www.upscalerolex.to

All Posts By Azreezal Hafidz

Hari Ini Kita Hidup Dalam Dunia Digital Yang Keji

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Hari Ini Kita Hidup Dalam Dunia Digital Yang Keji

Hari itu tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Aidilfitri bertandang lagi. Saya menemani Amri ke Pasar Seloka Raya di Publika. Kebetulan kami berbuka puasa sama hari itu. Dia pula mahu mengambil kuih Arab sedap daripada teman kami Dahlia yang berniaga di situ. Waktu menunjukkan hampir jam 10 malam. Jadi kesemua peniaga di Pasar Seloka Raya sedang lagi sibuk mengemas. Hari itu pula hari terakhir Pasar Seloka Raya, jadi mereka ibarat meraikan kemenangan. Masing-masing hati berbunga mengenangkan kerancakan perniagaan sepanjang bazar ini berlangsung. Sementara Dahlia juga sedang lagi sibuk berkemas, kata Amri, “Eh aku dan Reezal jalan-jalan dulu ya. Kejap lagi kami datang balik ambil kuih.” Ada beberapa lagi teman-teman kami yang berniaga di situ. Syed Faizal dengan produk solekannya, kami terjumpa Zaireen Azman (Umma dan Nita) serta Shera Razi (pengurus pemasaran Nelissa Hilman). Setelah berbual-bual dan bergurau dengan mereka ini kami berjalan ke arah booth so.lek. Tiba-tiba saya ditahan seorang lagi kenalan yang berniaga di situ…

Selamat Hari Raya Malaysia Yang Baharu

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Selamat Hari Raya Malaysia Yang Baharu

Tanggal 10 Mei 2018. Seluruh rakyat Malaysia bangun pagi dengan perasaan yang sungguh ringan. Seperti selalu, saya bangun dan terus mencapai telefon bimbit – skrol Instagram dan FB serta melihat mesej Whatsapp. Pagi itu beratus-ratus mesej Whatsapp ada dalam notifikasi telefon saya. Membaca satu persatu, awan kelabu yang menutupi seluruh langit saya rasakan berarak sedikit demi sedikit. Menampakkan langit serba biru lagi cerah berhias tompok-tompok awan putih berkepuk-kepuk. Walaupun saya tidak lahir waktu merdeka, tapi perasaan pagi 10 Mei itu sepertikan Malaysia baru merdeka. Seluruh negara bagaikan baru terlepas daripada sumpahan sekian lama yang membuatkan bumi ini tidak subur, berselimut aura negatif, kelam dan tiada harapan. Enam puluh tahun lamanya Barisan Nasional (BN) mentadbir negara. Bukan tak pernah ia memajukan negara.

#10STAILISHROOMS, Mengumpul Bakat Kreatif Lokal di Bawah Satu Bumbung

Oleh 0 Comments3 minit untuk membaca
#10STAILISHROOMS, Mengumpul Bakat Kreatif Lokal di Bawah Satu Bumbung

Aduh, hati saya ini berdebar-debar. Walaupun jiwa saya bagai tak sabar. Persiapan akhir rancak berjalan dan saya dan Amy diperlukan memerhati secara dekat, halus lagi terperinci tentang semua aspek. Ryan, Ardi, Ashura, Zaidi dan Amira pula sibuk bertemu dengan semua influencer dan Neelofa (sebagai tetamu VIP saya amat berterima kasih kerana sudi hadir ke majlis kami) menghantar kad undangan pop up (idea Ashura) secara peribadi kepada mereka semua. Jika kamu mengikuti platform medial sosial kami, pasti kamu sudah pun melihat sendiri setiap seorang mereka menerima undangan. Calvin (pegawai pemasaran kami) pula tak menang tangan berurusan dengan kontraktor, sembilan artis yang terpilih menghiasi #10STAILISHROOMS, dengan Pavilion dan semua supplier yang sama-sama menjayakan projek sulung STAIL.MY ini. Sedang saya menulis ini pun, beberapa artis menghantar gambar menunjukkan work in progress mereka kepada Calvin. Saya jadi semakin teruja.

