Posted on November 25, 2019
Polly Mellen pernah menghasilkan imej ‘Bathhouse’ yang meraih perhatian segenap dunia fesyen. Imej yang ditangkap oleh Deborah Turbeville, yang menampilkan lima model perempuan mengekspresikan emosi berbeza-beza bak berada di dalam concentration camp dikutuk – mendapat celaan kerana menyerupai concentration camp. Mengundang kontroversi, kepantangan orang kerana Polly dan Deborah dianggap tidak sensitif.
Kontroversi yang tercetus pada 1975 dan 44 tahun kemudiannya, isu concentration camp terbetik sekali lagi – kali ini, Loewe pula yang kena!
Semuanya bermula daripada sepasang ‘set’ pakaian Loewe yang bermotifkan jaluran vertikal hitam putih pada kedua-dua baju dan seluar. Dijual pada harga 1,840 dolar, siap dengan tampalan material kulit tambahan yang sinonim dengan Loewe.
Tidak terduga ia dikutuk keras. Loewe terpaksa ‘mengeluarkan’ pakaian tersebut daripada senarai item yang dijual, hanya kerana diumpamakan dengan seragam concentration camp pada zaman kemusnahan.
Asalnya, inspirasi rekaan kapsul Jonathan Anderson untuk Loewe ini terbit daripada perihal ceramicist British, William De Morgan. Namun pabila orang menyamakan ia dengan concentration camp di Poland, Loewe menyedari isu itu dan serta merta ‘menarik balik’ pakaian tersebut. Loewe memohon maaf menerusi akaun Instagram mereka, mengatakan “It was absolutely never our intention and we apologize to anyone who might feel we were insensitive to sacred memories.”
Fashion watch-dog, @diet_prada yang tak lekang mencari kesalahan orang lain, called it out dan antara yang terawal mengutarakan isu tersebut. Memuat naik gambar rekaan Loewe dan meletakkan sebelah gambar uniform concentration camp telah mencetus kemarahan dan menjadi perdebatan orang.
“Unable to see anything but concentration camp in this $1,840 ensemble from Loewe…” dan “…so uncannily disturbing” adalah gambaran @diet_prada ke atas rekaan Loewe ini. Tidak melihat ia menyalin gaya pajama, sebaliknya uniform concentration camp. Zaman sekarang sangat-sangat ‘membahayakan’. Sulit untuk rumah fesyen atau jenama fesyen menghasilkan sesuatu kerana ada sahaja kesalahan yang ditemukan, lalu bersangkut paut dengan hal-hal sensitif seperti isu ras, prejudis, sosiologi dan seumpamanya. Dan ada sahaja yang memerhati. Be careful nowadays.
https://www.instagram.com/p/B5LH3bJnsD6/
Apa pandangan anda?