Posted on January 19, 2019
Pakaian: Uniqlo Musim Bunga/Panas 2019
Gambar: Chee Wei
Solekan: Fendi Sani
Pengarah Kreatif: Merrisa Emilda
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penata Gaya: Ardi Idewani
Video: Jordi Harris
dalili azahari, 31 TAHUN – usahawan
1 – Pertama sekali terangkan segalanya tentang diri kamu?
Nama saya Dalili Azahari, saya mempunyai jenama pakaian saya sendiri yang dinamakan sebagai Bydalili. Saya telah memulakan perniagaan ini sejak lima tahun lalu dan alhamdulillah baru-baru ini kami berjaya menjadi salah satu jenama di bawah Fashionvalet. Dari segi pendidikan pula, saya tidak mempunyai UPSR, PMR mahupun SPM kerana dari usia 12 tahun lagi saya sudah berhijrah ke Indonesia untuk mendalami bidang seni.
Saya tinggal selama empat tahun di Jogjakarta, manakala setahun lagi di Bali di sini saya belajar seni tradisional tarian Indonesia dan juga kontemporari. My passion has always been for dancing tapi apabila saya semakin meningkat dewasa dan rasa bertanggunjawab untuk mencari sumber pendapatan sendiri maka timbul pula minat untuk memulakan sebuah perniagaan.
2 – Ceritakan lebih lanjut tentang Bydalili
Ia bermula sebagai sebuah hobi ketika saya masih lagi belajar, saya mula meniaga dengan menjual barang-barang ‘pre-prder’ tanpa mengunakan sebarang modal. Berbekalkan semangat ingin mencuba yang semakin menebal dalam diri saya mula mengorak langkah untuk design baju sendiri. Bydalili adalah satu label yang difokuskan untuk muslimah, namun ia juga sesuai digayakan oleh mereka yang tidak mengenakan hijab. Matlamat utama kami adalah untuk menyediakan sesuatu yang fashionable tetapi masih mampu milik tanpa mengabaikan kualiti pakaian. Kami sentiasa menitik beratkan jenis pemilihan fabrik dan kemasan jahitan untuk keselesaan si pemakai
3. Dari mana datangnya idea untuk menubuhkan Bydalili?
Ibubapa saya sudah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan. Mereka mengusahakan perniagaan menjual batik semenjak dari 1988. Pada awalnya saya langsung tidak tertarik untuk cuba meniaga kerana minat yang terlalu mendalam dalam bidang tarian. Tapi lama kelamaan keinginan untuk cuba berniaga itu mula muncul, mungkin kerana sudah terbiasa melihat ibubapa saya menguruskan perniagaan mereka. Dari situlah munculnya idea untuk menubuhkan Bydalili.
4. Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik sekarang ini, bagaimana cara kamu mengekalkan perniagaan kamu?
Kami sentiasa cuba yang terbaik untuk memuaskan hati kesemua pelanggan kami dengan memastikan kesemua pakaian yang kami hasilkan adalah selesa untuk dipakai. Kami juga sentiasa menjaga hubungan baik kami bersama existing customer dengan mengambil berat akan segala maklum balas yang kami terima tentang produk kami. Paling penting kami perlu sentiasa mengekalkan kualiti produk kami agar kami tidak berdepan risiko kehilangan pelanggan yang sedia ada.
5. Bagaimana lahirnya minat kamu dalam bidang tarian?
Sejak kecil saya dan keluarga sering mengambara ke luar negara seperti Indonesia dan Thailand. Setiap kali ke luar negara kami tidak pernah melepaskan peluang untuk menonton persembahan kebudayaan tempatan mereka di sana. Mungkin dari situ lahirnya minat dalam bidang tarian. Saya mula pandai mencipta koreografi tarian saya sendiri sejak berusia tujuh tahun, saya masih ingat ketika itu jika tidak silap ia adalah untuk pertunjukkan hujung tahun. Dari situ saya sedar yang saya mempunyai bakat dalam bidang tarian ini.
