Posted on January 5, 2019
Pakaian: Uniqlo Musim Luruh/Dingin 2019
Gambar: Chee Wei
Solekan: Fendi Sani
Pengarah Kreatif: Merrisa Emilda
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penata Gaya: Ardi Idewani
Video: Jordi Harris
Danial Hansen, 24 – Pelajar/ Obsesi Fitness
1 – Apa yang kami perlu tahu tentang kamu?
Nama saya Danial Hansen Idris, berumur 24 tahun. Ayah saya berdarah Melayu campuran Denmark, ibu pula berketurunan Cina dari Sabah. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Saya mahu jadi jaguh bina badan terbilang bukan saja di Malaysia tapi peringkat dunia. Buat masa ini saya fokus pada pageant sepanjang Januari dan Februari adalah final untuk peringkat nasional. Setelah itu, jika rezeki memihak kepada saya, barulah ke peringkat global. Matlamat saya untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan ini. Seterusnya, saya bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usahawan di Help University.
2 – Bagaimana kamu terjebak dalam dunia pageant?
Setelah saya menyertai pertandingan Men of Steel, saya merancang untuk menjadi pelatih kesihatan. Namun, seseorang telah mendekati saya dan berkata saya punya potensi dalam dunia pageant. Pada awalnya saya tidak seronok mengikuti perjalanan pageant, tetapi sekarang saya mula menyukainya. Pertandingan seterusnya adalah Bachelor of Malaysia dan saya percaya pada matlamat saya untuk menang untuk negara.
3 – Apa motivasi kamu yang menjadikan siapa kamu hari ini?
Semua orang tidak mempercayai bakat dan kelebihan saya kecuali ayah saya. Mungkin mereka menyokong tetapi mereka tidak percaya dan meragukan kemampuan saya. Sebelum ini saya tidak punya matlamat dalam hidup hingga saya mengubah dan menetapkan satu matlamat dan ia berubah sekelip mata. Itu yang berlaku.
4 – Apakah pertandingan terbesar yang pernah kamu ceburi dan bagaimana pencapaiannya?
Ia pertandingan bina badan, saya tidak tahu yang mana paling besar, tahun lalu saya memasuki Men of Steel dan Mr Enrich. Saya bangga mengatakan bahawa saya tidak mengambil bahan tambahan seperti steroid, otot saya natural. Pada saya, ia suatu ujian dan cabaran sebenar, pabila mendapat tempat ke tujuh daripada 40 orang yang bertanding di Mr Enrich saya berasa syukur.
5 – Banyak mana tahap obsesi kamu terhadap fitness? Dan mengapa?
Sangat obses. Saya rasakan fitness adalah zon selesa saya. Sebelum ini apabila tubuh saya kurus, tiada siapa menghiraukan diri ini. Saya menjadi bahan ketawa rakan-rakan dan tiada wanita mendekati, hingga saya tanya pada diri ‘mengapa dengan hidup aku?” Kini matlamat saya berubah, setiap lompang waktu yang ada, saya cuba curi untuk latihan fizikal untuk membina keyakinan, seperti hari ini.
6 – Apakah gaya peribadi kamu? Item mesti ada?
Saya tidak mengerti fesyen. Saya menggemari jeans serta baju sendat untuk menampakkan bentuk tubuh yang saya usahakan. Adakah ia dikira gaya peribadi? Item mesti ada ialah jeans sendat.
7 – Pendapat kamu tentang Instagram dan apa yang kamu suka mengenainya?
Greatest selling point dalam industri masa kini. Pada saya, tanpa melalui agen, saya boleh ‘menjual’ diri saya kepada sesiapa saja dengan mudah. Saya menggemarinya kerana ia menyambungkan kita hingga dapat menginspirasikan orang lain. Itulah yang paling penting.
8 – Apa yang mesti dilakukan oleh ‘influencer’ untuk menjadikan Instagram mereka berharga (mempunyai kandungan yang baik)
Mereka haruslah menjadi diri sendiri dan tidak perlu tiru influencer luar negara. Jika kamu berfiil teruk, tentu kamu harus ubah.
9 – Rutin pagi Danial Hansen Idris …
Saya lakukan perkara yang sama iaitu bangun pagi, gosok gigi, sarapan pagi, mandi, pergi gimnasium, balik rumah dan makan tengah hari.
10 – Kriteria pasangan yang kamu cari?
Saya tidak ada spesifikasi tetap mengenai pasangan. Sebagaimana saya cintakannya, ia terpulang pada orang tua saya. Jika mereka suka, saya ikutkan. Jika mereka tidak, saya putuskan saja. Kerana saya berasa mereka telah banyak berkorban dalam hidup saya selama ini dan sebagai balasan saya mahu mereka gembira.
11 – Apa yang membuatkan kamu bergaya?
Keyakinan saya membuatkan saya stailish.
Trivia Danial Hansen Idris
Instagram Story/ Facebook Story
Boxer/ Brief
Panas / Sejuk
Team Mahathir / Team Anwar
Syed Saddiq/ Khairi Jamaluddin
Izzah Anwar / Hannah Yeoh
Populariti / Ilmu
Introvert / Extrovert
Simpan Bulu / Bercukur
YouTube / Netflix
Apa pandangan anda?