Posted on May 8, 2019
I really had a lot of fun watching Met Gala 2019 pink carpet. Apa lagi dengan tema Met Gala tahun ini ‘Camp: Notes on Fashion’ diambil daripada esei Susan Sontag yang ditulis pada 1964 ‘Notes on Camp’. Saya merasa begitu akrab dengan tema ini. Masakan tidak, itu memang tema saya dalam memakai baju tiap-tiap hari. Lebih-lebih lagi kalau saya perlu menghadiri majlis. Selepas memuat naik beberapa IG Story semalam, banyak yang DM saya bertanya, “Apa itu camp?” Sebut Sontag dalam eseinya, camp bermaksud, “love of the unnatural: of artifice and exaggeration . . . style at the expense of content . . . the triumph of the epicene style”.
Menurut Andrew Bolton, kurator untuk pameran ini pula, camp hari ini sudah semakin diterima dalam arus massa. “It has become increasingly more mainstream in its pluralities—political camp, queer camp, Pop camp, the conflation of high and low, the idea that there is no such thing as originality.” Saya pernah menulis sebelum ini, sejak saya memulakan STAIL.MY, saya mula menyarung helaian wanita. Ini bagi saya adalah tindakan luar sedar yang menjadikan stail saya campy. Dan bagi saya camp saya ini tidak terhad kepada sekadar satu genre sebaliknya dalam apa jua tema pemakaian, saya akan sebolehnya menjadikan ia camp.
Camp bermaksud, “love of the unnatural: of artifice and exaggeration . . . style at the expense of content . . . the triumph of the epicene style”.
Mungkin kerana saya benci being boring. Banyak kali saya memberitahu beberapa teman, “I would rather die than being boring.” Pun begitu kata Bolton lagi camp sering dianggap sebagai stail tanpa isi (without substance). Namun dia tidak bersetuju kerana bantahnya, “But I think you’ve got to be incredibly sophisticated to understand camp—look at Yves Saint Laurent and Marc Jacobs.” Ya, ini juga mengingatkan saya kepada kisah waktu saya mula-mula membuat STAIL.MY di mana saya juga mula memakai helaian wanita.
Dalam akaun Instagram STAIL.MY saya dan team memuat naik video saya memakai skirt dan menunjukkan gaya working woman menari berlatarkan lagu nyanyian Dolly Parton ‘9 to 5’. Video ini diinspirasikan daripada video Vogue juga waktu itu memaparkan model-model memakai helaian powersuit sebagai penghormatan kepada working women. Bekas Pengurus Besar STAIL.MY waktu itu (sudah diberhentikan pun) bertemu dengan salah satu Pengurus Perhubungan Awam jenama fesyen besar dunia (di pejabat Malaysia) untuk mengusulkan kolaborasi antara kami.
Pengarah Kreatif jenamanya sendiri memakai helaian wanita pada model lelaki. Masakan dia tidak boleh meyakinkan HQ nya tentang STAIL.MY hanya kerana pengasasnya menyarung helaian wanita?
“I think it will be hard for me to convince my HQ. Because when I scroll through STAIL.MY Instagram account, there’s a video of Reezal dancing in skirt.” Bekas Pengurus Besar saya tentunya tidak pandai menjawab (kerana itu juga dia diberhentikan, beritahu saya bagaimana mahu menjual STAIL.MY kalau dia sendiri tidak faham dunia stail dan gaya hidup serta budaya yang sedang berlangsung di dunia?). Dia pulang ke pejabat dan memberitahu saya cerita ini. Saya tanya kembali kepadanya, “So…?” Bagi saya, apakah itu sebab yang boleh diterima akal? Sedangkan dia lagi bekerja dengan jenama fesyen agung dunia.
Pengarah Kreatif jenamanya sendiri memakai helaian wanita pada model lelaki. Masakan dia tidak boleh meyakinkan HQ nya tentang STAIL.MY hanya kerana pengasasnya menyarung helaian wanita? Ini membawa kepada persoalan apakah ini sebenarnya serangan dari peringkat peribadi. Is this personal? Apakah kerana kamu tidak setuju dengan stail saya menyarung helaian wanita, kamu enggan bekerjasama? Apakah kerana minda kamu tidak terbuka menerima budaya yang berbeza, maka kamu tak kuasa mahu mencuba pun untuk memberitahu HQ tentang jenama saya?