6. Siapakah penyokong terbesar kamu dalam bidang tarian?
Ibubapa saya. Saya bertuah kerana mempunyai ibubapa yang sentiasa menyokong keputusan saya, mereka tidak pernah menghalang saya dari meneruskan minat saya dalam bidang tarian malah mereka sendiri yang menggalakkan saya untuk terus menari. Pada ketika saya mencecah usia 12 tahun ayah saya sendiri telah menghantar saya ke Indonedia untuk mengikuti sekolah tarian di sana, kerana di Malaysia kita tidak mempunyai sekolah khusus untuk tarian.
7. Ceritakan pengalaman kamu menyertai sekolah tarian di Indonesia?
Di Jogjakarta sekolah saya ‘Padepokan Bagong Kussudiardja’ adalah salah satu sekolah tarian terbaik yang ada di Indonesia kerana jurulatih-jurulatihnya yang sangat berbakat dan terkenal di sana. Rutian harian kami sememangnya dipenuhi dengan aktiviti tarian. Kami diajar dengan asas tarian dan latihan-latihan tarian lainnya. Malah kami juga dididkik untuk mencipta langkah tarian kami sendiri. Selain itu kami juga belajar cara bermain alat muzik seperti gamelan, bagaimana cara menghasilkan muzik untuk menari dan juga teknik solekan yang betul bagi melengkapi diri setiap penari. Tetapi pada masa sama ibubapa saya juga mendorong saya untuk mengikuti kelas sampingan seperti bahasa Inggeris dan juga bahasa Jepun.
8. Namakan satu jenis tarian kegemaran kamu?
Tarian kontemporari, jika kamu mahukan saya untuk menari tarian kontemporari sekarang saya boleh cipta koregrafi saya sendiri secara spontan.
9. Pendapat kamu tentang industri seni tarian di Malaysia?
Sebernanya industri seni tarian di Malaysia sangat menyedihkan. Malah ada segelintir generasi muda yang tidak tahu apa itu tarian zapin, pada saya itu satu perkara yang memalukan. Saya rasa setiap sekolah di Malaysia perlu mula untuk aktif mengajar tentang tarian-tarian tradisional sebagai salah satu aktiviti kokurikulum sama seperti yang dilakukan di Indonesia, kerana bagi saya penting untuk generasi muda sekarang ini mengenali asal-usul mereka sendiri.
Saya lihat generasi muda pada hari ini kurang menghargai budaya sendiri kerana terlalu banyak terdedah dengan budaya luar, jadi penting untuk kita memupuk semula minat mereka untuk lebih mengenali asal-usul dan budaya seni tanah air. Tambahan lagi, kita kini sudah kehilangan arwah Pak Ngah (Datok Suhaimi Mohd, Zain) yang sebelum ini banyak menyumbang jasa dalam bidang kebudayaan, jadi telah tiba masanya untuk pihak kerajaan pula memainkan peranan dalam memastikan budaya kita sendiri tidak ditelan zaman.
10. Adakah kamu mempunyai perancangan untuk menubuhkan sekolah tarian kamu sendiri?
Tiga tahun selepas saya pulang dari Indonesia, saya pernah cuba untuk mengadakan sebuah pementasan teater di Langkawi, tempat saya dah keluarga menetap. Kami gunakan sebahagian kecil dari ruang rumah kami sebagai tempat khas untuk berlatih. Dalam masa sama saya juga cuba menganjurkan kelas teater dan tarian saya sendiri, tapi sayangnya ia tidak begitu mendapat sambutan ramai.
SOALAN TRIVIA MAZIAH RAZAK
#TeamMahathir/ #TeamAnwar
Syed Saddiq/ Khairi Jamaluddin
Nurul Izzah/ Hannah Yeoh
Populariti/ Ilmu
Introvert/ Extrovert
Hairy/ Clean cut
YouTube/ Netflix
Apa pandangan anda?