Posted on January 26, 2024
Pagi ini kami yakin satu Malaysia bangun tidur dengan perasaan bangga dan gembira – Harimau Malaya berjaya menamatkan cabaran Piala Asia 2023 dengan mengikat Korea selatan 3-3 semalam.
Biarpun seri, namun ia terasa seperti sebuah kemenangan besar buat rakyat Malaysia, terutama sekali mereka yang sanggup berkorban harta benda untuk terbang ke Qatar.
Antara yang menarik perhatian kami adalah pengorbanan Derrick Gan, salah seorang penyokong Harimau Malaya yang sanggup menjual motor kesayangannya demi menyaksikan sendiri aksi perlawanan penuh bermakna itu di depan mata.
Dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada 28 Disember lalu Derrick melepaskan motosikal jenis Yamaha 135LC dengan harga RM4,500.
“Mencari Dana ke Qatar, nak lepasakan motor demi negara tercinta.”
“First major tournament in Malaysia’s history, ada sesiapa sudi tolong tak?”
Apa pandangan anda?