www.upscalerolex.to

Erti Cinta Itu Tergantung Pada Diri Sendiri

Oleh 0 Comments7 minit untuk membaca
Erti Cinta Itu Tergantung Pada Diri Sendiri

Bertahun-tahun lamanya saya tercari-cari erti cinta. Biasalah erti cinta itu takkan sama sejak kita lahir, membesar ke sekolah rendah, cinta monyet sewaktu di sekolah menengah, cinta cemburu-cemburuan waktu remaja, menginjak usia 20-an dan percayalah ia akan semakin berubah pabila kematangan mengetuk pintu minda dan hati. Malah cinta akan sama sekali berbeza makna setelah melalui setengah abad kehidupan. Tak mengapa. Biar erti cinta itu berubah berapa kali sekalipun kerana kehidupan kita memang sudah ditakdirkan sebegitu. Akan sentiasa berevolusi dan berkembang, ia tidak seharusnya kekal di tangga yang sama. Hidup pasti bosan dan tiada lagi keterujaan andai ia tidak disapa angin perubahan. Sebagai manusia, cinta awal yang kita kenal tentulah cinta daripada ibu kita yang tidak berbelah bahagi. Simbahan cinta dan kasih sayang daripada mama takkan saya lupakan sampai bila-bila. Cintanya itu begitu agung sehingga saat ini pun walau dia tidak lagi bersama, masih dapat saya rasai. Hangatnya dakapan mama dan tulusnya ciuman dia di pipi saya terkadang-kadang masih lagi menemani apalagi kala saya merindui. Benarlah kata orang tali perhubungan antara ibu dan anak itu tidak akan terputus sampai bila-bila. Dan cinta ibu itu…

2019: 10 Sebab Kita Perlu Lebih Menghargai Wanita

Oleh 0 Comments8 minit untuk membaca
2019: 10 Sebab Kita Perlu Lebih Menghargai Wanita

1 MANI/ PEDI Sejak teman saya menghadiahkan pakej membuat kuku di salah satu salon kuku ibu kota, I’m hooked since then. Setiap bulan paling kurang sekali saya mesti pergi manicure dan pedicure ditambah buffing. It’s really a commitment. Dan wanita perlu menghabiskan masa sejam setengah sekurang-kurangnya untuk membuat mani dan pedi. Bayangkan kalau seumur hidup wanita melakukannya? 2 EYELASH EXTENSION Seorang teman membuka salon eyelash extension dan mengundang saya mencuba perkhidmatan ini. Memanglah hasilnya menawan. Mata nampak besar dan cantik. Wajah serta-merta berubah manis pabila memasang extension bulu mata. Tetapi sampai dua jam perlu menadah muka di depan pakar bulu mata, saya jadi letih selepas tiga kali melakukannya. Jadi saya tidak menyambung lagi selepas kali ketiga. Ada wanita yang tidak pernah tak pakai extension bulu mata, bayangkan kesukarannya?

You Is Kind, You Is Smart, You Is Important

Oleh 0 Comments6 minit untuk membaca
You Is Kind, You Is Smart, You Is Important

Babak di mana Viola Davis memberitahu kata-kata akhir kepada anak gadis kulit putih yang dijaganya sebelum dia beredar dari rumah tuannya dalam filem The Help sungguh membekas. Sampai saya ambil menjadi prinsip hidup sendiri. Katanya kepada anak kecil yang menangis-nangis seperti tahu dia akan pergi selama-lamanya kerana diberhentikan kerja dan takkan menjadi nanny nya lagi, “You remember what I told you?” Dan anak kecil itu menjawab, “You is kind, you is smart, you is important.” Saya takkan gagal menangis setiap kali menonton babak ini. Kata-kata ini juga saya ambil jadi pengajaran dan rumusan untuk menutup 2018. Sedar tak sedar kita sudah berada dalam bulan Disember. Klise sungguh kalau saya menyebut yang masa beredar begitu pantas kerana ini telah pun disebut berkali-kali oleh banyak orang. Zaman kita dikejar arus kemodenan ini memang lumrahlah masa semakin cepat berlalu. Zaman Instagram dan online, zaman segala-galanya di hujung jari. Kerana itulah sekelip mata, kita dah berada di penghujung tahun. Apakah yang kamu belajar sepanjang 2018? Apakah kamu masih individu yang sama seperti sewaktu tahun ini bermula? Atau terlalu banyak pengajaran yang kamu peroleh sehingga kamu menjadi insan yang amat berlainan.

