Latina Power! Persembahan Penuh Memukau JLo & Shakira untuk Super Bowl 2020
Super Bowl 2020 adalah momen yang kita semua tunggu (selain daripada perlawanan rugbi itu sendiri)! Pada hari minggu, 2 Februari (waktu US), Jennifer Lopez dan Shakira ‘menggegar’ stadium Hard Rock Miami untuk Halftime Show bersama!
Tak dapat dinafikan, kemeriahan bak fiesta! Samba! & gelekan pinggul maut mereka! Ia adalah gabungan dua penyanyi latin yang cukup hebat & dinamik
Shakira membuka pentas dengan persembahan mempersona dengan pinggul seksinya dan lagu-lagu ikonik seperti ‘She-Wolf, ‘Empire’, ‘Whenever, Whenever’ dan ‘Hips Dont Lie’. Dia bahkan mengundang Bad Bunny untuk menyanyikan lagu duetnya bersama Cardi B, ‘I Like It’. Padahal, tak disangka secara kebetulan Super Bowl ke-54 ini jatuh sama tarikh dengan hari ulangtahunnya yang ke-43. Dan boleh kita katakan, makin galak Shakira ‘gelek’ di atas pentas!
JLo mengambil-alih separuh masa kedua persembahan, benar-benar menerangi panggung ketika dia muncul dan melilit di atas tiang penari telanjang (ya, Hustlers). Penyanyi berusia 50 tahun yang masih segar bugar dan ranum ini kemudiannya mengemudi pentas dengan beberapa hits sepanjang zamannya seperti ‘On The Floor’, ‘Ain’t That Funny’, ‘Get Right’, ‘Waiting For Tonight’ dan banyak lagi.
Paling istimewa, kemunculan anak perempuan JLo, Emme Maribel Muñiz yang muncul ketika mashup akhir untuk lagu berhantu JLo, ‘Let’s Get Loud’ dan ‘Waka Waka’ bersama Shakira! Hidupi kembali persembahan yang menakjubkan ini dengan menonton pautan youtube Super Bowl 2020 di bawah:
Apa pandangan anda?