The Cutest of SAG Awards 2020 Couples
Actors love actors. Dan kerana itu Screen Actors Guild Awards (SAG Awards 2020) wujud. Untuk pelakon memberi penghargaan kepada rakan pelakon yang lain. SAG Awards juga dipenuhi dengan pelakon yang jatuh cinta dengan pelakon, bermaksud karpet peraknya (silver carpet) turut didatangi pasangan-pasangan pelakon yang bercinta sesama sendiri.
Berikut 5 pasangan paling comel dan terbaik di SAG Awards 2020 pilihan kami, seperti di bawah:
Dacre Montgomery & Liv Pollock
Pasangan ini menyerlah di karpet perak, hadir awal untuk memberi extra smize kepada kamera-kamera paparazi yang dahagakan publisiti.
Joe Jonas & Sophie Turner
Hi, Joe dan Sophie! Pasangan suami-isteri ini mengancam dengan tuksedo dan gaun magenta menggoda dari Louis Vuitton.
Natalia Dyer & Charlie Heaton
Gaun emas Saint Laurent untuk Natalia Dyer dan tuxedo Charlie Heaton oleh Lanvin, menjadi pilihan pasangan ini.
Joe Keery & Maika Monroe
Keery dan Monroe. Bersama mereka membawa old-Hollywood vibe di karpet perak SAG Awards 2020.
Scarlett Johansson & Colin Jost
Johansson dan tunangnya yang lucu dan kacak, Jost bergaya di karpet perak SAG Awards.
Apa pandangan anda?