Posted on February 20, 2020
Banyak antara wanita yang sedang berpacaran tentu mahu tahu bagaimana menjadi dream woman kepada pasangan. Apakah karakteristik yang lelaki idamkan pada wanita. Yang akan membuat dia sentiasa termimpi-mimpikan kamu. Yang membuat dia sering mahu bersama kamu. Kalau lama tak bertemu, hati jadi rindu.
#1: Playful
Bijak bergurau antara ciri menarik pada wanita kerana hidup ini sememangnya sudah sukar bukan? Kita tak mahu bersama dengan sesorang yang serius setiap masa. Wanita yang ‘ringan’ dan menyeronokkan atau kata lainnya goofy, akan menjadi wanita yang membuatkan dunia ini lebih sempurna.
Lelaki mencari ini dalam diri pasangannya. Dia boleh jadi wanita yang pabila mendengar lagu hebat akan bangun menari dalam cara paling ‘bodoh’ atau comel. Dia juga boleh jadi wanita yang pandang lelakinya dan berkata, “Kalau you tak cium I sekarang, I akan mati.”
#2: Seksi
Kamu tak perlu pun jadi seksual untuk jadi seksi. Wanita yang seksi ialah wanita yang berani menunjukkan sisi seksualnya. Kamu boleh lakukan ini dalam beberapa cara, bergerak dalam cara seksi, tunjukkan pada lelaki yang kamu mahukan dia. Pabila kamu rasa seseorang itu hot, pabila dia buat sesuatu yang seksi, itu akan menunjukkan sisi seksi kamu.
Ia mungkin pada pandangan yang kamu berikan. Kamu boleh beri pandangan cheeky pada dia di hujung meja dan hantar mesej, “I’m undressing you right now with my eyes, and you don’t even know it.” Sekarang dia akan dapat mesej itu tanpa kamu perlu cakap pun itu yang kamu lakukan.
Dan pabila dia tanya, “Apa?” kamu boleh jawab, “Apa?” Akan wujud ketegangan di situ. Atau kamu boleh interpretasikan pandangan yang dia berikan, pabila dia memandang kamu dalam cara tertentu. Sama ada ia cukup maskulin dan padu atau ada sedikit godaan di dalamnya. Kamu boleh pandang dia dan kata,
“Kamu tak boleh pandang saya macam tu. Bukan di khalayak umum. Jangan buat macam tu. That’s bad.” Kemudian alih pandangan. Jangan pandang dia sebab kamu rasa ia keterlaluan untuk kamu. Pada waktu itu, dia akan merasa ketegangan seksual dan dia akan nampak sisi seksual kamu.
#3: Nurturing
Wanita yang membuat kamu rasa disayangi dan dijaga dianggap nurturing. Wanita jenis ini ialah yang bila melihat kamu menguap, tidak akan menepuk tangan kamu dan kata, “Apa ni menguap-menguap! Kan awal lagi ni!”
Dia sebaliknya yang pabila melihat kamu menguap akan berkata, “Penat ke hari ni? Come and give me a cuddle. Baring bawah lengan I ni.” Dia wanita yang baik hati dan mesra serta memiliki karakter penyayang. Semua orang mahu rasa dijaga, kan? Ia membuat dunia ini rasa lebih sempurna. Sepertinya kehidupan ini satu pelukan yang sungguh mesra.
#4: Berdikari
Lelaki mungkin takkan mengaku yang mereka takut kalau wanita terlalu berdikari. Kalau wanita terlalu berdikari, lelaki akan rasa insecure kerana wanita mungkin tak memerlukan lelaki lagi. Kenyataannya ialah jika wanita berdikari, mereka ada kehidupan sendiri, hobi sendiri, perkara-perkara yang kamu suka buat, perkara yang kamu suka pelajari dan kekuatan minda sendiri. Bebas daripada lelaki, itu yang membuat dia tertarik. Dan itulah yang akan membuat nafsunya meningkat.
Ini juga akan membuat lelaki rasa seperti mereka memiliki teammate yang bagus. Kerana jika kamu boleh berlalu dan masih boleh berdikari, pabila kamu kembali, kamu boleh jadi pemimpin lebih baik untuk pasangan kamu. Lelaki juga akan ada rasa ragu, ada masa mereka akan risau, masa pabila dia tertanya-tanya tentang diri sendiri atau takut, masa itulah kamu boleh jadi kuat dan cakap, “I percaya pada you babe. You pasti boleh buat ni. Semuanya akan okay. I akan make sure I tolong you.”
Kamu boleh jadi teammate yang bagus kalau kamu berdikari. Tapi pabila kamu tak berdikari semua nilai kamu bergantung padanya atau mindset nya, Kamu takkan boleh memimpin pada masa dia memerlukan seseorang yang kuat, when he needs a rock.
Saya tidak menjanjikan empat karakteristik ini akan menjadikan kamu dream woman untuk semua lelaki. Kerana keinginan lelaki itu kan ada pelbagai. Dan karakter lelaki itu sendiri ada pelbagai. Tetapi mungkin dengan empat karakteristik ini akan dapat menawan lelaki-lelaki yang mencari wanita sebegini. Apa-apa pun semua wanita akan ada pasangan yang dijanjikan untuknya. Hanya masa akan menentukan waktunya kamu bertemu dengan jejaka yang mengagungkan kamu. Menjadi dream woman kepada lelaki yang layak memiliki kamu!
Apa pandangan anda?