu mengatasi bintik hitam dan mencegah kemunculannya semula. Ia juga berkesan untuk mengurangkan hiperpigmentasi seperti melasma, selaran matahari atau sebarang bentuk perubahan warna pada kulit yang terjadi akibat penghasilan melanin berlebihan.
Antara bahan utama: Hexylresorcinol, asid tranexamic, niacinamide, carnosine, crystal illuminating peptide, alpha-arbutin, asid hialuronik dan ekstrak kunyit.
Krim mewah ini memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan kusam akibat hiperpigmentasi, ia juga mengurangkan penampilan bintik hitam sekaligus mengembalikan kulit wajah yang lebih berseri. Teksturnya yang lembut memberikan penghidratan mendalam serta memperbaiki fungsi penghadang kulit demi mencapai kulit yang lebih segar dan berseri.
Antara bahan utama: Niacinamide, carnosine, crystal illuminating peptid, asid phytic, ekstrak kunyit dan asid hialuronik
Perfecting Glowing Mask adalah ‘pelengkap’ yang membantu meningkatkan keupayaan keseluruhan produk demi kesan lebih sihat dan sempurna pada kulit kamu – ia memberikan kelembapan pada kulit dan memperbaharui teksturnya untuk kesan ‘glowing’, kulit lembut dan licin. Ia juga mampu memperhalus penampilan pori-pori menjadikan kulit terlihat jauh lebih sihat.
Antara bahan utama: Ekstrak buah pir, ekstrak kunyit, ekstarak lidah buaya organik, pathenol, aquaxyl dan alpha-arbutin
Manjakan diri dengan Lunar Glow Facial
Saya diberi peluang untuk mencuba sendiri salah satu rawatan kecantikan Natura Bisse di Trove Bangsar Village – Lunar Glow Facial, memalui diskripsi rawatan ia digambarkan sebagai rawatan yang mampu mencerahkan dan mengembalikan keserian wajah.
Menggunakan koleksi mewah Diamond Extreme – rawatan ini membebaskan kulit dari stress dan pencemaran, menggunakan bahan bio-regenerasi dan khasiat berlian yang sebenar. Kesan yang dijanjikan adalah umpama kulit sihat hasil tidur malam yang berkualit – kulit lebih lembut, segar dan berseri.
Saya harus akui saya sangat teruja saat melangkah masuk ke Trove, saya kemudian diberikan borang untuk saya isi butiran peribadi. Tidak lama selepas itu saya langsung dibawa ke ruangan facial – Ruangan yang sangat tenang dengan bunyi muzik perlahan. Sejurus selepas menukar pakaian, saya berbaring di atas tilam spa – tidak seperti facial spa lain yang pernah saya cuba, di sini tilamnya hangat malah saya sempat ditanya jika ianya terlalu hangat, jawab saya pendek “tidak”. Ia sempurna, sudah cukup membuatkan saya terasa akan dibuai mimpi lena diatas tilam ini.
Namun, fokus saya adalah untuk melawan mata. Saya mahu rasai dan hayati setiap langkah, proses dan teknik yang digunakan ahli terapi kecantikan saya. Bermula dengan membuang solekan di wajah, diikuti dengan pemakaian beberapa produk termasuk toner dan serum.
Kulit saya ibarat dimanjakan sepenuhnya, meskipun hanya dengan pemakaian serum mereka melakukanya dengan penuh teliti. Sentuhan lembut pada kulit wajah membuatkan saya terlupa akan kesibukan kehidupan harian – ia benar-benar sempurna.
Setelah selesai dengan semua produk asas, saya diberitahu wajah saya akan diletakkan ‘Glycol peel’ – terang ahli terapi saya, wajah akan terasa sedikit pedih atau gatal. Namun, setelah mencubanya sendiri, ia langsung tidak membuatkan saya kurang selesa, barangkali kerana saya sudah terbiasa menggunakan bahan aktif dalam rutin penjagaan kulit setiap hari.
Saya difahamkan bahawa ‘Glycol peel’ ini membantu kulit saya untuk ‘glow’ dan membuatkan kulit saya lebih ‘smooth’. Saya kemudian dibiarkan berehat seketika sementara ‘Glycol peel’ meresap ke kulit.
Setelah lebih kurang 20 minit, Glycol peel’ tadi dibersihkan kemudian bermulalah bahagian kegemaran saya – sesi urutan, Setiap titik wajah saya diberikan perhatian penuh, urutan lembut membuatkan saya lama-kelamaan tertidur seketika. Ia benar-benar memberikan kesan lebih tenang dan relax. Saya difahamkan setiap langkah dalam setiap ritual pergerakan telah dikaji dan diuji dengan teliti oleh pasukan estetik Natura Bisse sendiri – memastikan ia mampu membawa perubahan baik kepada kulit.
Sebaik sahaja habis sesi urutan di bahagian sebelah kiri wajah, saya ditanya jika saya mahu lihat perbezaan pada bahagian yang sudah diurut. Apabila melihat cermin, saya benar-benar terkejut, pipi kiri saya terlihat lebih tirus berbanding bahagian yang belum diurut. Saya jadi semakin tak sabar untuk melihat hasil penuh urutan ini di wajah saya.
Setelah 90 minit, akhirnya sesi ini sampai ke penghujungnya. Sebelum pulang saya dihidangankan teh bersama sedikit kudapan. Meskipun urutan dan rawatan hanya di bahagian wajah sehingga dada, namun seluruh badan saya terasa kembali bertenaga, saya ibarat dapat ‘rechage’ diri di sini. Saya tidak berhenti membelek wajah melalui kamera telefon, wajah saya benar-benar glowing dan terlihat jauh lebih bermaya.
Saya jadi faham dengan perumpamaan mereka yang mengatakan bagai “kulit sihat hasil tidur malam yang berkualiti” – Saya umpama baru terjaga dari tidur panjang, dengan kulit yang kembali sihat bebas stress.
Buat kamu yang berminat untuk mencuba sendiri rawatan kecantikan di Trove, silakan untuk layari laman Instagram rasmi mereka di SINI ataupun klik pautan INI.
Produk Natura Bisse boleh didapati di kesemua rangkaian stor Trove (The Exchanfe TRX, Pavillion Damansara dan The Starhill).
Apa pandangan anda?