Mengejar Fluidity, Membiar Dunia Mengalir & Tidak Menindas

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Mengejar Fluidity, Membiar Dunia Mengalir & Tidak Menindas

Beginilah saya lihat dunia fesyen hari ini. Banyak pengarah kreatif rumah-rumah fesyen dunia semakin mengejar fluidity. Mereka lebih senang melihat rekaan mereka mengalir, fluid, tiada lagi batasan gender dan boleh dipakai semua. Ya saya tahu kebanyakan mereka mahu menjual dan membuat untung tetapi bagi saya, ini juga cara terbaik untuk melihat dunia yang lebih aman. Mungkin banyak yang lupa bahawa dalam dunia hari ini kepelbagaian manusia itu sangat luas. Dengan adanya media sosial dan peningkatan dalam penggunaan alam maya, manusia hari ini bisa menjadi apa pun. Terlalu banyak rujukan dan pengaruh yang boleh didapati di hujung jari. Manusia tidak lagi tersekat kepada batas norma. Atau tersekat dengan pandangan masyarakat setempat. Dahulu misal kata, kita di Malaysia hanya akan dapat melihat pengaruh luar sekiranya kita berpeluang ke luar negara. Tetapi hari ini tidak lagi. Apa pun yang berlaku…

Fesyen Musim Luruh 2018 Memecahkan Taboo LGBTQ & Kekangan Budaya

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Fesyen Musim Luruh 2018 Memecahkan Taboo LGBTQ & Kekangan Budaya

Saya menonton dan menonton dan menonton lagi dan lagi pertunjukan fesyen Burberry di laman Youtube – koleksi finale Christopher Bailey untuk jenama ini. Selepas 17 tahun bersama jenama ini dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Kreatif, Bailey meninggalkan tampuk penting dalam jenama ini. Katanya untuk lebih memfokus pada suami dan anaknya. Saya sungguh terkesan dengan pertunjukan fesyen Burberry dan koleksi Bailey yang terakhir ini. Karangan seluruh pertunjukan seolah-olah menyentuh perasaan, menaikkan bulu roma dan membuat saya menitiskan air mata di saat Bailey membuat final bow nya. Pertunjukan dibuka oleh model Adwoa Aboah memakai kot parka oversize merah jambu bersama kain labuh putih. Lagu-lagu yang berkumandang saya rasa adalah pilihan peribadi Bailey, yang menjadi kegemarannya sewaktu dia remaja di era 90-an. Lagu-lagu yang begitu sinonim di kelab-kelab gay serta menjadi anthem kelompok ini di era 90-an. Burberry kali ini…

I’m In Love With Being Real

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
I’m In Love With Being Real

Tengah hari, Ahad. Saya duduk mengadap laptop menulis rencana ini. Di corong speaker bermain lagu Real, lagu rap oleh Kendrick Lamar feat. Anna Wise. Lagu ini sungguh bagus. Liriknya sungguh benar dan beat nya sungguh catchy. Saya menikmati lagu ini sesungguh-sungguhnya. Sahabat saya Jeffrey Yan yang memperkenalkan saya kepada Kendrick Lamar. Saya tak pernah peduli dengan penyanyi rap kerana ia bukan my cup of tea. Tetapi Kendrick Lamar is sooooooooo good. Lagu-lagunya tulus dan membincangkan isu-isu yang kita lalui setiap hari. Ia memberi pengajaran kepada saya. Mendengar lagu ini membuat saya terfikir betapa cintanya saya dengan being real.

‘Say No To’ 10 Perkara Ini Untuk 2018

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
‘Say No To’ 10 Perkara Ini Untuk 2018

Tahun baru menjelma lagi. Seboleh-bolehnya saya tak suka sangat berfikir tentang banyak perkara. Kerana bagi saya memikir terlalu dalam akan membuat kita risau. Seperti yang disebut peribahasa Inggeris ‘overthinking can make a person blind to beauty of life’. Jangan terlalu mengenang masa silam. Sesungguhnya kita tidak bisa mengubah apa pun. Barang yang lepas seharusnya hanya mengajar kita agar tidak lagi mengulang khilaf yang sama. Saya lebih senang memandang ke depan. Kerana masa depan lebih menjanjikan…

Apakah Kita Hidup Dalam Dunia Yang Dahagakan Perhatian?

Oleh 0 Comments6 minit untuk membaca
Apakah Kita Hidup Dalam Dunia Yang Dahagakan Perhatian?

Saya duduk menghadap garis langit Tokyo menerusi tingkap besar di bilik hotel Capitol. Senja sedang melabuhkan tirainya. Malam bakal menjelma. Saya di sini memenuhi undangan persembahan Marc Jacobs koleksi musim bunga 2018 selain majlis Bookmarc di Omotesando. Saya tidak merenung kosong bangunan-bangunan pencakar langit Tokyo ini sebaliknya minda saya merewang jauh sehingga sampai ke isu yang saya mahu ketengahkan kali ini. Tentang perhatian yang didambakan sesetengah insan di dunia ini. Ada banyak bangunan pencakar langit di Tokyo. Rata-rata direka sama dengan yang lain.