Posted on March 6, 2022
Karpet merah di SAG Awards baru-baru ini bagaikan pentas pertunjukan fesyen buat Hoyeon Jung, pelakon Korea yang semakin menempa nama di persada antarabangsa. Banyak mata-mata yang memandang, masakan tidak wanita ini yang sebelum ini merupakan peragawati, sekelip mata menjadi popular kerana “Squid Game”, siri popular Netflix tahun lalu.
Hadir dalam sepersalinan gaun Louis Vuitton yang ditata penuh dengan batuan kristal serta manik perak, menerusi wawancara Jung bersama E! News,
Saya mahukan look yang glamor, namun pada masa yang sama, saya masih mahu mengekalkan identiti diri saya sebagai wanita Korea.
Kita dapat lihat pada gaya rambut Jung yang diikat tocang rendah kemudian diperkemaskan lagi dengan ikatan “Daenggi” iaitu sejenis ikatan riben tradisional masyarakat Korea. Material yang dipadan sama dengan gaunnya pada malam itu, ternyata menjadikan keseluruhan looknya nampak cukup on point!
Penata gaya rambut Jung, Jenny Cho berkongsi,
Saya tidak dapat menahan perasaan dan begitu terharu apabila diberi peluang untuk menata ikatan gaya tradisional Daenggi ini dan di olah dalam versi moden pada rambut Hoyeon Jung.
We love the overall look! Bagaimana pula dengan kamu?
Apa pandangan anda?