Posted on February 8, 2021
Permintaan Sam Levinson hanya sanya satu : dia mahu Zendaya kelihatan cantik dan relevan (dalam erti kata lain, tak makan dek zaman) dalam filem Malcolm & Marie. Bagi menjadikan permintaannya itu satu kenyataan, Levinson menanggungjawabkan penata gaya, Law Roach untuk mengatur gaya Zendaya yang memegang peranan sebagai Marie Jones.
Minggu lepas, keberangan orang meletus kerana filem Malcolm& Marie tidak langsung tersenarai untuk mana-mana kategori anugerah Golden Globes tahun ini. Harapan orang –mahu melihat nama Zendaya tercalon dalam ‘Best Actress’ – setinggi awan, apalagi Zendaya dikatakan telah memberi persembahan yang terbaik dalam filem Malcolm & Marie. Tambahan pula, Zendaya juga baru sahaja menggondol anugerah Emmy untuk kategori, ‘Outstanding Lead Actress in a Drama Series’, masakan dia tidak tersenarai untuk anugerah-anugerah besar seperti Golden Globes dan Oscars.
Biggest snub? Ya, mungkin.
Menyambung bicara tentang filem Malcolm & Marie, sudahkah kamu menontonnya? Cerekarama cinta yang baru sahaja ditayangkan di Netflix pada 5 Februari lepas ini mensistesiskan pelbagai unsur : kisah cinta dua sejoli, padat dengan jalan cerita yang memerihalkan hubungan mereka diuji oleh pancaroba serta mencapai persefahaman, berlatarkan ‘kisah satu malam’ dan filem ini dironai hitam putih. Garapan Malcolm & Marie serba ringkas dan tidaklah terlalu kompleks. Selaku pengarah, Sam Levinson sengaja mahu mendekatkan audiens dengan unsur ‘klaustrofobia’ yang umpama mengisi ruang filem Malcolm & Marie dan bagi Levinson, pengolahan itulah yang menjadikan jalan ceritanya unik.
Menyentuh tentang ‘kisah satu malam’ Malcolm & Marie pula, Levinson menyerahkan tugas kepada Law Roach untuk menghidupkan karakter Zendaya yang berperanan sebagai Marie Jones. Oleh kerana jalan ceritanya unik dan hanya memerangkap pemerhatian audiens pada ‘kisah satu malam’, Levinson meminta Roach untuk menyelaraskan penataan gaya atau kostum yang tak makan dek zaman. Berdasarkan temu bual Roach bersama Refinery29, Levinson bertegas mahu ada aspek relevan diterapkan dalam filem Malcolm & Marie. “When someone watches this film 20 years from now on, I want this dress to still be relevant and beautiful.”
Tanpa membuang masa, Roach bekerjasama dengan Jason Rembert, – pereka jenama Aliette – dan mereka bersungguh-sugguh mencipta ‘kostum’ baharu untuk watak Marie Jones. Pemilihan fabrik menjadi keutamaan Levinson, kerana filem Malcolm & Marie berona hitam dan putih. Lantaran itu, fabrik yang dipilih haruslah ada elemen ‘pergerakan’ dan menonjol di skrin. Rembert dan Roach akhirnya menggunakan fabrik sutera lame (silk lame) untuk menghasilkan gaun Marie.
Ternyata, antisipasi Levinson, Roach dan Rembert berhasil. Fabrik sutera lame tersebut menyerlahkan pergerakan Marie!
Dari segi rekaan gaun atau dress Marie pula, Roach dan Rembert seperti menghidupkan semula siluet gaun glamor ala dress disko 70an – dress yang barangkali Jerry Hall akan pakai pada tahun 70an – yang menayangkan kulit Marie. Ia membuatkan gerak lengan, bahu serta lenggok kaki Marie semuanya makin kelihatan jelas dan menarik perhatian audiens. Kekuatan dress rekaan Roach dan Rembert ini juga terletak pada butiran-butiran seperti pola leher halter juga cut out bahagian badan baju hadapan, belahan tinggi di bahagian skirt serta siluet dress yang nampak clean. Bagi kami, dress custom-made Aliette ini mencapai tujuan Levinson yang menghendaki ‘timeless’ tersemat dalam filem arahannya itu.
Apa pandangan anda?