Posted on January 13, 2019
Pakaian: Uniqlo Musim Bunga/Panas 2019
Gambar: Chee Wei
Solekan: Fendi Sani
Pengarah Kreatif: Merrisa Emilda
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penata Gaya: Ardi Idewani
Video: Jordi Harris
Carlos MARTINEZ, 23 TAHUN – Pelajar
1- PERTAMA, KONGSIKAN SEGALANYA TENTANG DIRI KAMU.
Nama saya Carlos Martinez Pereira, saya berketurunan Portugis dan kini menetap bersama keluarga di perkampungan Portugis, Melaka. Saya mempunyai kerjaya sambilan sebagai seorang private tutor yang mengajar bahasa inggeris. Selain itu saya juga seorang jurulatih kecergasan, saya menawarkan khidmat konsultasi tentang pengambilan nutrisi yang betul.
2- DARI MANA LAHIRNYA KEINGINAN UNTUK MENJADI SEORANG JURULATIH KECERGASAN?
3- PADA PENDAPAT KAMU MENGAPA PENTING UNTUK ORANG RAMAI MENJALANI GAYA HIDUP SIHAT DENGAN MENGAMALKAN SENAMAN DAN CORAK PEMAKANAN YANG BETUL?
Sekali lagi, saya akan mengambil ayah saya sebagai contoh. Dia telah menjangkau usia lewat 50an namun dia bebas dari sebarang penyakit dan kelihatan jauh lebih muda berbanding orang lain yang seusia dengannya. Ini semua kerana dia tidak pernah berhenti mengamalkan gaya hidup sihat dari tempoh 20 tahun yang lalu. Saya juga percaya dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat sedikit sebanyak dapat membantu kamu bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik, kamu akan terhindar dari sebarang risiko penyakit berbahaya.
4- NAMAKAN SATU JENIS HIDANGAN YANG MENURUT KAMU SEMUA ORANG HARUS HINDARI (ATAU KURANGKAN PENGAMBILAN) UNTUK TAHAP KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DALAM JANGKA MASA PANJANG?
Nasi lemak ayam! (Ketawa) kerana kandungan kalori yang terlalu tinggi sehingga mencecah 740 kcal. Pertama sekali, nasi itu sendiri sudah teradun dengan santan yang tinggi kandungan lemak. Kedua, kadar minyak masak dalam sambal adalah sangat tidak baik untuk kesihatan. Ketiga kacang boleh meransang pertumbuhan jerawat manakala ikan bilis pula di goreng dalam minyak masak yang banyak begitu juga dengan ayam goreng. Hanya telur dan timun dua perkara yang saya rasa sihat dalam nasi lemak (ketawa),
5- PENDAPAT KAMU TENTANG PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN? ADAKAH IA SESUATU YANG HARUS DIELAKKAN ATAU SEBALIKNYA?
6- PENDAPAT KAMU TENTANG INTERMITTENT FASTING? ADAKAH IA BERKESAN DALAM MENGURANGKAN BERAT BADAN?
Saya tidak pernah mencuba sendiri intermittent fasting dan saya mungkin tidak akan pernah mencubanya, kerana untuk mencapai tubuh badan yang ideal kamu perlu makan setiap tiga jam bagi kekal bertenaga dan kenyang. Cuma jenis dan kuantiti pengambilan makanan harus dikawal.
7– NASIHAT KAMU UNTUK MEREKA YANG MAHU MENGURANGKAN BERAT BADAN?
Jangan bertangguh! Mulakan sekarang kerana ia satu permulaan baru dalam hidup kamu. Paling penting jangan paksa diri untuk berlapar. Betul kamu akan mudah kurangkan berat badan dengan cara begitu tapi bila kamu mula makan secara normal semula kamu akan lebih cenderung untuk menambah berat badan.
8- DI MANA KAMU LIHAT DIRI KAMU DALAM MASA 10 TAHUN LAGI?
Pertama sekali saya mahu mencapai kebebasan kewangan ataupun financial freedom. Saya juga mahu menjadi sumber inspirasi kepada orang lain dari segi kesihatan dan kecergasan.
9- SATU PERKARA YANG RAMAI TIDAK TAHU TENTANG KAMU?
Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang politik. Saya percaya generasi muda memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah sistem pentadbiran negara. Bayangkan satu hari nanti bila kita sudah kehilangan Tun Mahathir dan juga Anwar Ibrahim, siapa lagi yang akan meneruskan legasi mereka jika bukan anak muda.
10- JIKA SATU HARI NANTI KAMU DIBERI PELUANG UNTUK BERTANDING MEWAKILI MANA-MANA PARTI POLITIK, APAKAH MANIFESTO YANG INGIN KAMU PERJUANGKANG?
Saya mahu memperjuangkan hak golongan gelandangan terutama sekali di sekitar kawasan Kuala Lumpur, sebelum ini saya sering menjalankan aktiviti amal yang melibatkan gelandangan. Melihatkan kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk membesar seperti kanak-kanak lain yang lebih bernasib baik membuatkan saya sedih. Saya percaya kita perlu lakukan sesuatu bagi menangani masalah ini. Paling tidak mungkin kita boleh menempatkan mereka di sebuah pusat khas sehingga mereka mampu untuk mempunyai kediaman sendiri.
SOALAN TRIVIA CARLOS MARTINEZ
InstaStory / Facebook Story
Hangat / Dingin
#TeamMahathir / #TeamAnwar
Syed Saddiq / Khairi Jamaluddin
Izzah Anwar / Hannah Yeoh
Popular / Wisdom
Introvert / Extrovert
Boxer / Brief
Hairy / Clean cut
YouTube / Netflix
Apa pandangan anda?