Posted on January 8, 2020
Tahun Baharu Cina selang lagi dua minggu sahaja. Namun, dekorasi dan persiapan di jalan raya sudah kelihatan sebaik habis perayaan Natal lagi. Begitu efisyen dan pantas pekerja dekorasi serta perubahan kalendar di Malaysia. Untungnya kita yang tinggal di negara berbilang bangsa ini, dapat meraikan kepelbagaian perayaan dan yang penting dapat menikmati cuti umum serta promosi hebat! Saya senaraikan tujuh cara bagaimana mahu meraikan tahun tikus dengan lebih meriah.
Semarakkan Musim Perayaan Dan Meraikan Tahun Tikus Bermula Dengan;
1. Minum Kopi Baharu Starbucks & Dapatkan Koleksi Cawan Tahun Baharu
Setiap perayaan pasti ada menu baharu yang dihidangkan di Starbucks. Kali ini Starbucks menyediakan minuman berperisa daripada inspirasi Matcha Jepun asli iaitu Black Sesame Pure Matcha Latte dengan Taro Foam, Okinawa Brown Sugar Latte dan Caramel Pure Matcha Chocolate Chip Frappuccino. Paling menggembirakan sekali ialah Starbucks Malaysia mengeluarkan koleksi Lunar New Year merchandise berupa dua rekaan cawan yang dijual pada harga RM30 dan ke atas.
2. Kaca Mata Gaya Tahun Baharu Cina 2020
Tommy Hilfiger memperkenalkan stail kaca mata yang didedikasikan khas untuk Tahun Baharu Cina 2020. Reka bentuk yang unik ini tersedia di platform e-dagang dan di kedai optik terpilih di seluruh China, Malaysia dan Indonesia, dan juga akan dipamerkan di butik Paris Louvre di Perancis. Cermin mata hitam TH 1678 / F / S memaparkan bingkai berbentuk perintis ikonik dalam warna hitam dan perak dengan kanta kelabu. Merah meraikan simbolisme kebahagiaan, keberhasilan dan nasib yang baik.
3. Jam Tangan Tikus Swatch
Zodiak pertama dalam kalendar Cina memberikan satu semangat, kecerdasan, kekuatan dalam permulaan hidup yang baharu. Dalam mitologi Cina tentang asal usul dunia, alam semesta dianggap gelap dan tidak berbentuk sehingga tikus mengigit penuh energik lantas memisahkan langit dan bumi. Begitu tafsiran Swatch terhadap jam yang dijual pada harga RM380 ini. Comel bukan?
4. Saksikan 130 Singa & 4 Naga Di Pavilion Kuala Lumpur
Lihat persembahan 4 naga yang menakjubkan dan 130 singa dari kumpulan tarian di seluruh Malaysia yang menumpu di Pavilion KL dalam siri persembahan sepanjang hari yang memperlihatkan mempamerkan keunikan budaya dan warisan Malaysia dan juga menjadi tarikan besar kepada pelancong dan warga tempatan. Ini adalah kali pertama Tarian Naga & Singa akan menampilkan Pameran Kebudayaan di Dining Loft, Aras 7 yang mempamerkan asal-usul dan sejarah unik warisan budaya yang indah ini. Pameran ini dibuka kepada orang ramai mulai 1 Januari hingga 9 Februari 2020.
5. Beli Set Sofa Merah Di Ikea
Datang mood untuk menghias rumah sebelum teman-teman dan sanak saudara tiba. Apa kata beli sofa bernama KIvik yang terdiri daripada tiga tempat duduk sangat selesa dan berwarna merah sesuai dengan tema perayaan ini. Harganya juga RM1,645 sahaja. Selain itu Ikea juga menawarkan pelbagai promosi perayaan pada barangan tertentu dan makanan tertentu turut dijual sempena Tahun Baharu Cina kali ini.
6. Makan-makan Di Hilton Garden Inn KL
Tidak sah beraya tanpa makanan. Hilton Garden Inn menyediakan Chinese New Year Eve Prosperity Buffet Dinner berharga RM98 nett bagi setiap orang dewasa dan RM49 nett bagi kanak-kanak. Mempunyai kaunter klasik Yee Sang, sup daging kepiting, nasi goreng nanas, mi wan tan goreng, udang telur asin, ayam Kam Heong, fillet ikan rangup dengan Nestum, daging goreng ala Sze Chuan, sayuran campur dengan sos tiram bawang putih, pasta dan banyak lagi. Tersedia bermula 24 Januari 2020 untuk makan malam pada jam 6:30 malam – 10:30 malam.
7. Wings Of Hope di Gardens Mall
The Gardens Mall semuanya bersedia untuk merayakan Tahun Baru Cina dengan instalasi origami yang memukau termasuk kren klasik dan elegan di seluruh pusat membeli-belah ini. Ia dipanggil Di Wings of Hope, The Gardens Mall membawa kren origami ini ke kehidupan kerana mereka melambangkan nasib yang baik dan panjang umur. Pastikan kamu melawat ke mall ini untuk melihat sendiri karya seni yang lebih terperinci.
Sertai perayaan dengan persembahan menarik yang merangkumi persembahan dram tradisional, tarian singa, melodi oriental yang menenangkan, dan bengkel origami tangan untuk seisi keluarga dapat dinikmati bermula 6 hingga 27 Januari 2020.
Apa pandangan anda?