Posted on May 13, 2020
U Mobile sekali lagi bekerjasama bersama perusahaan lokal dan bakat tempatan untuk menyokong usaha kreatif mereka dan terus bersama-sama menyebarkan mesej positif sepanjang Ramadan dan Raya tahun ini. Menerusi inisiatif kempen #RayaWithU ini, U Mobile mewujudkan #FlavoursWithU serta #GroovesWithU. Bukan sahaja kamu dapat menikmati makanan sedap malah kamu juga berpeluang berhibur bersama selebriti tempatan.
Sempena Ramadan ini, U Mobile berkolaborasi sekali lagi bersama rakan kongsi Unlimited Flavours yang tidak asing lagi, Tiffin menawarkan makanan gourmet yang disediakan oleh tiga bakat masakan tempatan yang dapat dinikmati dengan selesanya lagi-lagi saat duduk di rumah. Projek yang dipanggil Tiffin Samplers ini bakal disediakan oleh Pinggan Puteh, Embun Eats juga Projek Dapur Umar x Hikayat Percik. Mereka ini bakal menyajikan hidangan Melayu popular seperti lontong dan rendang tetapi disuntik rasa moden untuk sedikit kelainan.
Untuk pengalaman jamuan selera yang lebih bermakna, U Mobile mensubsidi harga setiap Tiffin Sampler dengan potongan harga RM10. Bukan itu sahaja, syarikat telekomunikasi ini juga turut akan menanggung kos penghantaran makanan kamu dengan tujuan untuk menjadikan Iftar dan Raya kamu lebih bermakna. Segala informasi tentang tempahan boleh didapati melalui laman Instagram U Mobile dan Tiffin Event. Pra-tempahan makanan ini adalah bermula 6 Mei hingga 16 Jun 2020.
Manakala #GroovesWithU adalah antara inisiatif tradisi yang lama diwujudkan sebelum ini. Untuk Ramadan yang lebih bermakna tahun ini, syarikat telekomunikasi ini bakal bekerjasama bersama penyanyi popular Aina Abdul serta kumpulan Mafidz. Manakala untuk edisi Raya, U Mobile bakal mempersembahkan Yuna bersama rakan-rakannya seperti Bil Musa, Pastel Lite dan Aizat Amdan mendendangkan lagu-lagu Raya untuk menemani dan memeriahkan lagi Raya kamu. Menerusi inisiatif ini, mereka juga berharap agar kempen ini dapat menemani kamu di dalam situasi yang memerlukan kita semua agar menjaga jarak sosial dan dalam kawalan pergerakan ini. Sekali lagi, segala informasi berkenaan #GroovesWithU ini boleh kamu ketahui melalui Instagram U Mobile.
Jom Sahut Cabaran #UnlimitedSalam Bersama U Mobile!
U Mobile turut melancarkan cabaran terbaru ini sebagai tanda peluang buat semua rakyat Malaysia merasa dekat lagi dengan suasana Hari Raya walaupun dalam keadaan situasi penjarakan sosial. Walau secara lazimnya, aktiviti bersalaman langsung tidak dibenarkan sepanjang tempoh pandemik ini, U Mobile ingin membawa serta mengingatkan agar budaya ini tidak harus dilupakan. Maka, salam secara alam maya idea daripada telko ini boleh membangkitkan lagi semangat beraya kamu. Jom ikuti cabaran #UnlimitedSalam ini bersama teman-teman kamu dan kemudian muatnaikkan di Laman Instagram. Meriahkan cabaran ini sepanjang 11 hingga 26 Mei ini dan siapa yang paling kreatif akan dipilih dan berpeluang memenangi U Mobile x Tiffin Samplers, di mana ia merupakan juadah makanan yang disediakan oleh tukang masak di atas serta pemanis mulut daripada Inside Scoop!
Apa pandangan anda?