Posted on February 21, 2022
Pada 13 Februari yang lalu, kakitangan Shopee Malaysia telah meraikan rakan penghantaran barangan dan makanan mereka menerusi kempen khas #ShopeeDeliversLove. Kempen ini berlangsung bersempena dengan Hari Kekasih dan telah dijalankan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Selain kakitangan Shopee Malaysia, kempen itu turut menerima penyertaan orang ramai yang mana pengguna aplikasi ini berpeluang untuk mencalonkan penunggang kegemaran mereka kemudian berkongsi mengenai cerita penghantaran mereka ini di media sosial. Memandangkan penunggang penghantaran biasanya tidak mempunyai hari cuti tetap, seorang pelanggan berkongsi pengalaman yang menggembirakan bersama seorang penunggang penghantaran ShopeeFood sewaktu Tahun Baharu Cina,
“Ketika itu hujan renyai-renyai dan kami bimbang dia akan terperangkap dalam hujan. Bagaimanapun, Zuhair bukan sahaja menghantar pesanan makanan kami tepat pada masanya, malah dia turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dengan senyuman yang ikhlas buat kami sekeluarga,” petik Yong.
Manakala seorang lagi pelanggan, Aishah, berkata,
“Terima kasih ingin saya ucapkan kepada Yazid kerana tidak berputus asa untuk menjalankan tugas sebagai Abang Shopee Express. Usaha anda untuk memastikan setiap pengguna Shopee setia bersama kami, amat kami hargai. Pen merah, pen biru, Abang Shopee, we love you.”
Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan, ShopeeFood Malaysia berkata,
“Penunggang penghantaran memainkan peranan penting dalam persekitaran ekonomi hari ini. Memandangkan peniaga kini kembali membuka kedai fizikal mereka, rakan penghantaran inilah yang banyak membantu dalam menghubungkan perniagaan dan pengguna dengan menghantar makanan dan barangan. Tugas itu datang dengan banyak cabaran seperti hujan dan lalu lintas yang sesak tetapi mereka selalunya sangat berdedikasi untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna kami. Kami berharap dengan #ShopeeDeliversLove, kami dapat merai penunggang dan rakan kongsi penghantaran kami serta ingin mereka ini tahu bahawa kami amat menghargai dan mengambil berat tentang mereka.”
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Shopee #ShopeeSapotLokal, kotak hadiah yang diberikan kepada setiap penunggang mengandungi keperluan seperti powerbank, pemegang telefon, coklat, baju hujan dan beg pinggang, yang semuanya diperoleh daripada pembekal tempatan.
Nikmati tawaran istimewa Hari Valentine daripada Shopee juga pada bulan ini. Manjakan diri anda dengan potongan RM6 dengan perbelanjaan minimum RM28 di Starbucks apabila anda memesan di aplikasi ShopeeFood. Tawaran sah pada 14 Feb, 21 Feb, 28 Feb, 7 dan 14 Mac 2022.
Ingin menghantar hadiah kepada seseorang tetapi tidak tahu apa yang perlu diberikan? Manfaatkan kempen Send A Gift Card 13 – 14 Feb 2022 ini dan terima potongan sehingga RM2 untuk setiap baucar yang dibeli. Semak baucar yang tersedia di sini.
Apa pandangan anda?