Posted on January 25, 2017
Gambar: Chee Wei/ Yipieyaya Teks: Zaidi Che Solekan & dandanan: Fendi Sani Pakaian: COS Sitting editor: Azreezal Hafidz
tERIMUNITE CHANDRAN, 23 – siswa / PERAGAWAN
1- Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu, apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?
Nama saya Terimunite, berusia 23 tahun. Pada waktu ini, saya sedang menjalani kuliah dalam jurusan ‘Sarjana Muda (Degree) Perniagaan’ di Amerika Syarikat. Sebelumnya, saya graduan jurusan ‘Muzik (Diploma)’.
2 – Kamu juga seorang peragawan, ceritakan kepada kami bagaimana kamu menceburi bidang peragaan ini?
Menariknya saya dapat melihat diri saya sendiri muncul di kaca TV dan majalah. Masih ingat iklan komersial pertama saya lakukan untuk ‘Canon’. Kemudian, saya beralih pula ke penggambaran studio dan pentas peragaan.
3 – Kempen terbesar yang pernah kamu peragakan?
BERNARD CHANDRAN Spring / Summer Collection 2016 Paris
4 – Apakah keadaan fikiran (state of mind) kamu semasa melewati pentas runway?
Saya kosongkan minda. Fokus pada cahaya dan tidak mengendahkan barang sesiapa. Hanya lakukan yang terbaik dan tambahkan “swag” pada gaya jalan saya (ketawa).
5 – Semua orang mengenali bapa kamu, Dato’ Bernard Chandran. Pernah atau tidak merasa selalu dibayangi nama sebesar nama bapa kamu itu?
When I was younger, I used to think that my father overshadowed me. Namun bagi saya yang sekarang, baru saya sedari betapa bertuahnya diri ini.
Bapa seorang yang sangat KREATIF. Pada masa sama dia berminda PERNIAGAAN. Saya pelajari banyak hal, ilmu dan pelajaran tentang dua perkara ini berkat panduan, hasil didikan dan asuhannya.
Saya percaya yang kita harus punya “keseimbangan” (balance) dalam kehidupan. Dan kerana itu saya memilih bidang perniagaan setelah bergraduasi dari bidang muzik sebelum ini.
6 – Lalu, apakah ada pandangan negatif orang ramai terhadap kamu sebagai anak lelaki sulung pereka fesyen terkemuka tanah air?
There’s stereotype. Tanggapan miring berkata, jika kamu lahir dalam keluarga kaya raya dan punya bapa yang berpengaruh, kamu manja dan lemah. Benar, saya lahir dalam keluarga seni. Ibu seorang peragawati antarabangsa dan bapa pula pereka fesyen yang sangat terkenal.
Namun tak bermakna saya tidak punya matlamat dan hala tuju kehidupan saya sendiri. Kelak akan saya buktikan pada orang-orang yang berkata dan kedengaran sumbang itu bahawa tanggapan mereka salah sama sekali, tidak benar dan bohong belaka.
7 – Selepas bergraduasi, adakah kamu ingin menjadi peragawan semula atau mencuba bidang yang lain? Apakah rancangan kamu?
Saya bercadang mahu terus bekerja di Amerika Syarikat. Setelah itu, mungkin saya membuka pula perniagaan di sana bagi menimba pengalaman. Pelajari budaya perniagaan mereka dan bawa budaya itu masuk ke Malaysia.
Saya mahu membantu negara kita yang telah pun membangun ini dengan membawa kemahiran perniagaan dan kreatif ke peringkat seterusnya. Seperti bapa, saya mahu kembali menyumbang kepada negara.
8 – Mantra/pegangan peribadi kamu untuk kehidupan?
Sasar tinggi dan gunakan segala kemampuan kamu untuk mencapainya. Kerana kehidupan itu cuma sekali. Hiduplah dengan sepenuhnya.
9 – Stail & fesyen bagi kamu?
Stail menzahirkan intisari dalaman kamu. Ia seolah gambaran personaliti. Fesyen pula adalah transisi, perubahan dan perkembangan. Masa demi masa yang merubah penampilan (fesyen) dan siapa diri kamu (stail).
10- Siapa diri kamu 10 tahun akan datang?
Seorang usahawan yang berjaya.
My father is a creator and I’m an entrepreneur. Saya, Terimunite Chandran.
Apa pandangan anda?