Posted on November 11, 2019
Sebelum ini tentu kamu ‘meminjam’ akaun rakan untuk periksa (stalk) akaun Instagram bekas kekasih kamu bukan? Saja ingin tahu bagaimana kehidupan dia ‘pasca perpisahan’. Kemudian, terma ‘finsta’ (fake Instagram) pun terlahir. Ia berkaitan dengan akaun Instagram yang tidak diketahui siapa pemiliknya dengan tujuan tertentu antaranya stalking, menjadi netizen yang berkomentar pedas, atau menjadi diri kamu yang sebenarnya (we will talk about this later). Hari ini sudah menjadi kebiasaan apabila kamu memiliki dua atau lebih akaun Instagram. Yang mana bekerja rapat dengan media sosial tentu akaun Instagram kerja menjadi salah satu daripadanya. Berikut adalah sebab fungsi Instagram palsu diwujudkan;
1. Finsta Medan Jadi Gila-Gila
Akaun yang melibatkan hanya kawan-kawan yang sangat rapat untuk mengepos gambar dan video lucu masing-masing. Antaranya momen ke parti liar, tindakan yang gila-gila, menunjukkan tabiat buruk sahabat kamu yang sebenar dan macam-macam perkara aneh yang kamu ingin kongsikan antara kelompok kamu sahaja. Apa bezanya akaun ini? Tentunya menonjolkan sifat liar yang tidak akan dimuat naik di ‘rinsta’ (real Instagram). Ingat, jika ia benar-benar liar jangan tetapkan akaun ini kepada tatapan umum!
2. Nak Follow Semua!
Di akaun finsta medan mengumpul semua jenama, bloggers, influencers, artis, ahli politik, penjual tudung dan sebagainya. Jika di akaun Instagram sebenar kamu hanya mengkuti beberapa akaun kegemaran sahaja, di finsta kamu boleh ikut semua agar kamu tidak ketinggalan dengan trend, potongan harga, giveaways dan apa saja yang memberi ganjaran kepada kamu.
3. Nak Bagi Timeline Nampak Cantik
Saya ada seorang teman yang sememangnya complicated dalam hal Instagram feed nya. Walhal ia tidaklah memberi impak kepada sesiapa pun sebenarnya, namun dia berfiil sebegitu. Akaun finstanya bertujuan untuk dijadikan template ‘mock up’ daripada akaun rinsta. Ia membolehkannya mendapat gambaran sebenar jalur masa di rinsta akan nampak cantik dan sekata suntingannya dan masuk dengan gambar-gambar lain. Kebanyakan yang particular hal ini tentunya fotografer dan personaliti media sosial.
4. Tempat Berangan
Akaun finsta untuk mengumpulkan gambar-gambar swafoto dan beberapa sudut gambar dan yang gagal masuk ke rinsta. Yelah zaman kecam-kecam sekarang, orang suka menilai negatif, bayangkan kamu kamu suka swafoto wajah kamu yang banyak dan ingin memuat naik kesemuanya. Pasti dikecam dan menjadikan feed kamu boring. Jadi, sebagai tempat melampiaskan kepuasan kamu, finstalah jawapannya. Lagi pula rinsta zaman sekarang sangat palsu dan terlalu curated. Ada yang menjadikan rinsta sebagai CV jadi perlu mengekalkan profesionalisme. Segalanya perlu kelihatan proper termasuk di Instagram Stories.
5. Mencatatkan Kisah Ironi Dalam Hidup
Ada yang menjadikan finsta sebagai ruang dia melepaskan segalanya untuk didengari. Selalunya rakan-rakan yang benar-benar mengambil berat akan membaca dan cuba mendalami isi hati yang ingin disampaikan di finsta. Kadang-kala melalui luahan di finsta dapat melegakan fikiran yang kacau, tekanan, kemurungan dan kamu dapat belajar daripada sesi luahan hati. Apabila menginjak dewasa pasti ia sedikit sebanyak membantu kamu menjadi orang yang lebih baik dan belajar akan hukum zaman yang serba canggih ini. Sekurang-kurangnya ia menghindari diri kamu daripada gejala yang tidak sihat dan tindak-tanduk yang membahayakan diri kamu.
6. Dirty Laundry
Tempat memecahkan rahsia nakal si A dengan si B. Segala tentang skandal, rahsia sosialita kota, rasuah politik ataupun hubungan pejabat di kalangan menteri yang panas! Ya. Ada di kalangan rakan-rakan kita yang suka ambil tahu perihal skandal, dan ada juga yang menjadi ‘sumber yang boleh dipercayai’ perihal hubungan rahsia kerabat diRaja. Kadang-kala amat sukar untuk mempercayainya, namun sangat seronok untuk mengetahuinya.
Apa pandangan anda?