Posted on January 27, 2020
Sitting Editor: Ardi Idewani
Pakaian: UNIQLO
Gambar: Edmund Lee
Solekan: Emmy Agung
Rambut: Fendi Sani
Arahan Seni: Merrissa Emilda
Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani
Video: Jordi Harris, Zaidi Che & Ashura Hakim
AISAR KHALEDD, 2O – INFLUENCER/PEMPENGARUH
1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu?
Aisar Bin Khaled Kamel nama diberi. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Bapa berasal dari Jordan dan ibu dari Terengganu. Buat masa ini saya seorang siswa dan peragawan sambilan. Oh, saya juga dikenali dan aktif di @aisarkhaledd sebagai pempengaruh media sosial.
2 – Isi kandungan penyampaian kamu?
Kempen fesyen, video promosi, reviu produk dan gambar berbayar. Ada juga video-video pengisian yang bukan berbayar seperti pickup-line videos, drama pendek dan menghasilkan video-video lawak hambar (ketawa).
3 – Instagram, Facebook atau Youtube? Mana pilihan pertama kamu?
Tentu sekali, Instagram!
Aisar rasa ia cara terpantas untuk sampai ke audience. Cara yang mudah dan stail untuk berinteraksi dengan pengikut serta ‘peminat-peminat’ Aisar (ketawa).
4 – Tiga aplikasi/software pilihan?
iMovie, Videoleap dan Lightroom.
5 – Sehari dalam kehidupan seorang Aisar Khaledd.
Kebiasaannya, pagi akan menghadiri kuliah di kolej. Tengah hari pula, Aisar akan mula selesaikan segala kerja-kerja berkaitan media sosial (reviu, fotografi, video dll) secara berjadual. Malam pula, Aisar akan meluangkan masa di gimnasium dan menelaah pelajaran.
6 – Sebagai ‘pempengaruh’, siapa pula yang banyak mempengaruhi kamu?
Keluarga. Terutama ibu yang sentiasa menyokong. Kadang-kala ibu sendiri akan menegur, sekiranya Aisar ada terbuat kesilapan terlepas pandang di mana-mana video Aisar yang tular.
Aisar amat menghargai insan-insan dan pengikut yang selama ini menyokong Aisar dari bawah sampai atas. Daripada tidak dikenali, sampai dikenali. Aisar sentiasa bersyukur kerana mereka semua adalah tulang belakang Aisar.
7 – Your girl celebrity crush? And why? How about boy?
Neelofa (senyum).
Bagi saya Neelofa adalah wanita yang kuat dan berdikari. Dia sangat bagus dalam apa sahaja yang dia lakukan. Dia rajin dan merendah diri. Dia juga cantik di mata saya (ketawa).
Fashionable. Berketerampilan menawan dan berbakat.
8 – Your opinion on ‘attention whore’? Dan Influencer-influencer yang tidak beretika dalam cara penyampaian mereka.
Zaman sekarang memang semua orang sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih perhatian. Misalnya, mendekati topik-topik kontroversi, memancing picisan dan menjual seks yang keterlaluan.
Strateginya, dengan menarik perhatian ramai, akan membuatkan nama mereka lebih terkenal dan dikenali. Mereka dahagakan perhatian. Ia cara cepat untuk menjana pendapatan sampingan melalui reviu berbayar, misalnya. Mengharapkan taruhan video mereka itu menjadi tular.
Tanpa mereka sedari strategi ini amat murahan dan tidak berkualiti serta tidak mampan untuk kelangsungan di masa hadapan jika kamu ingin kekal berada di industri ini. Begitu ramai mereka yang tular sekali, tetapi kemudian lenyap tanpa batu nisan.
‘PELACUR PERHATIAN’ SANGGUP BERBUAT APA-APA SAHAJA DEMI SECEBIS PERHATIAN.
9 – In your own words, what is exactly ‘influencer’?
Ramai yang menganggap ia adalah suatu pekerjaan yang mudah. Sebenarnya, bergelar influencer adalah satu tanggungjawab yang berat.
Aisar harus lebih berhati-hati menjaga kata-kata dan tingkah laku di media sosial. Selain di dalam dunia maya, attitude (sikap) di dunia nyata juga harus dijaga rapi. Orang/pengikut di luar sana akan pandang kamu, atas dan bawah. Tumpuan 100% terhadap kamu.
Kelakuan kamu akan mempengaruhi pengikut-pengikut kamu. Misalnya, jika kamu rajin bersenam di gim, mungkin akan memberi semangat kepada mereka untuk melakukan perkara yang sama. Jika kamu positif, pengikut kamu ikut positif.
10 – Pendapat Aisar, apakah peranan yang patut dimainkan oleh influencer bagi mempengaruhi sosial dan kehidupan milenial di luar sana?
Aisar memasang niat untuk menyebarkan positive vibe di laman media sosial. Apabila saya berkongsi sesuatu perkara, saya berharap akan dapat memberi kesenangan, kebaikan dan manfaat kepada pengikut-pengikut saya.
Sentiasa berusaha. Untuk mencapai suatu perkara, bukanlah mudah. Kamu harus selalu berkerja keras. Jangan mudah beralah. Aisar sendiri pernah merasai berada di paras yang terendah dalam hidup Aisar. Apa yang kamu harus lakukan adalah percaya diri dan bangun.
Bersyukur atas apa yang kita ada. Aisar berharap agar kamu berjaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
Apa pandangan anda?