Posted on April 16, 2016
FAHAD IMAN, 23, AKTOR
Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Berlakon sepenuh masa dan ikut sahaja flow ke destinasi mana yang akan saya tujui. Tapi pada masa sama saya berharap dapat menjadi seorang pengarah satu hari nanti.
Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Diberi peluang membawakan watak utama dalam siri Isteri VS Tunang di samping pelakon popular tempatan. Satu pengalaman yang cukup surreal.
Apa perkara terbaik menjadi seorang lelaki pada 2016? Kebebasan mengekspersi diri. Saya juga melihat sentimen gender hari ini semakin berkurangan dan semua bebas bersuara.
Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Arwah datuk saya yang berasal dari Yamen dan datang ke Malaysia untuk menjalani kehidupan lebih baik. Saya mahu merasai perjalanan yang dia lalui dalam mendapatkan kehidupan yang baik di sini.
Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Menyedari betapa bertuahnya saya dapat mencapai apa yang diimpikan dan pada masa sama mendapat sokongan penuh dari keluarga.
Hari yang sempurna buat kamu? Hanging by the beach atau ke mana-mana sahaja asalkan bersama keluarga di sisi.
Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Cool, driven, open minded
Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Lebih terbuka dalam banyak perkara dan dengan pendekatan teknologi yang ada memudahkan generasi hari ini melakukan apa yang mereka mahu.
Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Terlibat dalam bidang penciptaan animasi kerana saya sangat suka melukis ketika membesar dulu.
Kamu ingin tua seperti…? Masih mahu menjadi diri sendiri tetapi lebih humble, wiser dan berjaya.
Apa pandangan anda?