Chef Eric Chong ke Malaysia sempena Silk Road Delicacies: Rice Unearthed, meneroka sejarah di sebalik penghasilan sebutir beras
Masih dalam mood Tahun Baru Cina, ikuti kembara Chef Eric Chong – juara MasterChef Canada musim pertama – meneroka asal usul dan kehalusan tradisi makanan Cina di sebuah dokumentari khas #CNY2020 bertajuk Silk Road Delicacies: Rice Unearthed.
Dokumentari kulinari istimewa ini mempunyai tiga (3) episod. Diarahkan oleh pengarah Malaysia, Kabir Bhatia, kamu dapat melihat perjalanan Eric bersama mentornya, Chef Alvin Leung menjelajah tujuh (7) bandar bersejarah di China, mengharungi hiruk-pikuk kota Bangkok, meredah pedalaman Sarawak dan padang pasir di Dubai, UAE.
https://www.instagram.com/p/B0GJY0zBdar/
Bersama, Eric dan Alvin mengkaji sejarah, tradisi dan teknologi penghasilan beras sebagai inspirasi dalam penghasilan makanan di empat (4 ) negara Laluan Sutera China termasuk Malaysia.
Semuanya demi meneroka sejarah di sebalik kepentingan sebutir beras. Di samping mempelajari silang-budaya dan bertemu aneka manusia di sepanjang Laluan Sutera China. Setiap episod diadakan pertandingan memasak antara Eric dan Alvin, yang juga bekas juri MasterChef Canada dan mentor restoran bertaraf Michelinnya di Toronto, Kanada.
Sedikit pengenalan bagi mereka yang kurang mengenali. Dikenali ramai dengan panggilan ‘The Demon Chef’, Chef Alvin bukanlah nama asing dalam arena kulinari Kantonis khususnya di Hong Kong. Alvin pernah berkata, “Inspirasi datang dari semua segi termasuk lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bau. Kita harus sentiasa berinovasi”.
Restorannya, Bo Innovation berjaya memperoleh pengiktirafan Bintang Michelin sejak 2013 lagi, di mana Alvin mempopularkan hidangan terkenal dia yang diberi nama ‘X-Treme Chinese’. Dia terkenal kerana kebolehannya mencipta makanan Oriental yang moden, tetapi masih mampu mengekalkan rasa dan estetika tradisional.
Manakala, @ChefEricChong pula berasal dari pekan kecil di Oakville, Ontario, Kanada. Antara juara termuda MasterChef Canada (musim pertama), Eric memenangi pertandingan memasak yang sangat terkenal ini di hanya usia 22 tahun pada 2014. Bapanya adalah orang Malaysia yang berhijrah ke Kanada. Eric masih mempunyai datuk dan nenek serta saudara-mara di Sarawak.
https://www.instagram.com/p/B1lpGsDhljU/
‘Silk Road Delicacies: Rice Unearthed’ dijadual siar di lebih 15 buah negara termasuk Malaysia (Astro), Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, China dan negara-negara Timur Tengah.
Ia adalah kerjasama antara CJ ENM dan China Intercontinental Communication (CICC) sempena China’s Belt & Road Intiative (Inisiatif Jalur & Jalan Merah) dengan menjejaki bagaimana beras mempengaruhi budaya dan perjalanan edaran beras antara China dengan Malaysia, Thailand dan Emeriah Arab Bersatu sejak zaman-berzaman.
Saksikan Silk Road Delicacies: Rice Unearthed pada Tahun Baru Cina ini menerusi Astro 4KUHD
Apa pandangan anda?