Awas Dengan Sakit Mental, Ia Isu Yang Sangat Bahaya

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Awas Dengan Sakit Mental, Ia Isu Yang Sangat Bahaya

Dua minggu lalu saya mendapat berita sedih yang sungguh tak terjangka. Kenalan yang pernah menjadi teman baik saya ditemui mati di dalam biliknya di Kuantan. Dipercayai kepalanya diketuk, mukanya ditekap dengan bantal dan kemudian biliknya dibakar. Jirannya mendapat tahu kerana terlihat asap yang keluar berkepul-kepul dari tingkap biliknya. Tragis sungguh kematiannya. Punca pembunuhan ini tidaklah sesiapa pun yang tahu kerana siasatan masih berlangsung. Tapi saya bertanya pada temannya yang menghantar Whatsapp tentang berita kematiannya kepada saya, “Takkan kau tak tahu langsung mengapa ini terjadi?” Jawapnya, “Aku syak bekas kekasih dia yang buat…” Memikir-mikir tentang perkara ini, saya pasti ini disebabkan rasa dengki atau dendam yang mendalam. Jika tidak masakan sampai sangguh berbunuhan. Ya, begitulah kalau minda dipenuhi anasir-anasir jahat dan ‘sakit’. Sakit mental ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Kerana sakit di minda ini akan membuatkan orang melakukan perkara di luar batasan dan norma kehidupan. Sakit minda ini seringnya akan membabitkan perasaan. Ia akan mendatangkan rasa sakit hati, iri, dendam dan benci. Lalu…

Berbasikal dan Berlari… What Have I Got Myself Into?

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Berbasikal dan Berlari… What Have I Got Myself Into?

Makanya dua Sabtu yang lalu menjadi hari bersejarah bagi saya sebagai individu kerana buat kali pertama dalam hidup, saya menyertai larian Asics Relay Malaysia. Pengalaman berlari saya sungguh tidak menyenangkan sebenarnya sebelum ini. Waktu di Kolej Melayu Kuala Kangsar, semua pelajar wajib menyertai larian rentas desa sejauh 25km ya. Setiap pelajar akan mendapat merit untuk aktiviti ini. Tentulah saya tak pernah layak mendapat merit ini kerana saya sering menghabiskan larian selepas masa kelayakan tamat. Sejak itu saya benci berlari. Kerana pengalaman berlari pertama saya sungguh tidak memberi inspirasi dan menyakitkan hati. Sejak itu saya memutuskan yang berlari itu bukanlah untuk saya. Walaupun hype komuniti berlari semakin meningkat lewat beberapa tahun kebelakangan ini, saya tidak peduli. Begitu banyak larian yang dianjurkan di ibu kota dan banyak juga antara teman saya yang tersedut ke dalam kancah berlari ini. Saya hanya menyokong dari jauh. Tidak terdetik pun di hati saya mahu mencuba. Tapi kehidupan ini seringnya berubah dan tidak selamanya kita harus kekal dan berkeras dengan sesuatu falsafah atau ideologi. Barulah mudah untuk kita berkembang sebagai individu.