Kerana pada hakikatnya tiada hubung kait langsung antara cara pemakaian saya dan keupayaan dan jumlah pembaca yang boleh dicapai oleh STAIL.MY.
Sungguh dangkal pemikiran kamu malah kamu langsung tidak mahu mencuba memahami budaya yang sedikit asing buat kamu (waktu itu, mungkin sekitar tiga tahun lepas). Namun kamu bangga kamu bekerja dengan jenama fesyen terkemuka dunia. Walaupun pandangan dan pemikiran kamu tidak setaraf pun dengan keagungan jenama yang kamu sertai itu. Jangan panggil diri kamu Pengurus Perhubungan Awam untuk jenama fesyen lah kalau macam tu. Nah, bagaimana pula kalau saya tanya dia hari ini? Setelah hampir seluruh Hollywood dan kelompok fesyen dunia berkumpul dalam satu gala yang menjunjung tema camp?
Jared Leto memakai dress merah Gucci bertatah batu permata. Ezra Miller dipakaikan Riccardo Tisci dengan helaian Burberry bersarung korset batu permata. Maluma (yang seseksi-seksinya seorang lelaki) menyarung sut tailcoat penuh mini tassle daripada Moschino. Cody Fern dan Darren Criss pula hadir memakai mekap tanpa sekelumit pun rasa bersalah dalam diri mereka. Jadi di manakah salahnya memakai helaian wanita? Apakah kamu akhirnya dapat menerima budaya ini? Dan apakah kamu sudah bisa meyakinkan HQ kamu tentang jenama saya? Well I think she should.
Kamu juga seharusnya lebih bijak memikirkan betapa jauh ke depan visi dan pandangan saya di mana tema camp itu sudah lebih awal saya gunakan sebelum ia mendunia seperti hari ini.
Kerana pada hakikatnya tiada hubung kait langsung antara cara pemakaian saya dan keupayaan dan jumlah pembaca yang boleh dicapai oleh STAIL.MY. Jumlah pembaca setiap bulan STAIL.MY mencapai hampir 300 ribu dengan unique users hampir 80 ribu. Rugilah kalau kamu menolak bekerjasama dengan kami kerana jumlah pembaca ini sebenarnya amat bagus untuk jenama kamu. Daripada kamu mengambil kira cara pemakaian saya, bukankah kamu sepatutnya memikirkan cara untuk mencapaikan jenama kamu kepada lebih banyak pembaca? Kamu juga seharusnya lebih bijak memikirkan betapa jauh ke depan visi dan pandangan saya di mana tema camp itu sudah lebih awal saya gunakan sebelum ia mendunia seperti hari ini.
Apa-apa pun, pemikiran kolot Pengurus Perhubungan Awam itu tidak sama sekali menghentikan visi saya. Walaupun ia kelihatan janggal di mata sesetengah orang, tapi saya percaya dengan pandangan dan falsafah saya. Sejak dari kes itu, saya sama sekali tidak berubah malah lebih galak mencuba stail camp yang berbeza-beza dalam cara cross dressing menurut sesetengah orang. Walaupun pada dasarnya saya tidak tahu pun dari mana asalnya baju itu dibeda-bedakan mengikut jantina. Baju ialah baju. Selagi kamu selesa memakainya dan serves the purpose, mengapa tidak kamu memakainya. Saya bersyukur dengan keputusan Anna Wintour dan Andrew Bolton memilih tema camp. Kerana selepas hari ini, seluruh dunia akan lebih terbuka mata dengan budaya lelaki bersolek dan memakai helaian wanita.
Ia juga secara tidak langsung memperkukuhkan lagi stail peribadi saya dan tentunya mengalirkan inpirasi. Untuk saya tidak gentar dan ragu tentang visi peribadi. Nyata visi saya selalunya lebih cepat ke depan berbanding kelompok massa sebelum ia lebih diterima. Sekurang-kurangnya selepas hari ini, tema Met Gala, Camp: Notes on Fashion akan memberi harapan dan kekuatan kepada semua generasi baru yang terdorong ke arah stail sebegini. Sekaligus menutup mulut dan meluaskan lagi minda-minda sempit dan kolot seperti punya si Pengurus Perhubungan Awam itu tadi.
Apa pandangan anda?