Posted on February 12, 2020
Parasite arahan Bong Joon Ho sebagai filem bukan Inggeris pertama yang memenangi Best Picture
Parasite akhirnya menyapu bersih kebanyakan anugerah di #Oscars2020, termasuk ‘Best Picture’, menjadikan ia filem bukan tuturan dalam bahasa Inggeris pertama yang memenangi anugerah tertinggi di #Oscars tahun ini.
Filem arahan Bong Joon Ho ini turut membawa pulang beberapa trofi yang lain seperti ‘Best Screenplay’, ‘Best Director’ dan ‘Best International Feature Film’. Sungguhpun pelakon-pelakon Parasite tidak tercalon untuk #Oscars2020, mereka masih mampu merangkul ‘Best Performance by Ensemble Cast in Film’ di SAG 2020.
Parasite juga adalah filem pertama arahan pengarah asal Korea Selatan, menjadi filem majoriti pelakon-pelakon Asia pertama yang memenangi ‘Best Picture’. ‘Parasite’ adalah satu-satunya filem Asia yang berjaya menewaskan filem-filem pecah panggung Hollywood yang turut tercalon tahun ini seperti ‘Joker’, ‘Ford v Ferrari’, ‘The Irishman’, ‘Marriage Story’, ‘Little Women’, ‘1917’, ‘Once Upon a Time in Hollywood’ dan ‘Jojo Rabbit’.
https://www.instagram.com/p/B8X-9eHFlEa/?utm_source=ig_web_copy_link
“Saya sedia untuk mabuk malam ini!” gurau Bong Joon Ho di atas pentas.
Sebelumnya, hanya 11 filem asing bukan berbahasa Inggeris pernah tercalon sepanjang 92 tahun #Oscars berlangsung. Filem-filem itu adalah ‘Roma’, ‘Amour’, ‘Babel’ dan ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’. Roma adalah filem bukan berbahasa inggeris pertama yang menerima pencalonan terbanyak dalam sejarah #Oscars.
Pun begitu, ‘Roma’ berjaya memenangi trofi ‘Best Foreign Film’ (Filem Asing Terbaik) tahun lepas, kategori yang tahun ini diubah menjadi ‘Best International Film’ (Filem Antarabangsa Terbaik).
Ia menjadi satu kembara yang mengejutkan bagi Bong, dia tidak menyangka langsung betapa ‘Parasite’ bakal menjulang banyak anugerah dan mencipta sejarah. Malah, ada gerakan peminat Bong, yang menamakan diri mereka sebagai ‘BongHive’. Kelab peminat Bong ini mengadakan acara jamuan, mereka-cipta t-shirt dan mengadakan tayangan istimewa bagi menyokong filem ‘Parasite’ ini.
Bagi Bong, anugerah ‘Best Film’ ini adalah peringatan buat penonton filem di seluruh dunia, khususnya Hollywood, yang filem antarabangsa (di luar skop Amerika Syarikat) juga penting untuk dihargai dan diraikan.
“Sebaik sahaja kamu dapat mengatasi satu inci tembok halangan sarikata, kamu akan diperkenalkan dengan lebih banyak filem-filem (asing) yang menakjubkan,” ucap Bong di Golden Globes 2020 usai memenangi anugerah untuk ‘Best Foreign-Language Filem’.
Bong Joon Ho dan Parasite memahat sejarah #Oscars malam itu dengan kemenangan cantiknya mempersembahkan budaya dan kualiti filem ‘asing’ yang dianggap terlalu ‘alien’ di sudut pandang majoriti penonton dan penggiat filem Hollywood.
Apa pandangan anda?