Posted on January 12, 2018
Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan & Rambut: Fendi Sani Pakaian: Afiq M Arahan Seni: Merrissa Emilda Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
Ollemadthee Kunasagaran, 26 – Peragawati
1- Pertama, kongsikan segalanya tentang kamu.
Nama penuh saya Ollemadthee Kunasagaran, saya berumur 26 tahun dan berasal dari Pulau Pinang. Saya menamatkan pelajaran saya tahun lalu dalam bidang Mining Engineering di USM. Dan selepas tamat pembelajaran, saya mahu meneruskan minat saya iaitu menyertai industri kecantikan. Oleh kerana itu, saya sertai pertandingan ratu cantik.
Selepas menyertai ratu cantik, sesungguhnya kehidupan saya berubah serta-merta. Tahun lalu tahun yang cukup bermakna buat saya. Daripada berjaya menduduki kedudukan 2nd runner up untuk Miss Universe Malaysia, saya kemudiannya menjadi wajah untuk ratu cantik Malaysia dan bertanding mewakili Malaysia untuk peringkat kebangsaan dan berjaya menduduki 4th runner up. Di samping itu, saya juga ada melakukan kerja-kerja model sambilan.
2- Apa yang membuatkan kamu ingin menyertai pertandingan ratu cantik?
Saya sememangnya sudah sering menyertai pertandingan sebegini secara kecil-kecilan. Dan ada satu ketika, keluarga dan teman-teman saya berkata apa kata cuba sesuatu yang lebih besar. Mereka memang amat menyokong minat saya dan apabila mereka percaya dengan diri saya, secara tidak langsung saya turut mendapat semangat dan kepercayaan itu. Mereka yang menjadi pendorong saya untuk sertai Miss Universe Malaysia.
3- Semua orang memiliki sekurang-kurangnya satu idola di dalam hidup mereka, siapa pula idola kamu?
Idola saya adalah Vivy Yusof. Ini kerana sebagai wanita Malaysia, dia berjaya menempatkan dirinya dalam senarai Forbes under 30. Dia juga seorang ibu, kehidupannya yang cukup sibuk itu membuatkan saya kagum bagaimana dia menyeimbangkan antara keluarga dan kerjaya. Manakala menerusi media sosial dan blog di mana dia berkongsi kehidupannya, I really admired that. Saya mahu menjadi seperti dia.
4- Boleh kamu kongsikan pengalaman manis yang tidak boleh kamu lupakan sepanjang menyertai Miss Universe Malaysia?
Banyak namun yang paling menyentuh hati saya ialah ada satu masa ini saya sememangnya sangat-sangat down dan agak tertekan jadi saya mula menangis. Dan ketika itu, teman saya yang juga pemenang Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Kathie menenangkan saya ketika itu. Dia menasihati saya agar jangan bimbang, kemudian turut menangis bersama saya. Haha. Jadi kami berdua menangis, we were wiping each other tears. Bagi saya itulah kenangan yang tidak boleh dilupakan.
5- Adakah kamu merasakan sebarang impak selepas menyertai pertandingan ratu cantik ini?
Saya rasa Miss Universe Malaysia benar-benar membuka banyak pintu untuk saya. Terutama sekali saya seorang wanita yang datang dari Pulau Pinang, dan tidak memiliki sebarang ikatan dengan sesiapa jua di Kuala Lumpur ini. Namun setelah sertai pertandingan ini, orang mula mengenali saya. Banyak majalah juga mula menebu bual saya. Malah peluang saya berada di sini bersama STAIL.MY adalah kerana impak yang besar daripada pertandingan ini.
6- Berbicara soal tubuh badan. Kamu memiliki tubuh badan idaman setiap wanita. Bagaimana kamu mendapatkan tubuh badan yang ramping sebegini?
Sememangnya kamu perlu bersenam. Workout is essential jika kamu mahukan tubuh yang cantik. Namun pesanan saya, jangan sesekali berlapar. Kamu boleh makan namun harus tahu limitasinya. Itulah rahsia saya.
7- Tiga perkara tentang pertandingan ratu cantik yang kami mungkin tidak tahu?
Pertama, ia tidaklah se glamor yang kamu sangkakan. Ia memerlukan usaha, kegigihan, air mata, kesakitan, dan tidak mudah berdiri di sebalik kasut tumit tinggi itu sendiri. Keduanya, ratu cantik bukan semuanya tentang cat fight. It is truly about woman empowerment. Kamu boleh lihat bagaimana kuatnya sokongan yang diberikan sesama wanita ini. Akhir sekali, bukan semua wanita yang sertai ratu cantik seorang yang tidak bijak atau apa Lihat Oprah Winfrey, dia juga kini seorang wanita yang cukup berjaya walhal dia bermula sebagai seorang wanita daripada pertandingan ratu cantik.
8- Falsafah hidup kamu?
Jangan sesekali melupakan mereka yang pernah berada bersama kamu dari bawah. Memang, jika kita berjaya, kita memiliki potensi untuk melupakan mereka. Namun jangan sesekali kamu menjadi sebegitu. Jangan lupakan mereka yang membantu kamu untuk berjaya.
9- Apakah tiga item penjagaan wajah yang kamu sering bawa ke mana sahaja di dalam tas tangan?
Salap bibir, pelindung sinar dan losen badan!
10- Satu peraturan penjagaan wajah yang sentiasa kamu patuhi hingga kini?
Jangan pernah tidur dengan mekap masih di wajah. Semalas manapun kamu, perlu untuk kita mencuci mekap di wajah. Percayalah, ia memberi impak pada kulit wajah kamu.
#skingoals saya adalah untuk hidup tanpa memakai bedak asas. Oh, I wish… Lingkaran gelap bawah mata, jerawat dan parut adalah sebab utama mengapa kita harus memakai bedak asas. Namun gol saya adalah untuk hidup dengan kulit yang mulus tanpa perlu memakai bedak asas setiap hari.”
PRODUK SARANAN KAMI UNTUK JENIS KULIT KERING SEPERTI OLLE
- GlamGlow Galacticlense Hydrating Jelly Balm (mula dijual 18 Januari 2018)
- Boscia Tsubaki Swirl Moisturizer (mula dijual 18 Januari 2018)
- Farsali Rose Gold Elixir
- Dr Jart+ Mask Water Jet Vital Hydra Solution
Produk boleh didapati di Sephora
Apa pandangan anda?