Posted on November 26, 2019
Gambar : Pinterest
Mengikut tabiat saya, rata-rata saya menghabiskan purata dua ke tiga jam sehari di Instagram. Selain daripada komitment kerja, tentunya mengenai peribadi dan gosip dengan teman melalui Direct Message (DM). Setelah mempelajari kebenaran mengenai diri saya, saya segera menetapkan batas waktu harian kepada 1 jam untuk Instagram dan kemudian saya menjalankan beberapa penyelidikan tentang kesan Instagram ke atas anak muda sekarang,
Tidak kira siapa yang kamu tanyakan, kebanyakan daripada mereka bersetuju bahawa Instagram sungguh melalaikan dan ketagih. Walaupun terdapat kesan negatif terhadap kesihatan mental pengguna. Untuk mengetahui purata harian kamu sendiri, klik tiga baris di sudut kanan atas profil kamu dan pilih Aktiviti.
Berikut adalah ulasan daripada beberapa pengguna yang menggunakan Instagram serta kesannya terhadap diri mereka;
Saya berasa sangat gembira kerana tidak mempunyai akaun Instagram. Saya berasa bertuah kerana tidak terjebak pun sejak ia bermula. Ada banyak perkara yang saya tidak perlu bersaing, lihat, peduli dan saya tidak tahu apa yang saya tertinggal.” Kamaliah, 23, Jururawat.
“Saya telah menghapuskan aplikasi itu daripada telefon saya beberapa bulan lalu. Saya tidak suka kerana banyak masa saya habis dengannya, dan saya juga tidak suka dengan apa yang saya rasakan. Saya akan membandingkan kehidupan saya dengan kehidupan orang lain berdasarkan platform ini. Mula-mula saya akan rasa bersemangat, tetapi kemudian saya akan pergi ke Instagram dan berasa buruk tentang diri saya.” Sofea, 25, Suri Rumah
Instagram banyak membantu saya dalam perniagaan, lagi-lagi zaman menjual-beli secara dalam talian sekarang ini. Memudahkan saya untuk berinteraksi dengan pelanggan dan mendapat hebahan meluas melalui ‘boosting’ yang disediakan. Saya gunakan sebaiknya.” Malik, 34, Peniaga Atas Talian
“Instagram sedikit sebanyak memberi tekanan kepada mental saya. Tekanan apabila melihat banyak foto teman yang sedang bersenang lenang melancong sambil bergambar ke tempat-tempat yang saya suka. Saya juga pernah pergi ke tempat-tempat itu kemudian saya rasakan foto saya tidak sebagus yang rakan saya rakam. Saya rasakan ia tidak cukup menarik jika dibandingkan dengannya.” Danial, 27, Pengembara.
Inspirasi saya dalam berkarya apabila melihat gambar-gambar dan mengikuti akaun mengenai potret alam. Saya belum mampu keluar negara untuk memotretkan situasi alam secara berdepan mata. Jadi, saya melukis hanya melalui gambar-gambar yang ada di Instagram. Adakalannya saya belajar teknik melukis daripada video tutorial yang saya ikuti.” Adib, 23, Pelukis.
“Saya rasa saya perlu menyemak segala-gala kemas kini sebelum memulakan hari saya. Yang tidak dapat dielakkan ialah ia akan menyebabkan perbandingan yang tidak sihat. Saya baru sahaja memadam akaun Instagram saya yang utama tetapi masih menyimpan akaun Instagram kucing saya. Saya cuba lakukan apa yang membuatkan saya bahagia, bukan apa yang akan membuat orang lain bahagia. Jadi memusnahkan akaun utama saya cukup lega. Saya biasanya bertemankan telefon saya ketika saya mandi dan berjalan ke sekolah. Saya merasa sangat tercabar apabila melihat kemas kini kawan-kawan tentang aktiviti yang mereka lakukan tanpa mengajak saya.” Fatimah, 17, Pelajar
Nasihat saya, jangan terlalu obses terhadapa sesuatu. Baik bersederhana sahaja. Lihat sahaja perkara-perkara yang positif yang boleh menjauhkan kamu daripada sifat-sifat menunjuk-nunjuk dan dengki apabila melihat kelebihan orang lain. Pokoknya, Instagram hanyalah dunia samaran yang boleh direka individu untuk membawanya ke depan. Boleh juga menjadikan seseorang menjadi dirinya sendiri. Semuanya bergantung kepada niat kalian. Tidak perlu sehingga tertekan hanya disebabkan sekeping gambar yang boleh direkayasa sensasinya.
Apa pandangan anda?