
Biarnya wabak datang ‘merampak’, ia tidak mematikan semangat Halloween tahun ini! Ia tidak membantutkan hasrat selebriti-selebriti ternama daripada sakan berpakaian atau mengenakan kostum, menukar rupa diri semata-mata mahu menjadi sebahagian daripada hype Halloween. Paling-paling pun, do it for the ‘gram, baby!
Seperti biasalah. Semua menunggu-nunggu posting setiap selebriti minggu lepas, bersempena Hari Halloween. Masa inilah perhatian kita terpaku pada daya kreatif selebriti dalam memimik atau mereplikakan karakter-karakter lain, membuktikan keberhasilan pembawaan watak masing-masing. Ingat lagi bagaimana Harry Styles berubah rupanya menjadi Sir Elton John dan Ciara tahun lalu mentransformasikan diri menjadi Beyonce. Dan usah cakaplah fasal Heidi Klum, yang orang kata paling beria-ia dan dia sanggup memerah keringat, semata-mata mahu bertukar rupa kepada karakter kita tidak dapat kenal.
Hari Halloween tahun ini masih disambut meriah, sungguhpun sedang berjuang melawan COVID-19. Selebriti-selebriti ‘keluar’ pada Hari Halloween, berselindung di balik kepelbagaian watak – daripada watak Elvis dengan Priscilla Presley ke watak patung life-size Chucky ke memimik imej Janet Jackson sehinggalah ada yang menjadi lalat yang hinggap di atas kepala Mike Pence (gambar yang tular beberapa minggu lepas, di mana ada lalat singgah hinggap di atas kepala Mike Pence sewaktu dia tengah berdebat).
Bercakap tentang Elvis dengan Priscilla Presley, karakter mereka berdua diolah oleh Jacob Elordi dan teman wanitanya, Kaia Gerber. Jacob dan Kaia bekerja bersama artis mekap Sam Visser dengan pendandan rambut, Charlie Le Mindu. Menurut temu ramah bersama Sam Visser di Vogue, Kaia merujuk gaya Elvis dan Priscilla Pressley yang diketahui ‘sekumit’ orang. Rujukannya bukanlah gambar Elvis dan Priscilla yang popular. Kata Sam, “Rujukan Kaia adalah Elvis dan Priscilla sewaktu era 70an, bukan 60an.”
Fasal watak lalat di atas kepala Mike Pence pula, tekalah siapa yang memimik lalat itu sempena Halloween tahun ini? Tak lain, tak bukan… Lizzo! Ya, Lizzo memilih karakter yang lucu dan menggeletek hati kita. Lizzo malah sanggup mengedit gambar posting dalam Instagram-nya, dengan meletakkan imej lalatnya itu di atas kepala Mike Pence. Lol!
Oh, Ciara pula kali ini, sekali lagi memimik penampilan sosok ternama. Jika tahun lalu dia menjadi Beyonce, tahun ini dia jadi siapa? Ciara menjadi sosok diva pop kegemaran peribadi saya, yakni Janet Jackson!
ANTARA HALLOWEEN 2020 LOOKS YANG MENJADI KEGEMARAN STAIL.MY

Jacob Elordi & Kaia Gerber sebagai Elvis & Priscilla Presley

Janelle Monae sebagai Chucky

Saweetie sebagai Mystique

Sabrina Carpenter sebagai Lava Girl

Lili Reinhart, Madeline Petsch & Cami Mendes sebagai Powerpuff Girls

Lilly Singh sebagai The Mask

The Weeknd sebagai The Nutty Professor

Kim Kardashian sebagai Carole Baskin

Quincy sebagai Frida Kahlo

Demi Lovato sebagai watak vampire

Ciara sebagai Janet Jackson

Lizzo sebagai lalat di atas kepala Mike Pence
.gif)



















.gif)

Apa pandangan anda?