Posted on January 13, 2020
Kamu boleh memilih untuk makan piza sebanyak yang kamu suka. Atau kamu boleh membaca novel kegemaran kamu. Atau buat apa saja yang kamu gemari asalkan tidak melanggar undang-undang. Semua tindakan itu pasti dapat meningkatkan mood kamu, walaupun hanya beberapa minit sahaja. Tetapi bagaimana mahu menjadi lebih bahagia dalam cara yang sebenar dan bertahan lama? Jawapannya adalah rumit, kerana kebahagiaan adalah sesuatu yang kompleks.
Kebahagiaan tidak berlaku begitu saja, tetapi tabiat yang sihat pasti dapat menentukan kesejahteraan individu. Kamu dapat mempengaruhi perasaan kamu dengan cara yang sebenar dan bertahan, hanya dengan mengambil beberapa tindakan mudah.
5 Cara Bagaimana Mahu Menjadi Lebih Bahagia 2020
1. Bina hubungan yang kuat.
Berhubung dengan orang lain adalah komponen kebahagiaan yang paling penting. Berhubung atau mempunyai hubungan sangat penting untuk merasai yang terbaik. Hubungan yang baik menjadikan kita lebih bahagia dan lebih sihat. Apa yang kamu perlukan adalah satu hubungan padu seperti seseorang yang boleh menelefon di tengah malam jika kamu mengalami kecemasan, seseorang yang kamu boleh bersandar pada masa sukar atau seseorang yang boleh berkongsi pengalaman positif dengan kamu juga.
2. Lakukan perkara yang membantu kamu untuk berkembang.
Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tujuan dalam hidup, mereka lebih sihat. Mungkin kerana orang yang mempunyai tujuan mempunyai pandangan keseluruhan mengenai kepentingan matlamat mereka dalam kehidupan, mereka menjaga diri dengan lebih baik. Bina atas apa yang kamu gemari, atau ambil langkah untuk menguatkan sisi lemah kamu. Mulakan menulis blog, mengambil kelas fotografi, muat turun aplikasi bahasa dan belajar bahasa asing, melantik jurulatih kewangan. Matlamatnya untuk apa? Jangan berhenti belajar.
3. Dengar muzik yang kamu suka setiap hari.
Ia sesuatu yang mudah, kajian menunjukkan bahawa ia juga boleh mengurangkan hormon tekanan yang boleh mengubah respons sistem imun kamu dan menindas sistem penghadaman sekaligus berpotensi dapat melegakan kesakitan. Mendengar satu lagu tidak akan meningkatkan mood kamu untuk tempoh masa yang berterusan, tetapi mendengar beberapa lagu kegemaran kamu setiap hari dapat membuat kamu hanyut bersama lagu-lagu kamu sambil hilang rasa gusar.
4. Buat perkara yang baik.
Kamu tidak perlu menjadi sukarelawan setiap minggu. Tetapi cuba ambil peluang untuk berbuat baik walau kecil sepanjang hari. Contohnya memberi wanita hamil tempat duduk di tren awam, mengucapkan ‘have a good day’ kepada akak cleaner yang baru membersihkan tempat kamu atau barista yang baru saja menyiapkan minuman pagi kamu atau meraikan prestasi rakan-rakan yang baru naik pangkat.
5. Ubah cara kamu berfikir
Tumpukan perhatian kamu pada perkara baik yang telah berlaku dalam hidup kamu berbanding dengan perkara yang buruk. Contohnya, cuaca yang baik hari ini vs kamu terlepas tren untuk ke pejabat atau makan tengah hari yang enak berbanding hari malang kamu di tempat kerja. Ia akan meningkatkan mood kamu pada masa itu, dan membantu melatih otak kamu untuk terus melihat perkara yang baik.
Apa pandangan anda?