Posted on August 5, 2019
TEKS / PENATA GAYA : ARDI IDEWANI PEMBANTU PENYELARAS : RYAN MOHAMAD & MEL MUZAMMIL
ARAHAN SENI : MERRISSA EMILDA
SOLEKAN & DANDANAN RAMBUT : MAY
VIDEOGRAFER : JORDI HARRIS
MODEL : MANISHA ROSE
Inclusivity tidak lagi terbendung di ‘dada’ fesyen. Inclusivity kini berada di tahap kematangan dan mula terkedepan. Bila menjamah sahaja isu saiz, gagasan untuk menstandardkan saiz sebagai ukuran dan profil fesyen sudah tertimbus. UNIQLO turut sama tidak mengentengkan hal ini, memenuhi permintaan dunia fesyen sekarang. UNIQLO mempelbagaikan saiz-saiznya – terutama sekali barisan rekaan-rekaan seluarnya – yang berhaluan mencapai kelainan…
Rangkaian UNIQLO U memperkenalkan seluar U WIDE FIT CURVED!
Pengarah artistik, Christophe Lemaire bersama sepasukan ‘tentera’ UNIQLO mengeluarkan U WIDE FIT CURVED yang menampilkan barisan seluar buat mereka yang memiliki bentuk tubuh curvy, secara spesifiknya pada bahagian pinggul. Berpaut teguh pada kata kunci diversifikasi, tercetusnya idea U WIDE FIT CURVED ini pula adalah untuk memperlihatkan rupa kaki yang panjang serta lampai, menerusi siluet longgar pada bentuk curve tersebut. Bisa diselaraskan, ia dicipta tanpa mendiskriminasi susuk badan juga ketinggian si pemakai.
Ada tiga jenis fabrik utama U WIDE FIT CURVED : U WIDE FIT CURVED PANTS (seluar kapas), U WIDE FIT CURVED JEANS dan U WIDE FIT CURVED JERSEY PANTS. Untuk bab baharu ‘STYLING SESSION Bersama UNIQLO’ kali ini, lihat bagaimana kami menerbitkan enam idea styling yang berbeza-beza, dalam menggayakan padanan rangkaian seluar U WIDE FIT CURVED. Contohnya, memadukan U WIDE FIT CURVED PANTS bersama kemeja rayon sutera UNIQLO, U WIDE FIT CURVED JEANS dengan bra sukan Airism mahupun menafaskan stail nautika pada U WIDE FIT CURVED JERSEY PANTS.
Bersama kami adalah salah seorang #STAILMYFreshFaces tahun ini, Manisha Rose, merealisasikan daya upaya styling kali ini! Jom!
U WIDE FIT CURVED PANTS
GAYA PERTAMA :
Kami pakaikan Manisha dengan U WIDE FIT CURVED PANTS berona coklat kemerahan untuk gaya kasual. Bagi memperlihatkan kontras pada seluar – supaya menegaskan bahagian hips – kami memadankan ia bersama ceraian berwarna putih di atas. Seperti anak baju Airism untuk dipakai di dalam dan dilapis kardigan kait tebal.
Terpulang kepada kreativiti kamu. Seandainya rasa bosan dipakai begitu sahaja, apa kata ikat bahagian hujung kardigan, jatuhkan bahu dan lengan dibiarkan panjang menutup tangan. Cukuplah sekadar memadankan gaya ini bersama sandal, kerana mahu meneruskan idea santai terutama sekali sewaktu berhujung minggu.
GAYA KEDUA :
U WIDE FIT CURVED JEANS
GAYA PERTAMA :
U WIDE FIT CURVED JEANS berona hitam ala-ala washed ini memberi idea kepada kami dalam bermain dengan stail athleisure untuk gaya parti! Kami memadankan jean ini dengan ceraian ala-ala sports bra di bahagian atas. Bukan sahaja menegaskan bahagian pinggul, malah to show some skin. Kata kunci : Be comfortable in your skin!
Pakaikan aksesori seperti rantai atau cincin sebagai tambahan. Kemudian kami menyarungkan blazer hitam bagi melengkapkan keseluruhan gaya. Jangan takut bermain dengan gaya all-black, lebih-lebih lagi jika seluar jean tersebut ala-ala rona hitam washed dan bahagian ceraian atas hitam pekat, kerana ia tidak mengaburi pun aset pinggul kamu.
GAYA KEDUA :
U WIDE FIT CURVED JERSEY PANTS
GAYA PERTAMA :
GAYA KEDUA :
Gaya kedua U WIDE FIT CURVED JERSEY PANTS berona putih ini pula mencetus satu idea moden. Ya, kami mahu menghidupkan gaya inspirasi nautika, tetapi bukan untuk travelling atau cruise. Sebaliknya untuk gaya kerja! Di atasnya adalah ceraian kemeja cropped bercorak jalur melintang, yang kami lapiskan bersama kemeja labuh oversized.
Untuk bereksperimen sedikit, kami tucked in bahagian depan sebelah sahaja, manakala bahagian hujung baju kemeja yang lain dibiarkan menggelebeh keluar. Lengan baju pun kami tidak lipat, dibiarkan menutup keseluruhan tangan. Pakaikan bersama aksesori seperti anting-anting serta kasut tumit tinggi, mengingatkan kamu pada salah satu gaya runway bukan? Itulah inspirasi kami untuk gaya ini.
Jom tengok sendiri seluruh koleksi terbaru U Wide Fit Curved Pants!!!!
Apa pandangan anda?