
Ceritakan mengenai diri kamu?
Saya Tommy Leez, berusia 22 tahun. Saya boleh dikatakan seorang yang suka dan menghargai seni. Saya boleh menyanyi, dan memang dari kecil saya suka menyanyi. Saya juga minat dalam dunia peragaan dan kini agak aktif di lapangan ini. Dalam dua bidang yang agak menonjol ini ironinya tidak menjadi masalah buat orang yang ‘ambivert’ seperti saya. Ramai yang tidak mengenali saya, apabila pertama kali jumpa akan mengatakan saya sombong, tapi sebenarnya saya agak lambat untuk panas. Ada masa saya suka bergaul dengan orang tapi selepas itu saya ingin meluangkan masa hanya dengan diri saya.
Jika kamu menjadi seorang penyanyi, apakah genre yang akan di bawa?
Pop! Semestinya. Kerana idola saya adalah Justin Bieber, malah dulu saya pernah menghasilkan sebuah lagu ketika saya berusia 15 tahun, an English song. Tetapi kalau diberi peluang untuk menghasilkan lagu sendiri lagi saya akan menghasilkan lagu Melayu bergenre pop. Itu impian saya.

Apa kandungan yang kamu selesa kongsikan di media sosial?
Sekarang lebih fokus pada lifestyle, fesyen, dan muzik. Dan sejujurnya saya tidak pernah membuat review atau apa-apa kolaborasi bersama klien, sama ada berbayar atau tidak. Saya rasa saya lebih kepada menjaga prinsip being real buat masa sekarang. Yang saya suka saya kongsikan.
Apa cabaran yang dilalui sepanjang kerjaya kamu menjadi seorang model?
Apabila saya harus berdepan dengan rejection dan job yang asalnya sudah secured, tapi dibatalkan saat akhir. Pergi casting, kemudian tak lepas kerana ketinggian. Tapi saya sedar sebenarnya saya bukanlah model yang tinggi. Dan pengurus saya juga sering push saya untuk ke casting pentas peragaan, walaupun dalam hati saya tahu saya tidak akan dapat, tapi saya cuba juga, for the experience and just have fun. Selain itu, saya juga perlu hadap mata-mata orang yang tidak senang melihat kita senang. Dan bagi saya itu biasalah, lumrah kehidupan.

Bagaimana kamu atasi saat-saat sukar? Ketika give up lebih mudah berbanding meneruskan?
Saya akan teringat keluarga saya. Saya sangat sayangkan keluarga saya, dan saya percaya semua orang pun sayang keluarga masing-masing. Tapi bagi saya keluarga sangat penting sebagai pemangkin semangat saya. Saya buat semua ini, kerja keras, mencuba sesuatu yang baru adalah untuk mengubah keadaan keluarga saya. I want to give back. Dan mereka sering mempercayai saya, tidak putus-putus beri semangat kepada saya walaupun saya di situasi yang stagnant, mereka tetap percaya pada saya dan sedikit pun tidak perlekehkan kemampuan saya.
Tempat healing terbaik untuk Tommy Leez?
Saya memang sukakan nature. Jadi saya rasa tempat paling best untuk healing adalah nature. Pergi travel pun saya akan ke tempat-tempat yang mempunyai pemandangan cantik. Saya tidak berapa gemar dengan kesibukan bandar, dah menetap pun di bandar buka? Jadi nak healing tu perlulah ke tempat yang tenang-tenang saja.
Apa cara kamu untuk naikkan keyakinan diri?
Saya selalunya tidak terlalu memikirkan apa persepsi orang pada saya. Jika kita terlalu ada perasaan risau orang cakap apa, memang sukar untuk kita bawa diri. Kita juga tidak boleh harapkan orang lain untuk bantu kita, jadi mahu tidak mahu, kita adalah bagaimana kita bawa diri kita. Kalau tidak yakin, kita hanya memburukkan lagi persepsi orang pada kita, jadi baik kita push diri, keluar dari comfort zone. Dan apa yang membantu saya juga adalah menjaga penampilan diri. Apabila saya berpakaian elok, saya selesa dengan apa saya pakai secara tidak langsung saya rasa lebih yakin. Apa pun kita sendiri yang bertanggungjawab dengan keyakinan kita, tidak boleh harapkan orang lain untuk beri kita keyakinan.
Photographer: Edmund Lee
Videographer: Jufri Jamaludin
Stylist: Azreezal Hafidz
Teks: Izzati Saadin
Makeup: El Manda Zuhairy
Rambut: VV Chan mengunakan Schwarzkopf Taft
BACA: Fresh Faca 2025 : Eyta Juwita









.gif)

Apa pandangan anda?