Posted on January 24, 2020
Memberikan pose menarik pada sampul hadapan majalah terkenal Rolling Stone edisi terbaharu, Lizzo dilihat begitu berani dan sangat berkeyakinan. Ada gambar dia memakai bodysuit bunga-bunga dengan selendang hijau. Lizzo seakan berdiri di tengah hutan bersama lelaki yang sedang berbogel di kakinya. Namun, Lizzo tetap nampak lebih menyerlah. Mana datangnya terma body dysmorphia?
Tetapi apabila membaca wawancara bersama penulis majalah berkenaan, bintang pop ini menyatakan bahawa dia tidak selalu berasa kuat dan yakin sebegitu. Dia membuat pengakuan tentang perjalanannya mencintai diri sendiri dalam masa masyarakat mengajarnya untuk membenci tubuh dan warna kulitnya.
Pada usia lewat remajanya, di awal 20 tahun, Lizzo menjelaskan bahawa dia menjalin perhubungan dengan seseorang yang memberitahu bahawa dia mahu seorang kekasih yang kurus. “Saya seorang yang kecil, jadi saya mahukan teman wanita yang sama kecil macam saya,” kata lelaki itu. Apabila hubungan itu berakhir, Lizzo bertanya pada diri sendiri. “Bagaimana kamu mencintai seseorang apabila kamu tidak menjadi diri sendiri?”
“Saya tidak sedih, kerana saya menggunakan pengalaman pahit ini sebagai sesuatu yang membina. Ia perkara yang tidak dapat dielakkan kerana rasa sakit itu semua manusia harus rasai.”
Selepas berpisah, Lizzo mula bekerja dengan rasa keyakinan diri yang sangat rendah. “Di situ saya jelmakan istilah dysmorphia dan ia mula tersebar luas. Kemudian, tubuh pun bergerak secara positif. Walaupun ia berkembang dalam keadaan saya yang menahan kesakitan itu, tetapi saya gembira kerana saya berhubung dengan sesuatu yang organik dan hidup.”
Lizzo menambah bahawa ada juga karyanya mendapat pengiktirafan disebabkan oleh fizikalnya. Sesuatu yang diberitahu kepadanya oleh salah seorang wartawan. “Saya lebih daripada itu. Oleh kerana saya mempersembahkan fizikal sebeginilah saya mencapai karier saya sekarang dan ia bukanlah satu trend.”
Kini, Lizzo ingin membantu orang lain mencintai diri sendiri melalui karya muziknya. “Sebagai wanita berkulit gelap, saya membuat muzik untuk orang ramai, berdasarkan pegalaman daripada diri sendiri. Saya mencipta muzik untuk orang lain merasa baik dan membantu mencintai diri sendiri. Mesej itu saya mahu tujukan buat wanita berkulit hitam, wanita hitam yang gemuk, wanita transgender hitam. Period!
Apa pandangan anda?