Posted on January 3, 2020
Sitting Editor: Ardi Idewani
Pakaian: UNIQLO
Gambar: Edmund Lee
Solekan: Emmy Agung
Rambut: Fendi Sani
Arahan Seni: Merrissa Emilda
Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani
Video: Jordi Harris, Zaidi Che & Ashura Hakim
ARIF ZAWAYI, 23 – PERAGAWAN
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu.
Lahir di Ipoh, Perak dan membesar di Pasir Mas, Kelantan. Buat masa ini, saya sedang menjalani kuliah dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di UiTM Shah Alam. Seperti yang semua tahu, saya seorang peragawan bebas. Suka menyanyi dan menjalani aktiviti kecergasan di gimnasium di masa senggang.
2 – Kamu siswa jurusan kejuruteraan. Bagaimana kamu boleh terlibat/terpikat dalam dunia peragaan?
Saya meminati bidang sains sedari kecil sehingga sekarang. Sama seperti bidang peragaan, saya memberi keutamaan kepada kedua-duanya dalam kehidupan saya. Sains dan peragaan menjadi sebahagian besar diri saya.
3 – Bagaimana kamu bermula? Kenapa kamu mahu menjadi peragawan dan apa yang membuatkan kamu meminatinya?
Awalnya, saya mendapat tawaran untuk dilatih menjadi model oleh seorang pencungkil bakat tempatan. Saya berperwatakan introvert, jadi saya agak skeptikal pada awalnya. Namun saya beranikan diri untuk mencuba. Dengan tunjuk ajarnya, saya perlahan-lahan mencipta nama dalam dunia peragaan sehingga saya mampu bergerak sendiri sekarang.
Saya melihat bidang peragaan sebagai satu peluang bagi saya menjana pendapatan tambahan sambil belajar. Lagi pula, saya memang meminati bidang peragaan ini. Ia ada dalam diri saya. Peragaan juga membantu saya membina personaliti, yang saya rasa amat penting untuk masa hadapan. Saya meminati bidang ini sejak kecil.
Saya suka memberi inspirasi kepada orang lain. Sebagai model, saya cuba untuk membantu mereka yang masih ragu-ragu dengan kebolehan diri mereka sendiri. Apabila saya mendapat mesej dari pengikut saya di Instagram @arefzwy, mengatakan mereka terinspirasi dengan gambar-gambar saya, saya rasa gembira dan puas hati.
Seperti yang saya katakan sebelumnya, saya seorang introvert. Dengan peragaan, ia membantu saya untuk bergaul dan berkomunikasi dengan orang ramai. Perlahan-lahan bidang peragaan ini melatih saya menjadi lebih berani dan percaya diri.
4 – Sebagai peragawan, jenama fesyen apakah yang menjadi pilihan dan kesukaan? Kenapa?
Sejujurnya, tiada jenama khas yang menjadi kesukaan. Saya akan menyarung apa jua pakaian yang berkenan di hati. Paling penting selesa. Saya suka rekaan yang ringkas tetapi masih nampak nilai fesyennya. Harga yang berpatutan, berkualiti dan material yang selesa.
5 – Photoshoot or runway? Why?
Runway. Saya dapat bekerja dengan lebih ramai model, pereka fesyen, jurufoto, MUA, penganjur dan sebagainya. Membuatkan saya lebih mengenali orang-orang penting yang menjadi tulang belakang di dalam industri ini. Ia juga mencabar saya untuk mengatasi masalah gugup dan gementar untuk berjalan di hadapan ratusan hadiran.
6 – Your state of mind when in catwalk/photoshoot?
Memang akan ada sedikit rasa gelisah. Apa yang paling saya khuatir adalah jika saya tidak dapat menyampaikan dan memuaskan hati pereka fesyen atau client. Namun setelah melaluinya berulang-kali, ia sudah menjadi kebiasaan. Just do it. Be Confident!
7 – Goals? Bagaimana kamu melihat perkembangan kamu di bidang ini?
Saya masih bertatih dalam industri peragaan ini. Matlamat jangka pendek saya adalah untuk muncul dalam seberapa banyak kempen atau iklan jenama-jenama yang gah. To be featured on billboard.
Matlamat jangka panjang pula, saya mahu melewati pentas peragaan antarabangsa seperti Minggu Fesyen Milan, misalnya.
Buat masa ini, saya kira perkembangan saya sebagai model di jalan yang tepat. Mendapat peluang untuk melewati pentas #KLFW2019 hanya beberapa bulan selepas menjadi model sambilan. Saya harap saya sentiasa dapat membina dan memahat nama di industri ini.
8 – Perkara negatif dan positif bergelar peragawan lelaki di Malaysia?
Dari sudut negatif, model lelaki mendapat kurang bayaran berbanding model wanita. Sama seperti peluang perkerjaan, model lelaki harus bergelut untuk mendapat tempat. Juga, kami harus berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dan dimanipulasi pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan.
Dari sudut positif pula, bidang peragaan di Malaysia untuk lelaki masih lagi kecil. Jadi mudah bagi saya untuk membina nama. Bekerja dengan pereka fesyen tempatan juga mudah kerana mereka memahami budaya dan batas saya sebagai seorang lelaki Melayu Islam.
9 – Suatu hari nanti, jika kamu ditawarkan untuk melakukan peragaan tanpa seurat benang atau dalam keadaan bogel, adakah kamu akan melakukannya? Jika ya, kenapa? Jika tidak, kenapa?
Sebenarnya, saya pernah mendapat beberapa tawaran untuk sesi pempotretan bogel tetapi saya menolak. Saya tidak akan melakukannya. Ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan faedah. Malah ia boleh menjadi sesuatu keburukan di masa hadapan.
Walaupun ramai yang berkata, “Seorang model harus berani mendedahkan bahagian tubuhnya”, saya tetap dengan pendirian saya.
10 – Some say, modelling is not a serious business or even a proper job or worst, models are bimbo. What can you do to fight such stigma?
Modelling is not a serious business for not serious people.
Saya berjumpa ramai model sepenuh masa di luar sana yang berjaya dengan kerjaya mereka. Mereka memperolehi pendapatan beribu-ribu ringgit, malah puluhan ribu ringgit sebulan. Jadi tiada masalah untuk mereka memilih bidang peragaan sebagai kerjaya.
Sepanjang saya bekerja dalam bidang ini, saya berjumpa ramai model yang tidak hanya menggenggam ijazah, ada juga yang memiliki sarjana (dalam bidang-bidang tertentu). Mereka berpelajaran. Sesetengah daripada mereka turut berkecimpung dalam bidang perniagaan.
In my humble opinion, THEY LOVE IT. AND DOING THINGS THAT YOU LOVE. THAT IS LIVING.
Apa pandangan anda?