Posted on January 9, 2020
Ruang tamu dua tingkat siap dengan kaca yang terletak di tengah-tengah rumah brutalis ini, disiapkan oleh studio seni Patisandhika dan pereka Dan Mitchell di Bali, Indonesia. Ia dinamakan Rumah Tropika Brutalis Bali, rumah dengan kebesaran 512 meter persegi terletak di lembah kecil yang terletak di sawah, di pantai selatan pulau itu. Saya memilih rumah ini sebagai inspirasi rumah mesra alam tahun ini.
“Kita mesti mempunyai ruang tamu yang tinggi tinggi dengan kaca. Sekaligus, membolehkan banyak cahaya semulajadi dan juga menyediakan pemandangan dramatik ke landskap tropika yang rimbun bersama langit biru,” kata Mitchell kepada Dezeen.
“Cabaran mereka rumah ini adalah iklim, haba dan sinar matahari yang terus menembus pada kaca tidak selalu menjadi idea yang terbaik. Oleh kerana kami memilih untuk tidak menggunakan pendingin udara atas alasan untuk penjimatan tenaga. Kami menggunakan papak sebagai penyelesaian untuk menyekat matahari dan mencegah ruang menjadi terlalu panas.”
“Ray Kappe adalah inspirasi yang sangat besar bagi kami untuk melihat ruang dari sudut yang kamu tidak dapat pada rumah konvensional dengan dinding yang memberikan rasa dan perasaan yang sama sekali berbeza,” tambah Mitchell.
Di ruang tamu, susun atur pelbagai peringkat ini digunakan untuk memaparkan rekod album artis kegemaran, buku dan pembesar suara, sementara memasuki ruang dapur dan ruang makan terbuka.
Ruang makan pula direka tanpa dinding, menghubungkan secara langsung dengan luar untuk meningkatkan pengudaraan semula jadi dan mewujudkan rasa “kehidupan tropika luaran” di seluruh rumah.
Rumah Tropika Brutalist Bali ini juga terdiri daripada studio muzik, dua bilik mandi dan satu pancuran mandian di luar, di samping tiga bilik tidur yang dihubungkan dengan jambatan di atas ruang tamu.
Apa pandangan anda?