Kenali Bentuk Tubuh dan Personaliti Diri Untuk Membina Stail Peribadi

Oleh 0 Comments4 minit untuk membaca
Kenali Bentuk Tubuh dan Personaliti Diri Untuk Membina Stail Peribadi

Terlalu-lalu banyak trend dan stail yang dipersembahkan untuk musim luruh ini. Lalu tanya kamu, yang mana satu patut saya cuba dan terapkan dalam stail peribadi? Nah itu salah bagi saya. Kerana pada saatnya kamu bertanya soalan begitu kepada diri atau sesiapa pun, bermakna kamu tidak kenal dan arif tentang diri sendiri. Kamu tidak tahu bentuk tubuh kamu dan apa yang sesuai digayakannya. Kamu juga tidak tahu personaliti diri lalu menerapkan hanya yang sesuai dengan aktiviti dan kerjaya serta gaya hidup kamu. Memang dunia fesyen global saban musim amat galak mengetengahkan pelbagai idea dan trend yang boleh kamu cuba. Ini strategi pemasaran mereka. Sama ada mereka menurut permintaan atau pun mencipta permintaan itu, ini bukan masalah kita sebagai konsumer. Kita sebagai konsumer juga seharusnya sama bijak dengan rumah-rumah fesyen ini dan tidak hanya menurut dan membeli semua yang mereka persembahkan. Sebaliknya seelok-eloknya kita tapis dan pastikan dulu yang mana betul-betul akan kita pakai dan berbaloi untuk dibeli, barulah kita memutuskan untuk membeli.

Buka Minda, Relaks dan Sedia Menerima Bermula Bulan Merdeka

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Buka Minda, Relaks dan Sedia Menerima Bermula Bulan Merdeka

Kita berada di permulaan Ogos hari ini. Bulan di mana negara yang kita sayangi ini menyambut ulang tahun kemerdekaannya. Bulan inilah semangat patriotik rakyat Malaysia akan membuak-buak. Masing-masing mahu menunjukkan kesetiaan dan rasa kasih mereka terhadap negara. Dalam bulan ini jugalah akan banyak pahlawan papan kekunci yang berlumba-lumba menulis atau membahaskan sesuatu. Tentunya ada yang akan memuji tinggi, atau pasti juga ada yang akan mengeji dan membangkitkan isu-isu provokatif tentang negara yang bisa menaikkan rating atau viewers dan engagement. Nah inilah asas kepada artikel saya kali ini. Tentang sikap kita sebagai rakyat dan hari ini sebagai pengguna dunia maya waima dalam media sosial, blog atau laman web. Oleh kerana lapangan yang saya sebut ini percuma dan kebanyakan daripada kita tersangat berpegang pada falsafah kebebasan bersuara – maka banyaklah yang dengan mudah dan percuma juga mencipta kontroversi dan senang membuat provokasi…

Hari Ini Kita Hidup Dalam Dunia Digital Yang Keji

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Hari Ini Kita Hidup Dalam Dunia Digital Yang Keji

Hari itu tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Aidilfitri bertandang lagi. Saya menemani Amri ke Pasar Seloka Raya di Publika. Kebetulan kami berbuka puasa sama hari itu. Dia pula mahu mengambil kuih Arab sedap daripada teman kami Dahlia yang berniaga di situ. Waktu menunjukkan hampir jam 10 malam. Jadi kesemua peniaga di Pasar Seloka Raya sedang lagi sibuk mengemas. Hari itu pula hari terakhir Pasar Seloka Raya, jadi mereka ibarat meraikan kemenangan. Masing-masing hati berbunga mengenangkan kerancakan perniagaan sepanjang bazar ini berlangsung. Sementara Dahlia juga sedang lagi sibuk berkemas, kata Amri, “Eh aku dan Reezal jalan-jalan dulu ya. Kejap lagi kami datang balik ambil kuih.” Ada beberapa lagi teman-teman kami yang berniaga di situ. Syed Faizal dengan produk solekannya, kami terjumpa Zaireen Azman (Umma dan Nita) serta Shera Razi (pengurus pemasaran Nelissa Hilman). Setelah berbual-bual dan bergurau dengan mereka ini kami berjalan ke arah booth so.lek. Tiba-tiba saya ditahan seorang lagi kenalan yang berniaga di situ…