Posted on December 10, 2019
“The dress.” Ringkas begitu sahaja kapsyen yang ditulis pada post gambar Jennifer Lopez atau JLo dalam akaun Instagram Saturday Night Live (@nbcsnl). Gambar yang memperlihatkan JLo sebagai undangan khas Saturday Night Live seraya mengenakan helaian yang telah mencetus detik fesyen yakni dress jungle berona hijau Versace. Detik fesyen yang tercipta bukan sahaja sewaktu JLo menyarungnya di Grammy Awards tahun 2000 – yang telah mewujudkan carian Google Images – malah di atas pentas musim bunga panas 2020 pada bulan September lepas, di mana ia hadir dalam versi yang diperbaharui.
Ya! ‘The dress’ itu tidak hanya dipakai oleh JLo untuk Grammys dan pentas musim bunga panas 2020. Ia membuat kemunculan semula di Saturdray Night Live, ketika JLo membuat persembahan, yang disudahi oleh penampilannya menggayakan dress tersebut.
Kejutan daripada JLo dan ‘the dress’. Dalam segmen Saturday night Live atau SNL musim ke-45 yang berdurasi lebih kurang lima minit itu, JLo asalnya muncul menggayakan tuksedo klasik serba hitam putih – man! She looks good in that tux! JLo bermonolog, berkongsi kisah kejayaanya, memerikan fasal apa yang sudah dikecapi olehnya dan bercerita tentang Krismas juga Thanksgiving. Kemudian, dalam monolog tersebut, JLo sisip sekali #throwback dia berjalan memakai dress jungle hijau untuk pentas Versace di Milan pada bulan September yang lalu.
“I walked the runway in Milan, for the first time, wearing the dress I wore 20 years ago. Some people say I look better now, than I did then. And I’m bragging! That’s just… you know, gossip!” Kata JLo dalam monolog-nya itu. Sejurus selepas menutur monolog, JLo terus membuat persembahan, menyanyikan lagu Krismas, yakni Santa Claus Is Coming To Town. Separuh masa nak dekat-dekat hujung persembahan, muncul gerombolan penari mengelilingi JLo dan mengerumuninya. Di balik gerombolan penari itu, JLo bertukar pakaian – daripada tuksedo hitam yang dia pakai awal-awal tadi kepada dress jungle Versace!
Untuk finale monolog SNL tersebut, JLo memakai dress jungle Versace itu sambil menebarkan kain skirtnya (seperti biasalah, aksi yang sama sewaktu dia berjalan di Milan). Puas JLo! ‘Melekat’ sudah imej serta siluet dress itu dengannya. Individu lain tidak boleh dah nak meniru, merujuk mahupun mencuba menggayakan dress itu. Sudah ‘termaktub’, dress jungle hijau Versace bercorak tropikal yang low-cut neck sehingga memperlihatkan dada juga tubuh = JLo.
Malah, mengikut pengetahuan kami, berdasarkan Wiki, dress jungle yang original sudah menjadi hak milik JLo. Yang dipamerkan di muzium, adalah versi duplikasi manakala yang ditunjukkan di Milan pula adalah versi yang diperbaharui.
Apa pandangan anda?