Posted on May 13, 2020
Setelah menonton empat siri drama Korea, saya rasa saya dah dapat formula yang buat kita hooked with KDrama. Permainan perasaan benci, jengkel dan geram sering singgah dalam diri saat mula menonton mana-mana siri KDrama. Tidak kiralah sama ada kamu benci dengan watak heronya atau jengkel dengan watak heroinnya kah atau geram dengan kedua-dua sekali, inilah yang sering dipersembahkan di permulaan siri-siri drama Korea. Ya, mereka akan mulakan setiap siri dengan perasaan ini dalam diri kita. Pabila perasaan sebegitu sudah ada dalam diri, mereka tahu by which episode mereka patut ubah perasaan itu kepada perasaan suka pula.
Karakter yang kita bencikan, jengkelkan atau geramkan itu pasti akan berubah menjadi sweet, berusaha kuat boleh kata apa-apa sahajalah karakter positif yang akan membuat kita berasa, “Eh not bad pula dia ni. He/ she’s not bad after all.” Nah begitulah. Selepas itu, bammmmm…. you’re hooked. Dan kamu mesti mahu menghabiskan kesemua 16 episod siri Korea itu. Selepas itu, kamu ketagih lagi kepada formula ini. Kamu mahu lagi dan lagi. Tentu pula, dengan pemilihan pelakon yang kacak dan cantik ibarat bonus kepada perasaan hooked with KDrama kita itu. Park Seo-Joon antara yang berjaya membuat banyak wanita dan lelaki seluruh dunia menggilai KDrama.
Bakatnya memainkan pelbagai watak menjadi antara sebab banyak antara kita yang tergila-gilakan dia. Nak kata kacak sangat tidaklah juga. Tetapi saya dan teman setuju bahawa pakej yang dibawanya membuatkan dia sangat attractive. Baik dari watak dorky dalam Fight for My Way hingga kepada lelaki berkarisma narsistik dalam What’s Wrong with Secretary Kim kemudian jejaka garang tetapi sweet dalam She Was Pretty dan lelaki penuh azam dan dendam dalam Itaewon Class – Park Seo-Joon membuat penonton ketagih mahu menonton dan menonton lagi lakonannya.
Tetapi pada dasarnya, siri KDrama ini saya kira sudah menemui formula yang tepat untuk membuat penonton hooked. Jalan cerita, plot, sinematografi, pelakon hebat dan tentunya permainan perasaan penonton. Di sini saya senaraikan empat siri yang menggunakan formula yang sama.
Fight for My Way
Pada awalnya, watak Ko-Dong Man yang dorky dan Choi Ae-Ra sedikit mengjengkelkan. Malah pabila mengingatkan watak mereka, suara nyaring dan annoying pasti akan singgah di minda. Tetapi rupanya perasaan sayang antara mereka terbina semakin lama siri ini berlangsung. Kemudian bammmm, pabila Dong-Man berubah menjadi lelaki sweet yang care about Ae-ra, nah maknaya kamu akan menonton sampai ke penghujung.
https://www.youtube.com/watch?v=beQ4WqZmDro
What’s Wrong with Secretary Kim
Tentunya watak menjengkelkan dalam siri ini ialah Secretary Kim (Mi-So) yang pada episod pertama meletak jawatan dan mahu meninggalkan bosnya, Lee Young-Joon. Tetapi sampai episod ketiga atau keempat, dia masih lagi berkerja dan tidak dapat memutuskan sama ada mahu berhenti atau tidak. Selepas itu dia mula jatuh hati dengan Young-Joon dan seperti biasa, bammmm, you’re hooked to it!
Itaewon Class
Dalam siri tentu sahaja kamu bermula dengan jatuh hati kepada watak Park Sae-ro-yi, tetapi selepas itu kamu diperkenalkan pula dengan watak Chairman Jang dan anaknya Jang Geung-Won yang menjengkelkan dan membuat kamu geram. Kemudian muncul pula watak Jo Si-Yeo yang meninggalkan perasaan tidak pasti dalam diri kamu. Sama ada kamu suka dengan dia atau tidak. Suka dan benci bercampur baur. But by this time, kamu dah separuh jalan pun menonton siri ini. Jadi pastilah kamu akan menghabiskannya kan?
She Was Pretty
Eeeeeeeeee saya jengkel sekali dengan watak Kim Hye-Jin. Dia orang yang baik tetapi sering tak percaya diri dan senang dibuli. Rasa macam, “Eh kau ni cuba get a grip.” Tapi saya suka dengan imejnya. Rambut kembang keriting, sweater ringkas warna-warna lembut dan high-waist jeans. Cantik bagi saya. Tetapi watak jengkelnya itu kekal sampai banyak episod. Kemudian watak Kim Shin-hyuk (Choi Si Won yang kacak) pula muncul seiring dengan watak Ji Soong-Joon yang juga kacak bergaya. Nah terpakulah depan TV sampai habis.
Nah sekarang saya nak tengok Hwarang pula…
Apa pandangan anda?