Posted on April 30, 2020
Team Kreatif Vivy Yusof tiru kempen iklan hijab yang pernah dibuat oleh model, Nia lewat dua tahun lalu. Nia memuat naik post malam semalam di akaun Instagramnya dimulakan dengan gambar kempen yang memaparkan dia sebagai model. Dia memakai skarf di bawah jenama Soonaru hasil kolaborasi dengannya. Nia bertanggungjawab membuat cetakan pada skarf-skarf ini menggunakan tangan. Dalam post slide ini, gambar-gambar selepas itu pula menunjukkan gambar kempen Vivy Yusof memakai skarf dUCk menggunakan tema dan konsep serupa!
Oleh kerana Nia mengambil seni sebagai tema koleksi ini maka tema penggambaran kempen iklan ini turut berlatarkan studio seni dengan terang menunjukkan semua nukilan seni sebagai latar. Mereka mengambil masa enam bulan bekerjasama untuk menghasilkan produk dan idea untuk kempen iklan ini. Koleksi ini dijual di Zalora malah di Fashion Valet!
Nia kedengaran kecewa dalam post-post IG Story yang turut dimuat naikkan malam tadi. Kekecewaannya semata-mata kerana dia merasakan team kreatif Vivy Yusof (untuk skarf dUCK) buta-buta meniru sahaja hasil kerjanya dua tahun lalu. Tidak terlihat langsung elemen mengambil inspirasi sebaliknya hanya meniru bulat-bulat dari segi penggunaan props mahupun pose Vivy dalam kempen iklan ini.
Satu Tweet daripada Marcus Osborne berbunyi,
Sadly this blatant ripping off is a familiar sight in #Malaysia
— Marcus Osborne (@brandconsultant) April 28, 2020
As a result the creative industry doesn't get the appreciation it deserves because why pay for creativity & innovation when you can just copy?
People need to start suing copycats or even better, public shame them!
Ya ini bukan lah kali pertama team kreatif Vivy Yusof tiru idea kreatif jenama lain. Kes yang sama turut pernah terjadi untuk jenama Mel & Molly pernah sekali dikatakan meniru jenama Kulet. Jadi tidak keterlaluan lah jika Nia membawa kekecewaannya ini ke dunia maya. Sebagai usahawan kecil katanya, berita ini mungkin akan lesap dalam masa seminggu dari sekarang tetapi sekurang-kurangnya dia dapat melepaskan kekecewaannya itu dan berharap Vivy Yusof akan melakukan perubahan kepada team kreatifnya.
Yes. We get to be frustrated. We are only loud on social media because that’s the only thing we can do. Small businesses and freelancers against a giant in the industry. There’s so much that we can do.
— Azim Mahayudin (@azimmahayudin) April 28, 2020
Like @sleepylllama said, people will forget about this soon. https://t.co/qzH0f4ooUn
And now she copied Sleepyllama’s scarf design.
— 𝐁𝐞𝐥𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝𝐧’𝐭 (@nabilfikran10) April 28, 2020
I love how ignorant this makcik is 😍 https://t.co/sV6aWTcaYt
Vivy turut mengeluarkan kenyataan balas melalui IG Story nya mengatakan seperti tuduhan-tuduhan meniru yang pernah mereka lalui sebelum-sebelum ini, koleksi The Artsy dUCK tidak meniru mana-mana pihak. Ia diambil daripada cetakan yang pernah mereka gunakan dalam koleksi alatan tulis Threesome Pen. Manakala untuk kempen koleksi ini pula, kerana temanya seni mereka memutuskan untuk berlatarkan studio seni. Vivy juga menggunakan strategi kerja amal dalam post balas nya ini sempat menyebut bahawa hasil jualan koleksi ini akan didermakan kepada anak yatim dalam masa PKP ini.
Nia pula membalas bahawa dia tidak pun meminta orang memboikot pembelian koleksi ini. Dia cuma mahu menyuarakan kekecewaannya terhadap team kreatif Vivy.
Alicia Amin Turut Bersuara
Sebagai teman model kepada Nia, model Alicia Amin turut menunjukkan tanda sokongan kepada kekecewaan Nia ini. Dia yang pernah menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap Fashion Valet di atas bayaran tidak sepadan untuk kempen Raya yang disertainya tahun lalu nyata sekali lagi tidak bersetuju dengan tindakan jenama ini.
Dia turut memuat naik kenyataan balas terhadap kenyataan Vivy tentang tema penggambaran kempen iklan The Artsy dUCk. Katanya ada banyak lagi idea lain yang boleh digunakan untuk memaparkan studio seni berbanding hanya meniru idea Nia untuk jenama Soonaru.
Apa pandangan anda?