Posted on November 4, 2024
Ramai antara kita menghadapi masalah untuk mendapatkan tidur yang lena – daripada stres seharian hingga pengambilan kafein yang berlebihan. Namun, faktor yang sering kali diabaikan adalah suhu bilik. Ada yang lebih suka tidur dalam keadaan sejuk, dan ada pula yang gemar dengan suasana yang lebih hangat. Tapi, apakah suhu terbaik untuk tidur yang berkualiti?
Apa Yang Berlaku Pada Tubuh Semasa Tidur?
Tubuh kita mengikuti kitaran semula jadi yang dipanggil circadian rhythm, di mana suhu badan secara automatik akan menurun sedikit ketika kita bersedia untuk tidur. Pengurangan suhu ini akan merangsang penghasilan melatonin, hormon yang membantu kita tidur. Namun, hormon ini boleh terhalang jika suhu bilik terlalu panas atau terlalu sejuk, menyebabkan gangguan pada kualiti tidur dan boleh memperburuk masalah kesihatan fizikal serta mental.
Suhu Bilik yang Ideal untuk Tidur
Menurut pakar, suhu bilik yang sejuk membantu tubuh melepaskan melatonin dengan lebih baik. Suhu antara 16 hingga 22 darjah Celsius disarankan untuk tidur yang lebih nyenyak. Namun, terlalu sejuk juga tidak baik kerana boleh menyebabkan masalah pernafasan terutamanya jika kelembapan tinggi.
Nota Penting: Bayi dan warga emas memerlukan suhu yang sedikit lebih hangat. Bayi, khususnya, belum mampu mengawal suhu badan dengan baik, jadi suhu sekitar 20 darjah Celsius lebih sesuai. Begitu juga bagi warga emas yang mungkin memerlukan suhu antara 20 hingga 25 darjah Celsius.
Cara Mengawal Suhu Bilik Tanpa Penyaman Udara
Tidak semua orang mempunyai akses kepada penghawa dingin atau pemanas. Berikut adalah beberapa cara untuk mengawal suhu bilik secara manual:
- Untuk Bilik yang Terlalu Panas: Tutup langsir pada siang hari, gunakan kipas, atau buka tingkap untuk pengudaraan.
- Untuk Bilik yang Terlalu Sejuk: Tambahkan lapisan selimut, pakai stokin tebal, atau gunakan selimut elektrik untuk kekalkan kehangatan.
Loop Dream™: Penyelesaian Terkini Untuk Tidur yang Lebih Nyenyak
Jika anda mengalami gangguan tidur kerana bunyi bising, Loop Dream™ adalah alat yang mungkin membantu. Jenama Loop baru sahaja melancarkan earplug yang direka khas untuk tidur dengan keselesaan maksimum. Reka bentuknya yang unik termasuk hujung telinga berbentuk bujur, menggunakan dua lapisan foam memori dan silikon lembut untuk memastikan keselesaan. Malah, Loop Dream™ mampu mengurangkan hingar sehingga 27 dB, menjadikan persekitaran lebih tenang.
Kajian menunjukkan bahawa walaupun bunyi yang lemah (33 dB, seperti bisikan kuat) boleh mengganggu tidur, dan bunyi sederhana (48 dB, seperti hujan renyai) mampu mengejutkan kita. Dengan Loop Dream™, bunyi-bunyi ini dapat dikurangkan, membantu kita mendapatkan tidur yang lebih baik dan seterusnya menyokong kesihatan jangka panjang. Loop Dream™ kini dijual pada harga RM229 dan tersedia dalam pilihan warna Lilac, Peach, dan Black. Bagi yang inginkan tidur berkualiti, Loop Dream™ mungkin jawapan untuk anda.
Klik untuk beli Loop Dream™ di SINI
Apa pandangan anda?