SEARCH

STAILISHROOMS – Bilik Stailish STAIL.MY Bertema ‘A World Within A World’.

STAILISHROOMS – Bilik Stailish STAIL.MY Bertema ‘A World Within A World’.

STAILISHROOMS kembali lagi untuk tahun kedua di Pavilion, Kuala Lumpur dari 17 Jun hingga 26 Jun 2019. Bertemakan ‘A World Within A World’, STAIL.MY berkolaborasi dengan empat kolej seni ibu kota dalam mengilhamkan STAILISHROOMS tahun ini. Antaranya INTI International College, Malaysian Institute of Arts (MIA), Saito University College dan DASEIN Academy of Art.

Menggunakan tema ‘A World Within A World’, pelajar-pelajar seni reka dari empat kolej ini menterjemahkannya ke dalam empat bilik berbeza – Cloud Room, Animal Room, Underwater Room dan Flower Room. Dunia fantasi yang hanya wujud dalam minda kreatif anak-anak muda ini kini menjadi realiti di dalam empat bilik ini. Tempat di mana mereka membayangkan dunia penuh keseronokan, magikal dan luar biasa. Dunia yang mengembalikan kita ke zaman kanak-kanak kita pada waktu kita mengagungkan kisah dongeng ‘Alice in Wonderland’ atau ‘Mary Poppins’.

Bersedia untuk merentas ke dunia baru penuh keterujaan dan terokai dunia fantasi yang tercipta. ‘Terjun’ ke dalam dunia berbeza dalam pengalaman yang menakjubkan di dalam empat bilik berbeza. Kunjungi empat bilik ini dan bermain dengan terjemahan imaginasi kami serta kongsikan bersama di laman media sosial kamu!

Cloud Room

Bayangkan kamu melihat ke luar jendela pesawat dan melihat awan memutih berkepul-kepul. Tapi kamu tidak dapat menyentuhnya sama sekali. Tempat di mana Carebears melompat dari seketul awan ke awan yang lain serta hidup dalam harmoni.

Cloud Room membawa mesej kamu perlu bekerja keras untuk mencapai impian atau membuahkan hasil. Basikal diletakkan di tengah-tengah bilik. Kamu perlu mengayuhnya untuk memberi tenaga kepada awan-awan berwarna di sekeliling dinding bilik. Inilah yang diterjemahkan oleh pelajar-pelajar DASEIN Academy of Art.

Animal Room di’stail’kan oleh Singapore Tourism Board

Gejala pemburuan haram menjadi isu yang meruncing secara global. Pelajar-pelajar INTI International College mengambil isu ini sebagai tema Animal Room. Jika binatang merasa terancam diburu manusia, bagaimana pula rasanya pabila manusia merasa yang sama? Mereka mencipta perasaan ini di dalam Animal Room.

Sama ada kamu akan merasa seperti diburu atau kamu juga boleh merasa seperti hidup dengan mereka. Atau sepertinya kamu menonton festival ‘The Lion King’ secara langsung. Segalanya tergantung kepada kamu. Ohh… dan bayangkan juga seluruh belantara ini menyala dengan cahaya ‘glow in the dark’. Mungkin ia juga akan mencipta perasaan berada dalam alam magis.

Underwater Room

Dunia di bawah air amatlah gelap dan menakutkan. Itu bayangan kamu sahaja. Tetapi andai kata seluruh dunia bawah air ini bergemerlapan dengan hidupan air yang bercahaya. Wahhhh pasti indah dan cantik untuk dinikmati berlama-lama. Pelajar Malaysian Institute of Art menggunakan jutaan cable tie yang kemudian dikuasakan oleh lampu neon mencipta pengalaman ajaib tika berada dalam bilik ini.

Bermainlah dengan warna-warna gembira dan hidupan laut yang harmoni untuk ketenangan jiwa dan menaikkan semangat.

 Flower Room di’stail’kan oleh Air Asia

Taman magis yang bermekaran pabila kamu melangkah masuk ke dalamnya. Ilham pulau Jeju yang indah menjadi latar kepada keindahan bilik ini. Dunia sarat dengan flora di mana satu-satunya muzik yang kedengaran hanyalah siulan unggas dan lebah. Walaupun kamu tidak di Jeju tetapi pengalaman di sini akan menghantar kamu terus meresap di dalam ketenangan pulau indah itu.

Pelajar dari Saito University College melakar latar belakang yang cukup memukau melalui lukisan tangan. Cukup istimewa. Bunga-bunga mekar yang membuak jatuh berjuraian dari pohon rontok mencipta perasaan yang tak tergambarkan. Pilihlah antara mahu duduk di atas bekas batu hancur atau berfantasi berendam dalam tab mandi kayu di halaman, semuanya sama sempurna. 

Colour Room di’stail’kan oleh Starbucks

Dalam kesibukan kita bekerja dan beraktiviti setiap hari, terkadang kita terlupa akan keperluan untuk berhenti seketika. Starbucks bermain dengan tema ‘Permission to Pause’ di mana mereka mengajak tetamu untuk melangkah seketika ke satu dunia pancawarna seperti di dalam cereka Wizard of Oz.

Bukanlah hanya untuk menikmati keindahan warna-warni dunia yang bisa melegakan tetapi untuk meluangkan masa menghargai waktu jeda yang penting dalam kelangsungan hidup.

‘Farewell to Beetle di’stail’kan oleh Volkswagen

Rekaan dan produksi signature Beetle akan dihentikan selama-lamanya. Sayang sekali kerana kereta ini begitu ikonik dengan jenama ini. STAILISHROOMS mengucapkan selamat tinggat kepada Beetle – menghiasinya dengan bunga-bungaan dari kepulauan Jeju (sama seperti dengan yang ada di Flower Room).

Ambil OOTD di sini dan kamu bakal berpeluang memandu kereta ini selama tujuh hari dan ucapkan lah selamat tinggal kepadanya dalam cara kamu yang tersendiri.

Sekitar #STAILISHROOMS 2018

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE